Astro AWANI
82.4K subscribers
46.4K photos
725 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Rundingan berhubung isu antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) tidak menjejaskan perbincangan perkara lain dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana isu itu membabitkan sumber gas asli itu adalah satu perkara khusus.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Trump berkata langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.

"Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara," katanya.

Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, dengan mendakwa ia merupakan satu bentuk "mesej dan propaganda."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rindu musim Haji?

Ini antara laluan pejalan kaki berbumbung terbaharu yang disediakan Kerajaan Arab Saudi di sekitar Masjidil Haram, Mekah.
Laluan dengan senibina moden ini mampu menampung ribuan jemaah bagi memberikan keselesaan termasuk untuk perlindungan daripada panas mentari di musim haji.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Namun di sebalik nama ganjil itu, menu yang dimasak penuh kasih sayang oleh seorang mualaf Redzuan Ooi Abdullah, 52, menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum sejak beberapa tahun lalu.

Buktinya kedai makan bernama "Ipoh - Ipoh Ajee" yang beroperasi di perhentian bas Medan Kidd, di sini seawal 7 pagi hingga 3 petang itu dipenuhi pelanggan yang mahu merasai keenakan mi tikus dan pelbagai menu lain.

Teknik menggoreng Redzuan atau lebih mesra dipanggil Abang Wan itu juga cukup unik iaitu dengan melambung-lambung mi dalam kuali dengan api menyala, itu pun sudah menarik perhatian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bintang muda permotoran negara Muhammad Hakim Danish Ramli memulakan kempen Kejuaraan Dunia Grand Prix Remaja (JrGP) 2025 dengan bergaya apabila menamatkan saingan di tempat kedua pada pusingan pembukaan di Circuit do Estoril, Portugal, pada Ahad.

Pelumba UAX SeventyTwo Artbox Brian Uriarte muncul juara dengan catatan 27 minit 45.045 saat (s) meninggalkan Hakim Danish yang mewakili SIC Racing-MSI di tempat kedua (+7.931s) dan Rico Salmela daripada Estrella Galicia 0,0 melengkapkan podium di kedudukan ketiga (+10.403s).

Hakim Danish dalam satu kenyataan bersyukur dapat memberikan tentangan kepada Uriarte biarpun bermula agak kurang baik pada awal perlumbaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 5,256 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah melalui 19 penerbangan setakat Ahad. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun, daripada jumlah itu seramai 837 jemaah haji telah tiba secara berperingkat di Mekah pada Sabtu.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) tidak terhad kepada orang dewasa untuk melakukan tugasan kerja tetapi kini turut semakin popular di kalangan kanak-kanak.

New York Times melaporkan Google kini bersedia menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan beberapa ciri keselamatan data.

Ibu bapa serta penjaga yang menggunakan Family Link untuk mengawal penggunaan peranti anak-anak mula menerima notifikasi mengenai ciri baharu ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam menggapai ke langit bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan digital, jangan lupa untuk mengakar ke bumi dengan nilai budaya, akhlak dan akidah.

Beliau berkata demikian pada Temu Anwar Institut Pengajian Tinggi Swasta di Management and Science University (MSU) Shah Alam.

📷: Astro AWANI / Shahir Omar

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seramai 5,256 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah melalui 19 penerbangan setakat semalam.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Hisham Harun, daripada jumlah tersebut seramai 837 jemaah haji telah tiba secara berperingkat di Mekah manakala 4,419 jemaah masih berada di Madinah.

Beliau berkata, operasi haji tahun ini yang bermula pada 29 April lalu telah pun berjalan dengan baik dan lancar dan penerbangan terakhir jemaah haji ke Jeddah pada 1 Jun 2025.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
“Setahun berlalu, hanya kami yang menulis kisah cinta kami, satu halaman pada satu masa.

"Kini, babak baharu bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri saya. Our little miracle, made with love,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen di IG adik kepada aktres Anzalna Nasir ini juga turut dihujani dengan ucapan positif.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews