Astro AWANI
82.3K subscribers
46.5K photos
734 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Astro AWANI
Photo
Hari ini 75 tahun yang lalu, ‘Tollund Man’ ditemukan di Silkeborg, Denmark.

Penemuannya adalah secara tak sengaja. Pada 8 Mei 1950, 2 beradik Higgo & Emil Hojgaard sedang memotong tanah gambut dekat perkampungan Tollund apabila menemukan sekujur tubuh yang awalnya disangkakan mangsa jenayah yang baru berlaku.

Selepas diamati, mereka menyedari bahawa ia mayat lama lantas menghubungi pihak berkuasa. Tollund Man ditemukan terbaring mengiring dalam posisi fetal, tertanam pada kedalaman 2.3 meter & seluruh tubuhnya terpelihara dengan baik.

Keadaannya hampir sempurna - kulit, rambut & malah organ dalamannya masih elok dek kondisi unik tanah gambut di mana ia ditemukan yang airnya mengandungi asid tanik yang tinggi, membantu proses pengawetan bahan organik.

Tollund Man ditemukan dengan tali melilit lehernya, mencadangkan bahawa dia mati dibunuh. Namun tali itu tidak diikat dalam simpulan, lantas para pengkaji berpendapat bahawa mayat dari kurun ke-5 ini Sebelum Masihi ini adalah korban ritual keagamaan.

Saintis berupaya menyelidik isi perutnya yang masih mengandungi sisa santapan terakhirnya merangkumi bubur diperbuat daripada barli & rami serta biji benih beberapa tumbuhan lain. Dipercayai, Tollund Man dahulunya adalah seorang petani.

Dapatan bahawa Tollund Man adalah korban ritual keagamaan memberitahu bahawa agama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia purba, membuatkan pengkaji berpendapat bahawa Tollund Man adalah perantara dengan alam ghaib.

Dipercayai, mayat terawet ini mati di usia sekitar 40 tahun pada antara tahun 405-308 SM. Penemuan Tollund Man dianggap sebagai antara penemuan arkeologi terpenting di abad ke-20.

Sumber: Smithsonian Magazine, Live Science, National Geographic

#PeristiwaHariIni
Barisan pemain Perak FC diberi kebebasan untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pasukan bagi meneruskan kerjaya bola sepak mereka.

Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, beliau enggan memberi harapan kepada para pemain mengenai urusan pengambilalihan pasukan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, memberi amaran bahawa India akan menghadapi akibat daripada tindakan ketenteraannya terhadap Pakistan.

Dalam ucapan kepada negara pada Rabu, beliau menegaskan bahawa Pakistan tidak akan berdiam diri dan akan memberikan tindak balas yang setimpal terhadap serangan India.

India telah melancarkan Operasi Sindoor, serangan udara terbesar sejak serangan Balakot, yang menyasarkan sembilan kem militan di Pakistan dan Kashmir yang diduduki Pakistan (PoK).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden China, Xi Jinping, telah tiba di Moscow untuk lawatan rasmi selama empat hari sebagai tetamu kehormat Presiden Rusia, Vladimir Putin, menjelang perarakan Hari Kemenangan pada 9 Mei.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara China dan Rusia, yang telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Xi dijangka menghadiri pelbagai acara memperingati 80 tahun kemenangan Sekutu ke atas Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menggalas tanggungjawab sebagai petugas haji bukan sekadar satu tugasan biasa, sebaliknya ia menuntut komitmen yang tinggi, kesabaran luar biasa serta keikhlasan dalam menyantuni jutaan tetamu Allah, sepanjang musim ibadah haji.

Pengalaman inilah yang dilalui oleh Pengurus Perkhidmatan Luar Tabung Haji (TH) Mohamad Zamry Mohd Noor, 60, yang telah lebih 30 kali diberi kepercayaan untuk berkhidmat dalam operasi haji sejak empat dekad lepas.

Bagi beliau, keberkatan tugasan itu tidak hanya terletak pada usaha, tetapi turut hadir daripada sumber yang lebih halus iaitu titipan doa ikhlas yang terbit daripada hati Duyufurrahman, ketika selesai menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi klinikal untuk menamatkan kemaraan Arsenal ke final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama sejak 2006 selepas mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Parc des Princes, awal pagi Khamis.

Arsenal memulakan perlawanan dengan garang apabila Declan Rice nyaris menjaringkan gol menerusi tandukan, sementara dua percubaan Gabriel Martinelli dan Martin Odegaard dinafikan penjaga gol tuan rumah, Gianluigi Donnarumma.

Namun, PSG yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila rembatan Fabian Ruiz dari luar kotak penalti terkena William Saliba dan mengelirukan David Raya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Khas Parlimen baru-baru ini berperanan sebagai medan penting bagi Ahli-ahli Parlimen menyuarakan kebimbangan serta saranan mewakili rakyat dalam menghadapi tekanan ekonomi akibat tindakan pentadbiran Trump mengenakan tarif.

Diskusi #DialogTigaPenjuru jam 830 malam ini.

#AWANInews
Kes serangan asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, demikian kata peguam pemain itu.

Menurut peguam, Nik Zarith Nik Moustapha, dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, satu surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk -- genap setahun bintang Harimau Malaya itu disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis tidak menolak kemungkinan kes penculikan membabitkan Datin Seri Pamela Ling Yueh dirancang sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berkata siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan penculikan itu merupakan satu perancangan sendiri.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa memberi kerjasama tanpa berlaku sebarang pergelutan.
Malah kata beliau, segala pergerakan perculikan itu juga bergerak lancar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini menafikan dakwaan pembabitannya dalam skandal rasuah berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang tular menerusi satu saluran Telegram.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, tidak berasas dan bermotifkan niat jahat terhadap dirinya selaku anggota pentadbiran kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta seorang individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas pada Rabu.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, operasi itu dijalankan antara jam 1.00 petang hingga 5.00 petang sebagai lanjutan daripada Op Outlander yang dilaksanakan baru-baru ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebuah mahkamah di Kenya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan atau denda sebanyak AS$7,700 (RM32,700) kepada empat individu yang didapati bersalah kerana cuba menyeludup ribuan semut hidup keluar dari negara itu.

Kes ini melibatkan dua remaja dari Belgium, seorang warga Vietnam, dan seorang rakyat Kenya yang ditahan bulan lalu di sebuah rumah tumpangan di Nakuru County, lokasi yang terkenal dengan taman negara dan kepelbagaian biodiversiti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3 peratus.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan dan perdagangan global yang berterusan, disokong oleh permintaan dalam negeri dan aktiviti yang dilakukan lebih awal (front-loading activities).

Prospek pertumbuhan global, katanya lagi, akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memulakan siasatan untuk memastikan keselamatan pesawat pejuang Hawk.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu, susulan insiden pesawat pejuang Hawk tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Sabah mengulangi komitmen untuk memperluas Geopark Global UNESCO Kinabalu (KUGGP) dan Rizab Biosfera Crocker Range sebagai sebahagian daripada matlamat pembangunan lestari di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
Penyelidikan klinikal bukan sekadar mengenai kemajuan sains malah pemangkin utama mewujudkan peluang pekerjaan, kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, negara menyaksikan perkembangan penyelidikan klinikal sebagai salah satu tunjang utama dalam landskap penjagaan kesihatan dan sosio-ekonomi negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemenang anugerah gol terbaik Piala Asia 2023, Faisal Halim mengimbas kembali detik sukar yang terpaksa diharunginya selepas menjadi mangsa simbah asid, setahun lalu.

Genap setahun insiden ngeri menimpa dirinya kelmarin, Faisal mengakui bersyukur apabila dia dapat bangkit kembali terutama dalam meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Menerusi catatan di laman Instagram miliknya, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah diatas bantuan serta sokongan padu yang diberikan sepanjang detik sukar tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada peringkat awal, kenderaan tersebut akan mempunyai lebih 30 peratus pemasangan tempatan di kilang baharunya di Rawang, Selangor, dengan harga di bawah RM80,000.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelawak, Along Cham memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di Sepang pada Khamis bahawa, dia pernah melafazkan talak satu terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, pada 18 Jun tahun lalu.

Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, selaku plaintif berkata, perkara itu dibuat kerana mendakwa Afreena selaku defendan melakukan pelbagai penipuan termasuk melibatkan ahli keluarga pelakon itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Susulan sambutan luar biasa peminat terhadap Konsert GenKRU, pihak penganjur Icon Entertainment mengumumkan penambahan satu lagi malam persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 11 Mei ini.

Icon Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas tiket bagi tiga malam pertama iaitu pada 3, 4 dan 10 Mei telah habis dijual dalam tempoh tidak sampai satu jam selepas dibuka kepada umum.

Pemilihan tarikh 11 Mei dilihat bertepatan dengan cuti umum Hari Wesak pada 12 Mei, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menghadiri konsert itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews