Astro AWANI
81.7K subscribers
47.5K photos
796 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Enam institusi kewangan meliputi bank antarabangsa dan tempatan telah menandatangi surat niat (LOI) dalam usaha mempertingkatkan kemudahan pinjaman di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan menerima rasuah melibatkan kerja ubah suai rumah dan deposit pembelian motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM13,500 semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada tahun 2018.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis menafikan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor yang dikaitkan dengan kehilangan Datin Seri Pamela Ling.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, Mekah, akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata Abdullah Mat, dari Pasir Mas, Kelantan, meninggal dunia di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Mekah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pejabat media kerajaan Gaza menuduh tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai harian sebagai sebahagian daripada dasar sistematik untuk melakukan genosid.

Dalam satu kenyataan, pejabat itu menyatakan bahawa serangan berterusan ke atas fasiliti perubatan jelas bertujuan meningkatkan jumlah kematian serta menghalang mangsa daripada menerima rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua kelindan maut manakala pemandu lori muatan baja cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 16, Lebuhraya Pan Borneo, laluan Bintulu-Miri pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.04 pagi.

Beliau berkata kedua-dua kelindan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tersepit di tempat duduk dan seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Christon Naim, 31, manakala identiti dua lagi mangsa nahas itu belum diperoleh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jemaah haji, Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin, dikatakan ketika dalam pusingan tawaf sunat kelima.

Menurut hantaran di Facebook Masjid Kasar Mukim Pasir Mas, Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Che Loh Juru Ukur’, merupakan anak kariah masjid berkenaan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata seorang lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, Mekah, akibat serangan jantung.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata operasi secara bersepadu itu dijalankan bersama agensi lain antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dengan memberi tumpuan kepada tahap keselamatan kenderaan berat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak diberi tempoh 30 hari bermula 15 Mei untuk mengemukakan laporan siasatan awal kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pasukan berkenaan dianggotai pakar serta wakil agensi utama berkaitan dengan Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT Brig Jen Tan Chee Kee sebagai pengerusi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pendaki gunung Britain Kenton Cool pada Ahad berjaya menawan puncak Gunung Everest buat kali ke-19, sekali gus memecahkan rekod pendakian terbanyak oleh pendaki bukan daripada komuniti etnik Sherpa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut seorang jurucakap, pendaki berusia 51 tahun itu tiba di puncak pada awal pagi Ahad, disahkan oleh pejabat khemah induk Everest Jabatan Pelancongan Nepal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kota Aur, Kuala Muda Penaga di Kepala Batas petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.24 malam, yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum menggerakkan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jepun akan melancarkan saringan praketibaan untuk pelancong bebas visa pada tahun kewangan 2028, dalam usaha kerajaan untuk terus meningkatkan sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik Kementerian Kehakiman.

Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kecekapan proses ini dengan memperkenalkan sistem saringan yang dimodelkan berdasarkan Sistem Kebenaran Perjalanan Elektronik (ESTA) Amerika Syarikat (AS), menurut kementerian itu dalam kenyataan bulan lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis Selangor mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk Police Interview Pamela Ling's and Family Friend in Death Investigation adalah palsu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menerusi kenyataan pada Isnin mengesahkan tiada apa-apa laporan diterima pihaknya berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya seperti yang dinyatakan dalam laporan tular berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bertemakan "inovasi hari ini pencapaian masa hadapan", edisi ke-17 LIMA’25 membuka tirai dengan majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Golongan belia di negara ini secara umumnya menunjukkan sentimen yang positif terhadap ASEAN meskipun tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai fungsi serta inisiatif badan serantau itu dilihat sederhara, menurut kajian terkini.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari beberapa universiti tempatan itu mendapati pelajar universiti di Malaysia mengiktiraf peranan ASEAN dalam mempromosikan perpaduan, keamanan, pertumbuhan ekonomi, dan pemerkasaan belia namun perlu lebih menonjol serta mudah diakses oleh generasi muda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ini cerita Sarifah Hassan, 57. Suaminya, Abdullah Mat, rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan tawaf di Masjidilharam.

#BeritaTerkiniHaji2025
#KhabarHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah menasihati semua pihak agar memberikan sokongan yang positif dan membangun kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertitah usaha bagi pembangunan skuad Harimau Malaya memerlukan masa dan ruang untuk membantu pasukan mencapai kejayaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pengarah syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Isnin, atas tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat mengenai pelantikan, peletakan jawatan dan pemindahan saham, tiga tahun lepas.

Juliana Jamian, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, wanita itu didakwa membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat mengenai pelantikannya sebagai pengarah syarikat UTS Maju Construction Sdn Bhd dan peletakan jawatan Wali Ullah Khan sebagai pengarah syarikat sama, menerusi Borang Seksyen 58 bertarikh 30 Sept 2022.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
“Ibarat patah sebelah sayap.”

Itu antara luahan perasaan isteri kepada Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia ketika melakukan tawaf sunat pada pusingan kelima di tingkat satu, Masjidil Haram.

Sarifah Hassan, 57, masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews