Astro AWANI
82.3K subscribers
46.6K photos
735 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Astro AWANI
Photo
Hari ini 85 tahun yang lalu, Winston Churchill menjadi Perdana Menteri United Kingdom.

Pada Mei 1940, Jerman sudah menakluk sebahagian besar Eropah & sedang memasuki Perancis. PM UK ketika itu, Neville Chamberlain hilang sokongan partinya & rakyat UK kerana gagal mengekang kemaraan Hitler lalu dipaksa untuk meletak jawatan.

Churchill, bekas First Lord of Admiralty & pengkritik hebat polisi Chamberlain dilantik untuk mengisi kekosongan itu. Pelantikannya tidak popular, tapi beliau ahli politik berpengalaman & veteran perang yang mendapat sokongan partinya juga parti lawan.

Sejurus menjadi PM, Churchill membentuk Kabinet Perang yang beliau terlibat secara rapat. Kemudian di penghujung Mei itu, beliau mengarahkan pemindahan tentera British dari Dunkirk, titik perubahan kepada nasib angkatan Bersekutu dalam Perang Dunia II.

Rentetan kejayaan di Dunkirk itu, Churchill menyampaikan ucapan termasyhurnya “We shall fight on the beaches,” yang berjaya menghimpunkan semangat & tenaga seluruh rakyat UK untuk bersama menentang Nazi dalam apa jua cara sekali pun.

Di bawah kepimpinan Churchill, tentera British berjaya mengusir kemaraan Jerman yang akhirnya mengubah arus peperangan. Seorang pakar strategi & pemimpin berkarisma, peranan Churchill besar dalam kemenangan angkatan Bersekutu di Eropah.

Begitupun pencapaiannya, ramai juga yang tak senada dengan beliau. Dianggap keras kepala, berfikiran kolot & imperialis, Churchill berdepan kritikan terhadap beberapa keputusannya ketika perang & kesihatannya juga sering menjadi isu berbangkit.

Legasi Churchill menjangkaui kepimpinannya ketika perang. Seorang pejuang keadilan sosial, beliau bertanggungjawab mereformasi beberapa dasar domestik, termasuk penubuhan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) & pemodenan sistem pendidikan British.

Churchill menjadi PM UK untuk 2 tempoh (1940-1945 & 1951-1955). Beliau dikenang sebagai antara pemimpin terulung dalam sejarah British & sosok paling berpengaruh abad ke-20.

*Gambar: Churchill selepas dilantik sebagai PM pada 10 Mei 1940.

Sumber: Britannica, History, British Library

#PeristiwaHariIni
Satu tinjauan oleh Stability & Accountability for Malaysia (Projek Sama) mendapati bahawa 57.8% responden percaya bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan tidak sepatutnya diberikan pengampunan bagi hukuman penjara beliau atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd.

Tinjauan melibatkan 1,210 rakyat Malaysia itu juga mendapati bahawa 70% menentang penahanan di rumah bagi pesalah yang disabitkan dengan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, serta mahu golongan banduan ini dikecualikan daripada proses undang-undang sedemikian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jemaah haji diingatkan supaya mengaktifkan transaksi luar negara pada kad debit masing-masing sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ini kerana 55 peratus daripada aduan kes di Pusat Operasi Kewangan Tabung Haji adalah melibatkan pengaktifan transaksi.

Sebaik melangkah ke Tanah Suci sama ada di Madinah mahupun Mekah, antara kebimbangan jemaah haji adalah pertukaran wang daripada ringgit kepada riyal.

Menurut Pengarah Operasi Kewangan, Shamsul Bahar Shamsuddin, bagaimanapun seperti yang dianjur Tabung Haji (TH), jemaah digalakkan mempunyai akaun Bank Islam Malaysia Berhad yang menyediakan khidmat pengeluaran tunai tanpa caj transaksi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Datuk Norman Abd Halim ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, ketika ini dia tidak dapat berkongsi secara lanjut mengenai kelainan itu namun dia menjanjikan rangkuman setlist yang membuatkan penonton sukar move on.

"Sudah tentu terkejut dengan sambutan luar biasa, saya hilang kata-kata lihat peminat bersorak dalam arena. Alhamdulillah untuk malam ketiga dan keempat nanti, pastinya kami akan cuba bawa kelainan. Kita cuba berlaku adil kepada semua yang telah datang pada konsert malam pertama dan kedua.

"Tapi bagi KRU sendiri, sudah pasti kami mahu ada penambahbaikan dan kami cuba beri sesuatu yang berbeza. Ada pertukaran lagu dan pastinya ini memberikan satu hujung minggu yang signifikan sempena sambutan Hari Ibu," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat pusat, sekali gus mencerminkan komitmen parti dalam memperkukuh kepimpinan serta memberi ruang kepada tokoh-tokoh baharu untuk memperkasakan demokrasi dalaman parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata jumlah itu merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita dengan pemilihan kali ini turut menyaksikan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Ketua AMK.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pakistan mendakwa bahawa India telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga pangkalan udara negara itu, termasuk satu yang terletak berhampiran ibu negara, Islamabad.

Jurucakap tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, mengumumkan dalam siaran langsung bahawa pangkalan udara Nur Khan, Murid, dan Shorkot telah menjadi sasaran serangan India.

Menurut Chaudhry, serangan ini merupakan tindakan agresif yang jelas dari India, dan Pakistan kini sedang bersiap sedia untuk memberikan tindak balas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Mexico telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat teknologi gergasi Google selepas platform peta digitalnya menukar nama 'Gulf of Mexico' kepada 'Gulf of America' bagi pengguna di Amerika Syarikat (AS).

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengesahkan tindakan undang-undang ini dalam sidang media pada Jumaat.

Sheinbaum menyatakan bahawa Mexico telah berulang kali meminta Google untuk mengekalkan nama asal, tetapi syarikat itu tetap meneruskan perubahan berdasarkan arahan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, pada hari pertama penggal keduanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JAIS pada Satu berkata bagaimanapun penajaan bagi pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah masih diteruskan.

Beliau berkata penajaan bagi peringkat ijazah pertama akan diteruskan di Universiti Islam Selangor (UIS) atau universiti tempatan.

"Ketetapan ini dibuat bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada pengaruh dan anasir yang boleh mengganggu pemikiran serta jati diri pelajar jurusan Pengajian Islam Selangor di Asia Barat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Istiadat melibatkan Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan 21 Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) pada Sabtu.

Istiadat itu mula diperkenankan untuk disaksikan oleh orang awam pada 1994, namun ia terhenti seketika susulan COVID-19, sebelum disambung kembali tahun lalu.

"Istiadat ini bukan sahaja melibatkan pertukaran kawalan fizikal, malah membawa nilai simbolik yang besar dalam kesinambungan sejarah ketenteraan Malaysia. Ia mencerminkan jati diri ATM sebagai pasukan yang bukan sahaja bersiap siaga di medan, malah juga berperanan menjaga maruah dan tradisi negara,” kata Pegawai Memerintah Batalion 1 RAMD, Kol Mohd Fuad Md Ghazali.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tengku Zafrul, 52, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengambil alih tampuk kepimpinan badan induk sukan badminton negara itu daripada Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang sebelum ini memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya selepas memimpin BAM sejak 2017.
#AWANInews
Ini berita yang pasti mengujakan ramai peminat bola sepak tanah air, khususnya Manchester United!

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu akan membawa keseluruhan pemain tonggaknya ke Kuala Lumpur bagi aksi istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 28 Mei nanti.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, dengan senarai pemain yang akan menyertai jelajah pasca musim kelab ke Kuala Lumpur dan Hong Kong pada hujung Mei ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tentera Laut Indonesia (TNI AL) berjaya memintas sebuah bot laju yang membawa 19 pekerja migran tanpa dokumen dan dua individu disyaki sebagai penyeludup manusia di perairan wilayah Riau.

Bot itu, yang dilengkapi tiga enjin sangkut, dikesan di Selat Morong berhampiran Pulau Rupat pada 8 Mei ketika cuba memasuki perairan Malaysia secara haram.

Menurut Pejabat Penerangan Umum Tentera Laut (Dispenal), bot berkenaan enggan mematuhi arahan amaran, menyebabkan anggota TNI AL terpaksa melepaskan tembakan ke arah enjin untuk menghentikan bot itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu keperluan luar jangka yang amat kritikal dalam memastikan kesinambungan agenda pencegahan rasuah di negara ini.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata dalam suasana semasa yang memperlihatkan isu rasuah semakin mencabar dan bersifat kompleks, kesinambungan kepimpinan di SPRM amat penting untuk mengekalkan momentum siasatan, pendakwaan serta pembudayaan integriti dalam sektor awam dan swasta.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melanjutkan pelaksanaan Bulan Pemutihan yang merangkumi pendaftaran dan caruman pekerja oleh majikan dengan pengecualian kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) hingga 31 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pelanjutan ini susulan sambutan menggalakkan daripada majikan serta peningkatan ketara jumlah pendaftaran dan caruman sepanjang pelaksanaan Bulan Pemutihan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, mahu terus memandang ke depan dan memajukan kariernya walaupun perasaannya bercampur-baur berhubung siasatan terhadap kesnya yang disimbah asid di sebuah pusat membeli-beli di Ibu Kota.

Selepas setahun, pasukan peguam yang diamanahkan kelab Selangor itu dalam sidang media kelmarin menjelaskan perkembangan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta di ibu negara berhubung kes mayat bayi lelaki dibuang ke dalam sungai di Jalan Klang Lama pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan program khas dinamakan ProKhas di Kampung Serudung Laut di sini sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan kepada anak-anak di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata program itu diwujudkan khusus untuk penduduk di kawasan yang memerlukan kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot dari bandar Tawau bagi memastikan tiada keciciran dalam kalangan pelajar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dilancarkan pada April lalu, blog ini hanya boleh diakses oleh pelanggan berbayar, dengan bayaran langganan sebanyak AS$5 sebulan (RM20.99) atau AS$55 setahun (RM230.92).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kejadian tiga ekor buaya ditangkap dalam tempoh seminggu ini membuatkan pekebun, penternak serta penduduk sekitar Kampung Parit Gantong di sini, diselubungi kebimbangan kemungkinan reptilia tersebut muncul lagi.

Penternak dan pekebun yang ditemui mengakui berasa terancam bukan sahaja pada diri malah terhadap haiwan ternakan mereka menyebabkan ada antara penduduk tidak berani untuk ke kebun terutama yang berdekatan Sungai Batu Pahat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews