Astro AWANI
81.6K subscribers
47.5K photos
808 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetus kontroversi apabila mencadangkan Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat semasa sidang media bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney di White House, di Washington, pada Selasa.

“Ia perlukan persetujuan dua pihak, bukan? Saya percaya ini akan jadi pemotongan cukai besar-besaran untuk rakyat Kanada.

“Anda akan dapat ketenteraan percuma, penjagaan kesihatan yang hebat, dan pelbagai kelebihan lain,” kata Trump kepada media.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan berkaitan kecederaan itu daripada pegawai perubatan Hospital Melaka.

"Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang berusia 22 tahun di hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas mendakwa bayi itu diserang sawan.

"Pemeriksaan oleh pegawai perubatan hospital itu mendapati bayi berkenaan mempunyai kesan kecederaan baharu dan lama lalu membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 25 tahun yang lalu, Vladimir Putin mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk kali pertama.

Vladimir Vladimirovich Putin lahir pada 7 Oktober 1952 di Leningrad. Beliau mempelajari undang-undang di Leningrad State University pada 1970 & tamat pengajian lima tahun kemudian, lalu menyertai agensi keselamatan Kesatuan Soviet, KGB sebagai perisik.

Apabila tumbangnya Kesatuan Soviet di penghujung dekad 80-an, Putin berundur daripada perkhidmatan aktif dengan KGB & mula menyertai politik pada 1990 dengan lantikan sebagai penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Datuk Bandar Leningrad.

Dari situ, Putin mendaki hierarki kepimpinan di Leningrad, yang kemudian ditukar nama menjadi St. Petersburg, sehingga berjaya menduduki kerusi Timbalan Pengerusi Kerajaan bandar itu pada 1994. Dua tahun kemudian, Putin meletak jawatan & beralih ke Moscow.

Putin mula memegang posisi penting dalam kerajaan pusat, termasuk sebagai Pengarah FSB (organisasi keselamatan & risikan Rusia yang menggantikan KGB) sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Rusia ketika itu, Boris Yeltsin pada 1999.

Di penghujung 1999, Yeltsin melepaskan kerusi Presiden secara mengejut & Putin sebagai PM menjadi Pemangku Presiden secara automatik. Pilihan raya presiden pada Mac 2000 mengesahkan kedudukannya sebagai Presiden Rusia yang baharu.

Upacara angkat sumpah berlangsung pada Ahad 7 Mei 2000 di Istana Besar Kremlin, disaksikan Yeltsin & 1,500 hadirin terpilih termasuk bekas Presiden Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev serta para diplomat & legislator. Ketua-ketua negeri tidak dijemput.

Perlembagaan Rusia tidak membenarkan seseorang Presiden melebihi had dua penggal berturut-turut sebagai Presiden. Maka Putin melepaskan jawatan itu pada 2008 yang diambil alih oleh Dmitry Medvedev, ketika beliau terus menduduki kerusi PM.

Begitupun bilangan penggal untuk seseorang menjadi Presiden tidak dinyatakan dalam Perlembagaan tersebut. Maka Putin kembali memenangi pilihan raya untuk menduduki semula kerusi utama itu pada 2012 sehingga hari ini.

Sumber: Britannica, The New York Times, Ria.ru, Vox

#PeristiwaHariIni
Davide Frattesi mengakui dia terbawa-bawa ketika meraikan jaringannya hingga kepeningan, malah hampir terpaksa keluar selepas memberikan Inter kembali 4-3 di depan Barcelona untuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Nerazzurri mencipta malam yang luar biasa di San Siro setelah terikat 3-3 dalam perlawanan pertama untuk mendahului 2-0 di tempat sendiri sebelum ketinggalan 2-3.

Rembatan Francesco Acerbi pada minit ke-93 kemudian memaksa masa tambahan menerusi gol sulungnya dalam kempen ini pada usia 37 tahun, kemudian Frattesi memastikan kemenangan 4-3 untuk menang dengan agregat 7-6, awal pagi Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tentera Pakistan mendakwa pihaknya telah menembak jatuh lima pesawat pejuang milik India susulan ketegangan yang semakin meningkat di sepanjang Garisan Kawalan (LoC) di wilayah Kashmir.

Jurucakap tentera berkata pesawat yang ditembak jatuh terdiri daripada tiga Rafale, satu Su-30 dan satu MiG-29, yang ketika itu berada dalam ruang udara India.

Memetik laporan Reuters, pihak tentera Pakistan turut mengesahkan bahawa berlaku insiden berbalas tembakan dengan pasukan India di beberapa lokasi sepanjang kawasan gencatan senjata.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kes mengejutkan itu terbongkar hasil tindakan seorang jiran prihatin yang memerhati rumah berkenaan sejak pandemik COVID-19.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Silvia, mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas menyedari hanya si bapa keluar membeli barang keperluan, sementara tingkap bilik kanak-kanak hanya dibuka seketika setiap hari sekitar jam 5:10 petang (waktu tempatan).

Apa yang lebih membimbangkan, Silvia turut melihat penghantaran lampin pakai buang secara konsisten walaupun usia kanak-kanak terbabit sudah mencecah 8 dan 10 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran mesej palsu berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan, pautan dalam mesej bertajuk "Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200" adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihak kementerian.

“Berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan mesej seperti ini yang tersebar di media sosial. Sentiasa rujuk saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat yang sahih,” menurut kenyataan MoF di laman media sosial rasminya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini bagi direkodkan keterangan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau, yang kembali hadir bagi memberi keterangan kepada kumpulan penyiasat di SPRM Putrajaya, tiba pada jam 10.55 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak selepas serangan udara India mengorbankan lapan orang awam di beberapa lokasi di Pakistan.

Serangan yang berlaku pada awal pagi itu juga mencederakan lebih 30 individu, mencetuskan kecaman keras daripada pihak berkuasa Pakistan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Fenomena cuaca ekstrem ini berlaku selepas beberapa hari cuaca panas yang luar biasa, dengan suhu mencecah 21 hingga 27 darjah Celsius sebelum ribut melanda.

Ribut yang berlaku pada hujung minggu lalu menyebabkan penduduk dan pelancong bergegas mencari perlindungan.

Hujan batu yang turun dengan deras merosakkan bunga-bunga musim bunga, memecahkan tingkap, dan menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Nurul Izzah Anwar jelaskan beliau menghargai pandangan akar umbi untuk beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dan akan membuat keputusan terbaik untuk parti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketegangan antara India dan Pakistan bukanlah perkara baru.

Situasi ketika ini kian rencam apabila ketegangan mula membabitkan pihak tentera di kedua-dua buah negara.

Dari sudut pandangan geopolitik, situasi ini amat menakutkan kerana kedua-dua negara yang bertelagah masing-masing mempunyai keupayaan senjata nuklear.😱

Sementara itu, mari kita fahami sejarah ketegangan yang pernah berlaku antara dua negara ini.

Sumber: Reuters
#AWANInews