Hello Miri! Meriah dengan kehadiran penduduk sekitar serta dari Brunei. Antara artis yang hadir Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Keanu Azman, Muna Bella, Wani Kayrie, Kaka Azraf, Tomok, Siti Saleha, Nikki Palikat dan ramai lagi yg telah memeriahkan program Astro di Permaisuri Imperial City Mall.
📷: Astro/Azrul Rafie
#AWANInews
📷: Astro/Azrul Rafie
#AWANInews
Pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan pada Selasa, telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata pemandu berusia 40-an yang tidak mengalami kecederaan itu ditahan pagi ini mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Laungan 'Allahuakbar' dan tangisan menyayat hati memecah kesunyian pagi dalam kejadian nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan pada Selasa.
Saksi, Noor 'Ain Asyiqin Abdul Khalel, 39, berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu, situasi pada awalnya panik bertukar sayu apabila rakan-rakan sepasukan cuba menyelamatkan mangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Saksi, Noor 'Ain Asyiqin Abdul Khalel, 39, berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu, situasi pada awalnya panik bertukar sayu apabila rakan-rakan sepasukan cuba menyelamatkan mangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang tular dalam insiden kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara–Selatan berhampiran Plaza Tol Duta dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Tertuduh, K Darmaraju, 32, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tertuduh, K Darmaraju, 32, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Arab Saudi bagi memulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Asia Barat.
Pesawat Air Force One yang membawa trump mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh jam 9.50 pagi waktu tempatan.
Ia merupakan lawatan luar rasmi pertamanya selaku Presiden, dan kali kedua Trump memilih Arab Saudi sebagai destinasi pertama untuk dikunjungi selepas 2017.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pesawat Air Force One yang membawa trump mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh jam 9.50 pagi waktu tempatan.
Ia merupakan lawatan luar rasmi pertamanya selaku Presiden, dan kali kedua Trump memilih Arab Saudi sebagai destinasi pertama untuk dikunjungi selepas 2017.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
China akan menyalurkan hampir AS$10 bilion dalam bentuk kredit kepada negara-negara Amerika Latin untuk menyokong pembangunan tetapi dalam mata wang yuan.
Presiden Xi Jinping mengumumkan perkara ini semasa pembukaan Forum China-CELAC di Beijing.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada pihak yang akan menang dalam perang tarif dan perdagangan.
Forum ini dilihat sebagai cabaran terhadap dominasi Amerika Syarikat di rantau tersebut, dan diadakan selepas rundingan perdagangan penting antara AS dan China yang berakhir secara positif. #AWANInews

Presiden AS, Donald Trump, memulakan lawatan empat hari ke Asia Barat dengan kunjungan ke Arab Saudi, disambut oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Riyadh pada 13 Mei.
Lawatan ini merupakan yang kedua selepas beliau kembali sebagai Presiden, ketika dunia sedang berdepan ketegangan geopolitik.
Namun, lawatan kali ini dijangka lebih tertumpu kepada urusan ekonomi berbanding isu keselamatan seperti perang di Gaza dan ketegangan berkaitan program nuklear Iran.
Destinasi kedua dan ketiga Trump, iaitu Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, turut dijangka memfokuskan kepada hal ehwal ekonomi. #AWANInews

Saham Amerika Syarikat (AS) melonjak tinggi pada dagangan Isnin, menghapuskan kelemahan sederhana yang dicatatkan minggu lalu, lapor dpa-AFX.
Nasdaq melonjak 779.43 mata atau 4.4 peratus kepada 18,708.34, S&P 500 meningkat 184.28 mata atau 3.3 peratus kepada 5,844.19 manakala Dow melonjak 1,160.72 mata atau 2.8 peratus kepada 42,420.10.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Nasdaq melonjak 779.43 mata atau 4.4 peratus kepada 18,708.34, S&P 500 meningkat 184.28 mata atau 3.3 peratus kepada 5,844.19 manakala Dow melonjak 1,160.72 mata atau 2.8 peratus kepada 42,420.10.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gunung Etna di Itali meletus pada malam Isnin (13 Mei). Gunung berapi paling aktif di Eropah ini telah menghasilkan dua aliran lava yang mengalir ke arah selatan dan timur.
Letusan lava berapi dan awan abu di sekitar langit Sicily dan kepulan abu tersebar ke arah timur-tenggara di bandar Zafferana Etnea, Itali.

Pemandu lori muatan batu yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini pada Selasa mempunyai enam rekod kesalahan lampau.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah serta pernah melakukan beberapa kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ujian air kencing telah dilakukan dan keputusannya lelaki itu negatif daripada sebarang jenis dadah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah serta pernah melakukan beberapa kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ujian air kencing telah dilakukan dan keputusannya lelaki itu negatif daripada sebarang jenis dadah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi Selasa.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.
"Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati," titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.
"Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati," titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebuah video yang dimuat naik salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 merakam suasana dalam kenderaan PDRM itu mengundang rasa sayu netizen.
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, itu memaparkan rakan-rakan seperjuangan sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera.
Difahamkan, pasukan tersebut dalam perjalanan menghadiri penugasan di Teluk Intan malah, dalam status berikutnya, mangsa turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, itu memaparkan rakan-rakan seperjuangan sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera.
Difahamkan, pasukan tersebut dalam perjalanan menghadiri penugasan di Teluk Intan malah, dalam status berikutnya, mangsa turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampam, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam Selasa.
“Semua mangsa ini, selepas dibedah siasat, (yang beragama Islam) akan disembahyangkan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam Selasa.
“Semua mangsa ini, selepas dibedah siasat, (yang beragama Islam) akan disembahyangkan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Mesyuarat unit bencana negeri Selangor petang Selasa antara lain akan membincangkan kemungkinan kerajaan negeri boleh menjadi orang tengah bagi menyelaras rundingan antara mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dengan syarikat insurans, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
"Kerajaan negeri mungkin boleh jadi mediator sebab ini melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu syarikat insurans dan pemegang polisi. Kerajaan negeri sedia membantu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Kerajaan negeri mungkin boleh jadi mediator sebab ini melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu syarikat insurans dan pemegang polisi. Kerajaan negeri sedia membantu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau isu penggunaan vape yang didakwa melibatkan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni Bohari berkata KKM sedang meneliti peraturan sedia ada, sekiranya aspek penguatkuasaan masih relevan menangani permasalahan tersebut.