Pasukan Sepak Takraw Malaysia layak ke Separuh Akhir bertemu Vietnam selepas menundukkan pasukan Brunei dalam acara regu dengan keputusan 15-7 & 15-4 di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Astaf 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Rabu.
📷: ASTRO / Azrul Rafie
📷: ASTRO / Azrul Rafie
Seekor kucing peliharaan cedera dipercayai dipukul dan dibaling ke kawasan rumah tidak berpenghuni oleh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di Taman Yayasan, Buloh Kasap di Segamat pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya mengesan rakaman video dan gambar tular di media sosial yang memaparkan seekor kucing dalam keadaan berdarah dan cedera.
“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berlaku di Taman Yayasan, Segamat dan turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga pemilik kucing berkenaann. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.12 pagi ketika wanita itu sedang mencari kucing peliharaannya sebelum ternampak jirannya menolak sesuatu ke dalam longkang," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman terbaharu rejim Zionis Israel untuk terus meningkatkan serangan ketenteraan di Gaza, walaupun usaha ke arah gencatan senjata sedang giat dijalankan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata tindakan rejim yang secara terang-terangan meneruskan genosid, menyebabkan kebuluran dan pengusiran besar-besaran penduduk Gaza atas nama "pemindahan secara sukarela", sambil mendesak negara-negara lain menerima pelarian Palestin yang diusir, merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa.
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menuntut agar rejim Israel menghentikan kekejaman ini dan mematuhi undang-undang antarabangsa," katanya.

Kerja-kerja pembinaan Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi Singapura secara rasmi dimulakan pada Rabu, selepas projek mega itu dihentikan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong berkata terminal baharu itu akan meningkatkan kapasiti semasa Lapangan Terbang Changi lebih 50 peratus.
"Dari segi keluasan, T5 akan sebesar semua terminal sedia ada digabungkan. Ia akan membolehkan Changi menampung kira-kira 50 juta lagi penumpang setiap tahun," katanya pada majlis pecah tanah projek itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong berkata terminal baharu itu akan meningkatkan kapasiti semasa Lapangan Terbang Changi lebih 50 peratus.
"Dari segi keluasan, T5 akan sebesar semua terminal sedia ada digabungkan. Ia akan membolehkan Changi menampung kira-kira 50 juta lagi penumpang setiap tahun," katanya pada majlis pecah tanah projek itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apa makna Haji bagi anda?
Ini makna Haji bagi Khawari Mohamad, Jemaah Haji Malaysia yang berada di Mekah. Semoga segala urusan Jemaah Haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah Haji musim 1446H dipermudakan.
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025

Malaysia dan Rusia komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka ruang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik serta pertukaran budaya dan saintifik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen bersama itu dicapai semasa pertemuan dua hala beliau dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin di sini bersama delegasi kedua-dua negara.
"Saya menzahirkan penghormatan kepada Perdana Menteri Mishustin atas usaha beliau melaksanakan reformasi institusi di Rusia, satu pendekatan yang selari dengan agenda reformasi yang sedang digerakkan di Malaysia menerusi dasar Kerajaan MADANI," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen bersama itu dicapai semasa pertemuan dua hala beliau dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin di sini bersama delegasi kedua-dua negara.
"Saya menzahirkan penghormatan kepada Perdana Menteri Mishustin atas usaha beliau melaksanakan reformasi institusi di Rusia, satu pendekatan yang selari dengan agenda reformasi yang sedang digerakkan di Malaysia menerusi dasar Kerajaan MADANI," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Arab Saudi mengesahkan perkongsian strategik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan.
Bercakap pada sidang media di sini pada Rabu, beliau berkata kerjasama pertahanan dan keselamatan selama beberapa dekad antara Arab Saudi dan AS akan terus diperkukuh.
Beliau berkata usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala, menonjolkan hubungan ekonomi yang kukuh dan strategik antara kedua-dua negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bercakap pada sidang media di sini pada Rabu, beliau berkata kerjasama pertahanan dan keselamatan selama beberapa dekad antara Arab Saudi dan AS akan terus diperkukuh.
Beliau berkata usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala, menonjolkan hubungan ekonomi yang kukuh dan strategik antara kedua-dua negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hari ini 77 tahun yang lalu, bermulanya 'Nakba' & meletusnya Perang Arab-Israel.
Setelah tumbangnya Uthmaniyah dalam Perang Dunia I, Palestin menjadi wilayah jajahan British, hasil perjanjian muslihat Sykes-Picout 1916 & Perjanjian Balfour 1917. British menjadi pentadbir ‘sah’ apabila diberi Mandat oleh Majlis Tertinggi Bersekutu & diizin Liga Bangsa yang berkuatkuasa 29 September 1923.
Bermula penghijrahan orang Yahudi ke Palestin, mewujudkan ketegangan yang akhirnya meletuskan keganasan antara kaum. Polisi anti-Yahudi Nazi yang membawa kepada Perang Dunia II memburukkan keadaan & semakin ramai Yahudi masuk ke Palestin.
Keganasan semakin memuncak & British mahu lepas tangan, maka diserahkan resolusi pemisahan Palestin pada November 1947. Belum sempat Mandat British di Palestin terbatal secara rasmi pada 15 Mei 1948, Zionis mengisytihar pembentukan Israel pada 14 Mei.
Bermulalah operasi pembersihan etnik dipanggil ‘Nakba’ oleh Zionis, yang menyaksikan lebih 750,000 orang Palestin diusir dari tanah sendiri. Serta-merta juga negara-negara Arab melancar tindakan ketenteraan menentang kebiadaban Zionis itu, mencetuskan Perang Arab-Israel yang pertama.
Mesir memulakan serangan udara ke atas Tel Aviv, disusuli operasi darat daripada Transjordan, Syria, Lubnan & Iraq menduduki kawasan selatan & timur Palestin seterusnya menakluk Timur Al-Quds. Rejim Zionis pula menguasai jalan utama ke Baitulmaqdis melalui Pergunungan Yehuda. Menjelang awal 1949, rejim Zionis berupaya menangkis ancaman angkatan bersekutu Arab & menawan seluruh Naqab di selatan Palestin hingga perbatasan Palestin-Mesir, kecuali Semenanjung Gaza.
Antara Februari & Julai 1949, susulan gencatan senjata berasingan antara Zionis dengan setiap negara Arab terlibat, perbatasan sementara ditetapkan antara wilayah dikuasai Zionis dengan negara jirannya.
Sejak itu, rejim Zionis Israel tak pernah berhenti ‘menggila’. Gila memperluaskan wilayah menerusi dasar Israelisasi di bumi Palestin. Kegilaan menjarah, menjajah & mengganyang nyawa manusia hingga hari ini.
Sumber: Al Jazeera, Britannica
#PeristiwaHariIni

Kedah tidak akan menyambung pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini, yang dikhuatiri turut menjadi satu daripada alat untuk penyalahgunaan dadah.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata dalam mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri semalam, perbincangan turut menyentuh berkaitan penggunaan vape sebagai medium penyalahgunaan dadah sintetik.
"Ada pihak mengambil kesempatan menjual dadah sintetik dalam bentuk cecair yang boleh dihisap menggunakan vape. Menghalang jualan vape merupakan satu daripada jalan untuk mengekang penyalahgunaan dadah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.

*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4misZxn
🔸'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat
🔸Sekatan Syria: Arab Saudi harap negara lain ikut jejak langkah AS
🔸Kedah henti sambung lesen jual vape - Sanusi
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berazam untuk membawa parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menerusi beberapa langkah tuntas.
Beliau yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR sesi 2025-2028 berkata, antara langkah wajar ialah mengukuhkan hubungan di antara rakan komponen serta parti gabungan Pakatan Harapan untuk meningkatkan kepercayaan pengundi selain pemerkasaan wanita dan wanita.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Beliau yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR sesi 2025-2028 berkata, antara langkah wajar ialah mengukuhkan hubungan di antara rakan komponen serta parti gabungan Pakatan Harapan untuk meningkatkan kepercayaan pengundi selain pemerkasaan wanita dan wanita.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan isu mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 semasa pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Rabu.
Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala beliau dengan Presiden Rusia itu di Kremlin di Moscow sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala beliau dengan Presiden Rusia itu di Kremlin di Moscow sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Jangan bimbang, pergilah ke mana sahaja, mahu ke Masjidil Haram atau pun membeli belah."
Satu platform terbaharu diperkenalkan bertujuan mengelak jemaah haji tersesat, terutama ketika kemuncak haji.
Menurut Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, inisiatif ini dibuat selepas Tabung Haji (TH) mendapati setiap tahun masih ramai jemaah haji tersesat ketika cuba balik ke penginapan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Satu platform terbaharu diperkenalkan bertujuan mengelak jemaah haji tersesat, terutama ketika kemuncak haji.
Menurut Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, inisiatif ini dibuat selepas Tabung Haji (TH) mendapati setiap tahun masih ramai jemaah haji tersesat ketika cuba balik ke penginapan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) hari ini memperkukuhkan peranannya sebagai rakan strategik keterjaminan makanan negara menerusi pelaksanaan pelarasan harga Beras Putih Import (BPI).
Ia adalah selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ia adalah selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sultan Sharafuddin Idris Shah gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pemandu dan syarikat kenderaan berat yang cuai, susulan tragedi kemalangan di Teluk Intan yang ragut sembilan nyawa anggota FRU.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Serangan udara Israel di seluruh Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, menurut laporan hospital dan pasukan penyelamat.
Hospital Indonesia di Gaza melaporkan bahawa 22 kanak-kanak dan 15 wanita termasuk dalam 50 mangsa yang terbunuh apabila beberapa rumah di kawasan Jabalia musnah akibat serangan udara pada waktu malam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hospital Indonesia di Gaza melaporkan bahawa 22 kanak-kanak dan 15 wanita termasuk dalam 50 mangsa yang terbunuh apabila beberapa rumah di kawasan Jabalia musnah akibat serangan udara pada waktu malam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Lebih 6,000 pengunjung membanjiri Permaisuri Imperial City Mall sepanjang tiga hari penganjuran program Hello Miri, iaitu buah tangan istimewa Astro buat warga Sarawak yang menjadi sebahagian daripada siri jelajah menjelang Konsert MeleTOP TVS.
Program yang berlangsung penuh meriah itu menyatukan hiburan, interaksi peminat dan penampilan selebriti popular dalam satu platform, sekali gus membuktikan komitmen Astro untuk mendekatkan kandungan dengan komuniti tempatan.