Astro AWANI
โœ”
81.6K subscribers
47.5K photos
808 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Asap tebal kembali menyelubungi Gaza apabila Israel melancarkan operasi darat besar-besaran terbaru, dinamakan "Gideon's Chariots."

Serangan ini mengorbankan lebih 100 nyawa dalam tempoh 24 jam terakhir, termasuk wanita dan kanak-kanak.

๐Ÿฅ Hospital utama di utara Gaza terpaksa ditutup akibat pertempuran sengit.

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฑ Israel menyasarkan untuk merampas wilayah dan mengalihkan ratusan ribu penduduk Palestin ke selatan Gaza.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Hamas menuntut pengunduran penuh tentera Israel dan penyelesaian sebenar untuk mengakhiri perang.

๐Ÿ“ Rundingan damai masih berlangsung di Doha, namun tiada kemajuan besar setakat ini.

๐Ÿ’” Lebih 53,000 rakyat Palestin telah terkorban sejak perang bermula pada Oktober 2023.

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Ahad bahawa tentera Israel telah memasuki Semenanjung Gaza "dengan kekuatan".

โ€œSeperti yang kami janjikan, kami telah melancarkan kempen yang kuat terhadap Hamas,โ€ katanya. #AWANInews
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.

"Hari ini, pelancaran ke-101 telah dicuba, prestasi PSLV-C61 adalah normal sehingga peringkat kedua. Namun, pada pemerhatian peringkat ketiga, misi tidak dapat diselesaikan," kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi platform media sosial X.

Kiraan detik 22 jam bagi pelancaran satelit pemerhatian Bumi EOS-09 dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, negeri Andhra Pradesh, bermula pada pagi Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 106,000 permohonan diterima daripada belia seluruh negara untuk menyertai kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas ia dipusatkan melalui Unit Pengambilan TVET (UPTVET) bermula awal bulan April.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini sekali gus mencerminkan keberkesanan terhadap pendekatan baharu tersebut.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kisah Jabal Thur yang menjadi titik penting dalam penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.

Jabal Thur berketinggian 750m dan terletak di selatan Kota Mekah.

Ia menjadi saksi kepada usaha Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi daripada puak musyrikin Quraish di Gua Thur.

#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Letusan terkuat berlaku pada pukul 14.05 waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu tebal setinggi 6,000 meter ke udara. Awan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah utara, timur laut, barat dan barat laut dari kawah.

Pihak berkuasa menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan (VONA) ke tahap merah, iaitu amaran tertinggi, menasihati pesawat supaya mengelak terbang di bawah paras 6,000 meter berhampiran gunung berapi itu disebabkan bahaya abu. Syarikat penerbangan turut diberi amaran mengenai potensi gangguan penerbangan akibat kepulan abu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ibu bapa daripada semua kaum diseru untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional sejak peringkat awal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Che Roslan Che Daud berkata ini kerana bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di Tabika Perpaduan jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun institusi itu sebenarnya terbuka kepada semua bangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 12 tahun yang lalu, Faiq Adnan, seorang perenang buta, berjaya merentas Selat Pulau Pinang.

Faiq, anak kelahiran Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah mengalami kecacatan penglihatan sejak lahir. Beliau mula bergiat dalam sukan renang sejak usia 9 tahun ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, P. Pinang.

Keupayaannya dalam sukan itu membolehkan Faiq terpilih menjadi atlet renang Paralimpik P. Pinang. Hasrat untuk berenang merentas Selat P. Pinang timbul pada 2008, selepas menyertai acara renang 100 jam berganti-ganti anjuran Kelab Renang Bukit Mertajam.

Di bawah bimbingan jurulatihnya sejak Darjah 3 semasa di SK Pendidikan Khas Alma, Datuk Ooi Win Juat, Faiq mula menjalani latihan secara serius & konsisten pada 2011 dengan berenang sebanyak 40 pusingan kolam renang 4 kali seminggu.

Dengan sokongan Jabatan Belia & Sukan Negeri P. Pinang, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya P. Pinang (Pesron), Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Meteorologi & Puspakom, Faiq berlepas dari Pelabuhan Swettenham pada 9 pagi 19 Mei 2013.

Bagaimanapun selepas 40 minit, sangkar renangnya pecah dipukul ombak kuat menyebabkan Faiq terpaksa bergelut dengan sengatan obor-obor. Kerosakan berjaya dibaiki dalam masa 15 minit untuk beliau meneruskan renangan tanpa gangguan.

Akhirnya selepas 2 jam 20 minit 30 saat, di usia 23 tahun, pelajar jurusan Kesusasteraan Melayu Universiti Malaya itu berjaya menamatkan renangan sejauh 5km apabila selamat sampai di Bagan Ajam.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Astro AWANI, Bernama

#PeristiwaHariIn
Jemaah haji Malaysia ditawarkan satu lagi aktiviti, sebagai pilihan sepanjang berada di Tanah Suci bertujuan mengenal budaya masyarakat Arab sambil membeli-belah.

Sebuah ekspo baharu diperkenalkan di Mekah Chamber of Commerce Zaidi, bermula 12 sehingga 19 Mei, di Mekah


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#JejakAlHaramain
#BeritaHaji2025 #KhabarHaji2025
#AWANInews
Dua juta pek semusim, 42 jenis menu, dua kali sehari.Itu statistik sajian makanan untuk jemaah haji bagi musim 1446 Hijrah. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, Tabung Haji (TH) mengarahkan tujuh dapur di sana menyediakan makanan mengikut selera Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#JejakAlHaramain
#BeritaHaji2025 #KhabarHaji2025
#AWANInews
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menzahirkan rasa sedih dan simpati atas insiden menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen perumahan awam di Presint 9, Putrajaya pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran bahawa saingan Liga Malaysia (Liga-M) kini berada di ambang krisis dan bakal berdepan risiko terkubur jika tiada tindakan segera diambil.

Beliau menyifatkan keadaan semasa liga sebagai semakin kritikal, susulan peningkatan jumlah pasukan yang gagal bertahan akibat kekangan kewangan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di sini pada Selasa lalu dibebaskan daripada tahanan lokap polis hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, majikan pemandu itu telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, pagi Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) , Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri hadir ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL berikutan Amanat Pengarah JSPT kepada petugas sumber manusia sempena Sidang Kemuncak ASEAN .

๐Ÿ“ธ : Astro AWANI / SHAHIR OMAR