Astro AWANI
81.8K subscribers
47.4K photos
782 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melanjutkan pelaksanaan Bulan Pemutihan yang merangkumi pendaftaran dan caruman pekerja oleh majikan dengan pengecualian kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) hingga 31 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pelanjutan ini susulan sambutan menggalakkan daripada majikan serta peningkatan ketara jumlah pendaftaran dan caruman sepanjang pelaksanaan Bulan Pemutihan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, mahu terus memandang ke depan dan memajukan kariernya walaupun perasaannya bercampur-baur berhubung siasatan terhadap kesnya yang disimbah asid di sebuah pusat membeli-beli di Ibu Kota.

Selepas setahun, pasukan peguam yang diamanahkan kelab Selangor itu dalam sidang media kelmarin menjelaskan perkembangan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta di ibu negara berhubung kes mayat bayi lelaki dibuang ke dalam sungai di Jalan Klang Lama pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan program khas dinamakan ProKhas di Kampung Serudung Laut di sini sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan kepada anak-anak di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata program itu diwujudkan khusus untuk penduduk di kawasan yang memerlukan kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot dari bandar Tawau bagi memastikan tiada keciciran dalam kalangan pelajar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dilancarkan pada April lalu, blog ini hanya boleh diakses oleh pelanggan berbayar, dengan bayaran langganan sebanyak AS$5 sebulan (RM20.99) atau AS$55 setahun (RM230.92).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kejadian tiga ekor buaya ditangkap dalam tempoh seminggu ini membuatkan pekebun, penternak serta penduduk sekitar Kampung Parit Gantong di sini, diselubungi kebimbangan kemungkinan reptilia tersebut muncul lagi.

Penternak dan pekebun yang ditemui mengakui berasa terancam bukan sahaja pada diri malah terhadap haiwan ternakan mereka menyebabkan ada antara penduduk tidak berani untuk ke kebun terutama yang berdekatan Sungai Batu Pahat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seorang Chef di Argentina memberi penghormatan kepada Paus Leo XIV yang baru dipilih dengan mencipta steak daging lembu unik.

Steak daging lembu berlapis roti ini merupakan salah satu hidangan paling disukai di Argentina dan berasaskan “Milanese” Itali yang dibuat daripada potongan daging anak lembu.

Chef Damian Zanotti membentuk wajah, cermin mata dan salib ketua baru Gereja Katolik Rom global itu dan melapisinya dengan serbuk roti sebelum menggorengnya.

#AWANInews
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan beliau menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pemilihan sesi 2025-2028 bukanlah kerana jawatan.

Sebaliknya beliau berkata keputusan itu demi kerana amanah perjuangan.

"Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama di dalam gerakan Reformasi ini - dari jalan raya ke Putrajaya, dari menuntut keadilan buat individu teraniaya, kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki warga Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di pulau peranginan popular di Wilayah Phuket pagi pada Jumaat.

Menurut laporan Polis Thailand, mangsa, seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun berasal dari Selangor, tiba di Thailand pada 8 Mei bersama lebih 20 pelancong Malaysia.

"Mangsa telah diaturkan sebilik bersama tiga orang rakan. Pada kira-kira jam 1 pagi Jumaat (waktu tempatan), polis menerima laporan daripada petugas hotel bahawa seorang pelancong telah terjatuh dari bangunan," menurut laporan itu pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
We always hear "tariffs protect Americans".

A strong line. Easy to sell.

But sometimes protection comes at a cost.

It might just be a promise with a receipt. Let’s hear

#WhatTheyDontSayWithAmirul
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7502629756622343444
Golongan belia terus menjadi kelompok terbesar dalam kes penyalahgunaan dadah di Malaysia, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata statistik tahun lepas menunjukkan individu berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun berada pada kelompok tertinggi iaitu sebanyak 115,714 orang atau 60 peratus daripada keseluruhan 192,857 penagih yang ditahan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan dan mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi serta bantuan jika diperlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mereka perlu berhati-hati dan tidak mengunjungi kawasan berisiko susulan serangan rentas sempadan antra kedua-dua negara yang dilaporkan baru-baru ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
India dan Pakistan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta sekali gus menamatkan ketegangan yang berlarutan di wilayah bergolak Kashmir.

Perkembangan itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi satu hantaran di platform X pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi 2025-2028.

Amirudin dalam kenyataan berkata, hasrat tersebut sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi reformasi serta teras Kerajaan Perpaduan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis menahan 10 lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ke atas seorang lelaki di Kampung Sentosa Jaya pada Jumaat.

Kejadian itu tular di media sosial selepas mangsa seorang remaja berusia 17 mengalami cedera di bahagian muka akibat dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Amerika Syarikat (AS) menggesa India dan Pakistan agar "mencari jalan" dan "mengenal pasti kaedah" untuk meredakan ketegangan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio menyampaikan mesej itu dalam perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar serta Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tuberkulosis atau tibi kekal tersenarai antara lima penyakit berjangkit paling tinggi dicatatkan di Pulau Pinang, dengan perokok tegar dan warga emas, khususnya lelaki paling berisiko dijangkiti penyakit itu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam Dr Rozaini Mat Shah berkata ini kerana tahap imuniti badan yang rendah serta kesan buruk terhadap sistem pernafasan disebabkan tabiat merokok menjadikan individu dalam kumpulan itu lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yakin pengganti beliau Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tidak berdepan masalah untuk menerajui badan induk badminton negara itu selepas pelbagai penambahbaikan dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Mohamad Norza berkata antara asas penting yang dibina termasuk kerjasama strategik BAM dengan PEMANDU Associates yang dimulakan semasa beliau menerajui badan itu dari 2017 hingga tahun lepas, dan usaha itu kini mampu dimanfaatkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Persiapan akhir bagi sambutan Hari Wesak pada Isnin ini sedang giat dijalankan di Pulau Pinang dan lebih 10,000 penganut Buddha serta pengunjung dijangka hadir bagi meraikan perayaan itu.

Tinjauan Bernama di pekarangan bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di Jalan Burma di sini mendapati puluhan sukarelawan bertungkus lumus menyiapkan kereta berhias dengan ribuan kuntuman bunga selain mendirikan 10 khemah di kawasan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews