Astro AWANI
82.5K subscribers
46.2K photos
711 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 April, dengan kali terakhir dilihat di hadapan bangunan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata laporan kehilangan Nur Darwisyah Aina Mohamad Farid, dibuat oleh bapanya kira-kira 9.46 pagi hari sama di Balai Polis Sungai Senam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Digital kini dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara pintar yang lengkap dengan infrastruktur digital menyeluruh.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata antara tonggak utama dalam pembinaan negara pintar ialah memastikan setiap negeri mempunyai inisiatif bandar pintar dan Kementerian Digital memberi sokongan penuh terhadap usaha itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Madinah: Penginapan selesa menanti Jemaah Muassasah Tabung Haji yang bakal tiba di Madinah Al Munawarah bermula 29 April 2025.

1800 buah bilik disediakan di tiga buah hotel iaitu Hotel Emaar Royal, Anwar Al Madinah Movenpick dan Saja Al Madinah.

Ketiga-tiga hotel berkenaan terletak hanya 300 meter daripada Masjid Nabawi.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews
Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 12 Jun ini untuk keputusan sama ada bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman memaklumkan pihak pendakwaan menutup kes hari ini selepas memanggil 13 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 7 April lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 8 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4iIyu5B
🔸Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
🔸EPL: Darwin Nunez cetus rasa kurang senang curah air ke atas kepala Salah
🔸Asrama SMK Tinggi Setapak terbakar

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi.

Menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah menyarankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pada 28 April 2025, satu gangguan bekalan elektrik besar melanda Sepanyol dan Portugal, menyebabkan gangguan meluas di seluruh Semenanjung Iberia.

Bekalan elektrik mula dipulihkan secara beransur-ansur pada petang hari kejadian. Menjelang malam, 61% bekalan di Sepanyol telah dipulihkan, manakala kebanyakan pencawang di Portugal kembali beroperasi.

Tiada "petunjuk" bahawa gangguan bekalan elektrik itu disebabkan oleh serangan siber, kata Perdana Menteri Portugal, Luís Montenegro. #AWANInews
Bekalan lembu sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada Jun ini dijangka mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berharap harga lembu juga akan kekal stabil di pasaran, memandangkan harga rendah telah turut ditawarkan pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin.

Hayashi, yang dilahirkan pada 2 Sept 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.

Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang kanak-kanak dilaporkan secara tidak sengaja merosakkan salah satu karya seni paling berharga di Muzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam.

Lukisan abstrak oleh artis terkenal Amerika Syarikat (AS), Mark Rothko, bertajuk Grey, Orange on Maroon, No. 8, yang dianggarkan bernilai antara €40 juta hingga €50 juta (RM250 juta), mengalami kerosakan pada lapisan catnya.

Menurut kenyataan pihak muzium, insiden itu berlaku baru-baru ini ketika kanak-kanak tersebut tidak diawasi, menyebabkan calar pada bahagian bawah lukisan yang tidak dilapisi varnis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Vatican mengumumkan pada Isnin bahawa para kardinal dari seluruh dunia akan berkumpul pada bulan depan dalam satu sidang rahsia bagi memilih paus baharu susulan pemergian Paus Francis.

Perhimpunan tertutup itu dijadual bermula pada 7 Mei di dalam Gereja Kecil Sistine dan akan melibatkan sekitar 135 kardinal, lapor Anadolu Ajansi.

Proses pemilihan yang berakar umbi dalam tradisi berabad-abad itu diadakan selepas Paus Francis meninggal dunia pada Isnin Easter.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kerajaan United Kingdom (UK) telah mengumumkan langkah baharu untuk menghentikan perlindungan pelarian bagi pesalah seks asing sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan keselamatan sempadan.

Langkah ini diperkenalkan melalui pindaan kepada Rang Undang-Undang Keselamatan Sempadan, Pelarian, dan Imigresen, yang sedang dibahaskan di Parlimen.

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Yvette Cooper, pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini baru mencapai antara 15 hingga 20 peratus.

Demikian kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang menjelaskan siasatan kes itu masih di peringkat awal kerana melibatkan proses pengesahan dokumen dan aset yang diisytiharkan.

“Kami akan memanggil beliau dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi, kerana ada beberapa dokumen tambahan yang diminta daripada pihak beliau. Kes ini masih berjalan dan ia berhubung pengisytiharan harta,” katanya pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kesanggupan penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang menawarkan persembahan nyanyian secara percuma pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membolehkan kementerian itu beroleh penjimatan sebanyak RM100,000.

Berikutan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, memuji kebaikan Hetty yang sanggup menghiburkan tetamu majlis berkenaan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Mohamad yang juga terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata, Hetty singgah untuk membuat persembahan dan menawarkan diri untuk menyanyi beberapa buah lagu sebelum meneruskan percutiannya ke Langkawi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata keganasan kini menjadi ciri utama dunia hari ini, sambil mengkritik Majlis Keselamatan PBB kerana gagal mencegah dan menghentikan peperangan, lapor Anadolu Ajansi.

"Ini adalah musim peperangan. Ini adalah masa krisis. Dari Sudan ke Ukraine, dari Sahel ke Myanmar, dari Republik Demokratik Congo ke Haiti, keganasan menjadi mata wang utama zaman ini.

"Mencegah dan menghentikan peperangan -- menegakkan keamanan dan keselamatan -- itulah mandat Majlis Keselamatan. Itulah tanggungjawab utama anda. Dan maafkan saya kerana mengulangi -- adalah tanggungjawab yang badan ini telah gagal untuk laksanakannya secara kronik. Tetapi tolong jangan menyerah kepada kegagalan diplomasi," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi kepada Majlis Keselamatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai cuba merakam gambar mengaibkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah pasar raya di bandar Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan kejadian itu dilaporkan pada 24 April lalu, sekitar jam 9.47 malam, selepas video berkaitan insiden berkenaan tular di aplikasi Instagram milik capricedaddycap.

"Bapa remaja itu, seorang penjawat awam berusia 42 tahun, bersama anaknya berada di kaunter pembayaran pasar raya tersebut pada kira-kira jam 7.30 malam apabila suspek menghampiri dan cuba merakam gambar mengaibkan anaknya," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia, termasuk 31 petugas, tiba di Madinah, awal pagi Selasa.

Mereka terdiri daripada jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor. Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1 ke Madinah, berlepas sekitar jam 4.05 pagi.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 7.50 pagi waktu Arab Saudi pada hari yang sama.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menetapkan hukuman terhadap individu dan pihak yang melanggar peraturan permit haji, berkuat kuasa sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Berdasarkan peraturan baharu, denda sehingga SR20,000 akan dikenakan ke atas individu yang didapati menunaikan atau cuba menunaikan haji tanpa permit, termasuk pemegang semua jenis visa lawatan yang cuba memasuki atau berada di bandar Makkah dan kawasan Tanah Suci dalam tempoh yang ditetapkan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pengurangan tarif, halangan bukan tarif (NTB) dan ketidakseimbangan perdagangan menjadi tiga bidang utama dalam proses rundingan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata AS juga telah bersetuju untuk memulakan rundingan secara rasmi dengan Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Luar Brazil menggesa pengunduran tentera Israel dari Gaza semasa mesyuarat BRICS pada Isnin di Rio de Janeiro, lapor Anadolu Ajansi.

Perhimpunan Menteri-menteri luar dari blok BRICS yang diketuai oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bersama beberapa negara lain diadakan sebagai tindak balas terhadap langkah unilateral yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan konflik global yang berterusan.

Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Luar Mauro Vieira menyeru agar gencatan senjata di Palestin segera dilaksanakan, dengan berkata: "Sambungan pengeboman Israel ke atas Gaza dan halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan adalah tidak boleh diterima. Kegagalan gencatan senjata yang diumumkan pada 15 Januari amat dikesali."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews