Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kejayaan Sabah mencatat perolehan hasil berjumlah hampir RM7 bilion pada 2023 membolehkan negeri itu muncul antara enam penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun berkenaan.
#AWANInews
#AWANInews
Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) meraih pengiktirafan antarabangsa atas penemuan kaedah rawatan baharu yang mengekalkan fungsi organ bagi pesakit kanser lidah menerusi pendekatan 'Hybrid HDRIBT followed by IMRT (HyBIRT)', pada pertemuan European Society for Radiotherapy and Oncology (ESTRO) 2025 yang berlangsung di Vienna, Austria, baru-baru ini.
Profesor Madya Dr Gokula Kumar Appalanaido bersama pasukannya telah dianugerahkan 'Sijil Abstrak Pencapaian Tinggi' (Top-Scoring Abstract Certificate), sekali gus menempatkan penyelidikan mereka dalam kelompok lima peratus teratas kertas pembentangan terbaik di peringkat global.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
Beliau akan menyampaikan syarahan umum bertajuk "ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia" di universiti tersebut.
Sejurus selesai, Perdana Menteri dijadualkan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau akan menyampaikan syarahan umum bertajuk "ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia" di universiti tersebut.
Sejurus selesai, Perdana Menteri dijadualkan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Isteri Koperal Haslizal Mohd Ali, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang kritikal akibat kemalangan kenderaan pasukan itu di Teluk Intan Selasa lepas, memohon doa orang ramai supaya suaminya segera sedar dan kembali sembuh.
Siti Rafidah Kamis, 43, yang juga seorang guru berkata suaminya masih tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan kerana kecederaan pada tulang rusuk selain terdapat masalah pada paru-paru.
"Suami perlu ditidurkan. Memang susah hati (dengan keadaan itu), bagaimanapun saya difahamkan perkara itu adalah terbaik buat masa ini supaya suami tidak rasa sakit. Saya mohon semua mendoakan supaya suami cepat sedar. Kami sekeluarga amat rindu dan berharap suami segera kembali ke pangkuan keluarga," kata ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara lima hingga 14 tahun itu ketika dihubungi pada Khamis.

Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa pada Khamis.
Skuad Malaysia kekal mengetengahkan khidmat trio Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) dan berdepan ranjau awal ketika menghadapi gandingan Sittipong Kamchan, Yodsawat Uthaijaronsri dan Varayut Jantarasena itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Skuad Malaysia kekal mengetengahkan khidmat trio Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) dan berdepan ranjau awal ketika menghadapi gandingan Sittipong Kamchan, Yodsawat Uthaijaronsri dan Varayut Jantarasena itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci, Penyelaras Operasi Unit Keihatan Awam, Dr Abdullah Husam nasihat Jemaah Haji mengelak strok haba ketika Masyair.
#AWANInews
#JejakAlHaramain2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
#JejakAlHaramain2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#KhabarHaji2025
Tiga ekor monyet emas hidung terjungkit dari China yang jarang ditemui tiba di Zoo Pairi Daiza di wilayah Hainaut, Belgium pada Rabu, di bawah perjanjian pajakan selama 10 tahun, lapor Xinhua.
Tiga ekor monyet Qinling emas itu diterbangkan dari Wilayah Shaanxi di barat laut China sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama saintifik antara Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) dan zoo itu.
Menurut laman sesawang Pairi Daiza, Liu Yun, seekor panda jantan, dilahirkan pada April 2019, manakala dua monyet betina yang menemaninya, Lu Lu dan Juan Juan, masing-masing dilahirkan pada Mei 2018 dan April 2021.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tiga ekor monyet Qinling emas itu diterbangkan dari Wilayah Shaanxi di barat laut China sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama saintifik antara Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) dan zoo itu.
Menurut laman sesawang Pairi Daiza, Liu Yun, seekor panda jantan, dilahirkan pada April 2019, manakala dua monyet betina yang menemaninya, Lu Lu dan Juan Juan, masing-masing dilahirkan pada Mei 2018 dan April 2021.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penjara lelaki di Britain kini hampir 99 peratus penuh dan dijangka kehabisan ruang penempatan menjelang November 2025 jika tiada tindakan diambil, kata pegawai Kementerian Kehakiman UK, Amy Rees.
"Jumlah keseluruhan banduan kini mencecah 88,087 orang, dan penjara lelaki dewasa beroperasi pada kira-kira 99 peratus kapasiti...Kami menjangkakan tiada lagi tempat yang tersedia - kehabisan sepenuhnya ruang penempatan bagi banduan lelaki dewasa - menjelang November tahun ini," katanya pada sidang media pada Rabu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Jumlah keseluruhan banduan kini mencecah 88,087 orang, dan penjara lelaki dewasa beroperasi pada kira-kira 99 peratus kapasiti...Kami menjangkakan tiada lagi tempat yang tersedia - kehabisan sepenuhnya ruang penempatan bagi banduan lelaki dewasa - menjelang November tahun ini," katanya pada sidang media pada Rabu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025.
"Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi model EV dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun dalam hal ini kami akan memantau dengan teliti permintaan pelanggan dan harga daripada pesaing, memandangkan pasaran sedang berkembang dengan pesat," katanya.

Hari ini 33 tahun yang lalu, Malaysia merangkul Piala Thomas buat kali ke-5.
Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas sebelum edisi 1992 adalah pada 1967 di Jakarta apabila menundukkan tuan rumah Indonesia 6-3. Sejak itu hingga 1992, 4 kali kita berjaya ke final (1970, 1976, 1988 & 1990) namun langkah tak kesampaian.
Tewas mengejut 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan, Malaysia selaku hos bangkit dengan membelasah Denmark (5-0) & England (4-1) untuk menduduki tempat ke-2 Kumpulan B & melangkah ke separuh akhir berdepan penyandang juara, China.
Namun Tembok Besar runtuh dibinasa skuad negara selepas pertarungan sengit berakhir 3-2 & Malaysia melangkah gah ke final bagi perhitungan dengan seteru tradisi, Indonesia - mengulangi final 1970 yang menjadi memori hitam buat negara.
Malaysia bukan pilihan utama, ketika Indonesia dibarisi beberapa pemain berkedudukan 5 teratas dunia ketika itu. Begitupun, Malaysia bermula cemerlang apabila Rashid Sidek menundukkan pemain nombor 2 dunia, Ardy Wiranata 15-11, 10-15, 15-4.
Namun kemudian Indonesia menyamakan kedudukan apabila Razif/Jalani Sidek tersungkur kepada Eddy Hartono/Rudi Gunawan 9-15, 15-9, 3-15. Malaysia kembali mendahului apabila Foo Kok Keong menang bergaya ke atas Alan Budi Kusuma 15-6, 15-12.
Debaran memuncak di perlawanan regu ke-2, berakhir dengan gegak-gempita di Stadium Negara tatkala Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang membenam Ricky Subajga/Rexy Mainaky 15-2, 10-15, 15-8, sekali gus menamatkan penantian 25 tahun untuk sekali lagi bergelar juara.
Perlawanan perseorangan ke-3 Kwan Yoke Meng-Joko Suprianto sekadar melengkapkan jadual, menyaksikan Yoke Meng tewas 3-15, 7-15. Selepas pertarungan epik selama 5 jam 37 minit, dendam kekalahan 1970 terbalas. Mata akhir: Malaysia 3-2 Indonesia.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, The Star
#PeristiwaHariIni

Qatar Airways berhasrat membeli sehingga 210 pesawat daripada Boeing, menurut pengumuman Rumah Putih pada Rabu.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa perjanjian bagi pesawat jenis 787 Dreamliner dan 777X itu dianggarkan bernilai US$96 bilion, dan disifatkan sebagai tempahan terbesar bagi pesawat berbadan lebar Boeing setakat ini.
Perjanjian tersebut dimeterai semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Qatar, dengan Ketua Eksekutif Boeing Kelly Ortberg mewakili syarikat itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa perjanjian bagi pesawat jenis 787 Dreamliner dan 777X itu dianggarkan bernilai US$96 bilion, dan disifatkan sebagai tempahan terbesar bagi pesawat berbadan lebar Boeing setakat ini.
Perjanjian tersebut dimeterai semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Qatar, dengan Ketua Eksekutif Boeing Kelly Ortberg mewakili syarikat itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikutip setiap hari di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Ini satu angka yang besar dan membimbangkan. Justeru, kita tidak boleh lagi bertindak secara reaktif atau berpuas hati dengan pendekatan lama," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau berkata jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Ini satu angka yang besar dan membimbangkan. Justeru, kita tidak boleh lagi bertindak secara reaktif atau berpuas hati dengan pendekatan lama," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan pada pagi Selasa, akan didakwa pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.
Beliau yang menerima kunjungan hormat Penasihat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Dr Asif Nazrul hari ini turut berharap kerjasama berterusan daripada pihak Bangladesh agar dapat memastikan perkara ini direalisasikan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau yang menerima kunjungan hormat Penasihat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Dr Asif Nazrul hari ini turut berharap kerjasama berterusan daripada pihak Bangladesh agar dapat memastikan perkara ini direalisasikan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemandu trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan tragik yang meragut sembilan nyawa rakan setugasnya pada Selasa lalu meluahkan rasa bersalah dan terlalu sedih atas apa yang berlaku.
Berkongsi luahan itu, Nor Ain Ahmad Hesam, 36, berkata suaminya, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, hanya mengetahui sepenuhnya mengenai kejadian tersebut selepas sedar daripada rawatan dan dimaklumkan tentang kematian rakan-rakannya semalam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Berkongsi luahan itu, Nor Ain Ahmad Hesam, 36, berkata suaminya, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, hanya mengetahui sepenuhnya mengenai kejadian tersebut selepas sedar daripada rawatan dan dimaklumkan tentang kematian rakan-rakannya semalam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This year’s edition of Lunch Escape is especially significant as it sets the stage for Energy Asia 2025.
#AWANInews
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Strategi promosi pelancongan kerajaan negeri dengan melantik bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri itu khususnya di China.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, antara kejayaan diperoleh menerusi strategi itu ialah pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori jumlah paparan digital tertinggi pelancongan Malaysia di platform WeChat dengan carian 'Melaka' dan 'Fan Bingbing.'
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, antara kejayaan diperoleh menerusi strategi itu ialah pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori jumlah paparan digital tertinggi pelancongan Malaysia di platform WeChat dengan carian 'Melaka' dan 'Fan Bingbing.'
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sempena Hari Guru Ke-54, KPM umum enam inisiatif termasuk pertukaran guru selepas dua tahun, pembantu guru MyPg, peluang ke UK, kursus luar negara, diskaun tiket penerbangan dan buku.