Astro AWANI
82.4K subscribers
46.4K photos
722 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Polis menahan seorang lagi individu bergelar Tan Sri kerana disyaki mempunyai kaitan dengan skim penipuan pelaburan Ponzi melibatkan MBI International Group (MBI) pada Khamis lepas di Pulau Pinang.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika mengesahkan penahanan itu berkata lelaki terbabit kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor disarankan supaya kreatif dalam membantu merancakkan aktiviti perniagaan penjaja MyKiosk, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Beliau berkata PBT antaranya boleh membenarkan dua peniaga beroperasi dalam satu unit MyKiosk selain pemilihan lokasi yang bersesuaian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Walaupun penggubalan undang-undang berkaitan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) belum dirancang, namun Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE) telah dijadikan rujukan bagi mengawal selia penggunaan teknologi tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata pihaknya telah mengadakan konsultasi dengan semua pemain industri mengenai pelaksanaan AIGE dan pihak terbabit bersetuju untuk mematuhi garis panduan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membentangkan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengurusan sumber air mentah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata RUU berkenaan bakal menjadi asas kepada pewujudan enakmen pengurusan air baharu yang akan memperkukuh tadbir urus serta kawal selia terhadap sumber air mentah di negeri ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
77 rakyat Palestin terbunuh dan 275 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel termasuk sekurang-kurangnya 30 orang yang terbunuh pada hari Sabtu dalam serangan ke atas rumah dan khemah penempatan sementara, menurut pihak pertahanan awam dan kesihatan Gaza.

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal, melaporkan bahawa 10 orang terbunuh dalam satu serangan udara ke atas rumah keluarga Ghattas di kejiranan Shuja'iyya di timur Bandar Gaza, manakala empat lagi terbunuh dalam serangan dron yang menyasarkan orang awam di kejiranan Daraj, dan dua lagi terbunuh di Zeitoun, juga di Bandar Gaza.
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mula menjejaki data lebih tiga dekad lalu.

Hampir 70 peratus daripada mangsa (85 orang) adalah rakyat Palestin yang gugur di tangan tentera Israel sepanjang perang Israel-Gaza, menurut laporan tahunan terbaharu CPJ tentang pembunuhan petugas media.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI
Photo
Hari ini 46 tahun yang lalu, Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri wanita pertama United Kingdom.

Thatcher menjadi Ahli Parlimen untuk lebih sedekad & berkhidmat sebagai S/U Negara untuk Pencen & Insurans Kebangsaan kemudian untuk Pendidikan & Sains sebelum menjadi pemimpin Parti Konservatif pada 1975. Namun, partinya bergolak.

Begitupun, Thatcher terus berkempen, komited terhadap agenda ekonomi pasaran terbuka & percaya dengan kuasa inisiatif individu. Mesejnya senada dengan rakyat British yang ketika itu letih dengan ekonomi yang bergenang & kemelut politik tak sudah.

Dalam Pilihan Raya Umum pada 3 Mei 1979, Parti Konservatif menang besar & keesokan harinya, Thatcher mengangkat sumpah selaku PM. Pelantikannya menandakan titik perubahan politik British & permulaan perubahan dasar ekonomi & sosial negara itu.

Sebagai PM, Thatcher melaksanakan reformasi radikal, berpendapat hanya dasar penyahkawalseliaan & penswastaan dapat memulihkan ekonomi. Beliau juga berusaha mengekang kuasa kesatuan sekerja yang dilihatnya menghalang pertumbuhan ekonomi.

Kerajaannya berdepan protes & mogok, bagaimanapun Thatcher yang digelar "The Iron Lady" tegas dengan pendiriannya hingga dasar-dasar yang diperkenalkan mula membuahkan hasil. Ekonomi UK berkembang & kadar pengangguran juga semakin berkurang.

Thatcher juga penyokong tegar kedaulatan British & keselamatan nasional, memainkan peranan utama dalam rundingan dengan Kesatuan Eropah & Perang Dingin, menjalin hubungan rapat dengan A.S & tegas menentang tindak-tanduk Kesatuan Soviet.

Begitupun cemerlangnya, dasar-dasar diperkenal Thatcher sangat tidak popular dalam kalangan rakyat British yang mendorong mereka turun ke jalanan memprotes. Beliau juga dikritik hebat atas caranya mengendalikan Perang Kepulauan Falklands.

Thatcher meletak jawatan pada 28 November 1990 susulan cabaran dari dalam partinya sendiri. Begitupun, legasi Thatcher terus membentuk politik British & beliau kekal sebagai simbol nilai konservatif & pelopor kepemimpinan wanita dalam politik.

Sumber: Britannica, History, The Guardian

#PeristiwaHariIni
Saksikan Buletin AWANI Khas sempena Mesyuarat Khas Parlimen yang akan memberi tumpuan kepada isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap produk buatan Malaysia.

#AWANInews
#BuletinAWANIKhas
Mohammed Asrwry lebih mesra dipanggil dengan nama jolokan Mat Kilau, sering menjadi tumpuan pembeli dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Petah berbahasa Melayu dengan loghat Pantai Timur, menjadi kelebihan menarik pelanggan datang membeli di kedainya.

"Saya belajar bahasa Melayu dengan kawan-kawan dan pelanggan, kadang-kadang saya tengok YouTube dan belajar," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
#JejakAlHaramain2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#KhabarHaji2025
Pendapatan isi rumah mencecah RM2,000 sebulan masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian sekeluarga di kawasan luar bandar dalam keadaan kos sara hidup yang kian menghimpit ketika ini.

Pembantu kantin, Rosnita Yahaya, 39, berkata, situasi itu memaksa dirinya melakukan pelbagai kerja sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Gaji kerja kantin memang tidak cukup, jadi bila habis waktu sekolah, saya ambil upah melakukan kerja penghantaran makanan.

“Dapatlah RM15 sehari untuk perkhidmatan penghantaran. Kalau hujung minggu, saya ambil tempahan sambal, masak patin tempoyak... boleh raih RM70 pun dah cukup untuk belanja anak sekolah,” katanya yang tinggal di Bukit Kuantan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.

Menurut bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.

Kata beliau, gaji graduan pada masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan kos sara hidup.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung lalu terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, Nibong Tebal.

Difahamkan seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian sementara seorang lagi meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut pada jam 12.16 tengah malam tadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin ini untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.

Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dasar Gaji Progresif yang bermatlamat meningkatkan upah pekerja seiring peningkatan produktiviti dilihat kurang mendapat sambutan majikan.

Ketua Eksekutif IJN College, Prof Emerita Dr Durrishah Idrus berkata, walaupun majikan ditawarkan insentif oleh kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja, namun pihak ini cenderung memaksimumkan keuntungan berbanding mengangkat kebajikan kakitangan.

Jelasnya, kelulusan seperti sarjana muda, diploma mahupun sijil sepatutnya mempunyai skala gaji berpatutan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hollywood films don’t just break box office records — they shape how the world sees America. Could Rom-coms, superhero flicks and funny sitcoms be America’s greatest soft power export?

Comment down below on which Hollywood movies made you want to visit the U.S 🎥🎬

#SoftPowerShowdownWithFarhana
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7500436065082248469
Pemain skuasy negara, Aira Azman membuktikan statusnya selaku pilihan utama apabila menjuarai Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan pencabar dari Mesir, Hana Moataz dalam perlawanan final awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia meraih kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam masa 27 minit.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah peribadi buat Aira apabila merangkul kejuaraan pertamanya ke atas Moataz yang menghuni ranking ke-38 dunia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kadar gaji ideal dan bermaruah bagi kategori bujang mahupun keluarga yang memiliki dua anak sepatutnya berada dalam lingkungan RM5,000 ke atas, namun bergantung kepada lokasi sama ada menetap di bandar atau luar bandar.

Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), purata perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAWK) bulanan bagi satu isi rumah dicatatkan sebanyak RM4,729 untuk 2023.

Malah menurutnya, PAKW di kawasan bandar lebih tinggi berbanding luar bandar dengan nilai masing-masing RM5,040 dan RM3,631.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews