Astro AWANI
82.6K subscribers
46.2K photos
705 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Hanya kerana tidak diajak berjabat tangan, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menikam rakannya sendiri sehingga maut dalam kejadian di Kelurahan Panjang, Kecamatan Magelang Tengah, Jawa Tengah, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek dikenali sebagai RAS atau Bolot, 24, menyerang mangsa, Evander, 25, selepas berasa tersinggung apabila tangannya ditepis ketika ingin bersalaman.

Ketua Polis Kota Magelang, AKBP Anita Indah Setyaningrum berkata, kejadian bermula apabila mangsa bertemu beberapa rakan di sebuah rumah untuk berbincang mengenai urusan pekerjaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jelajah JIWA SME kembali lagi!

Nak naik level dalam dunia SME? Jom sertai kami dan jadi sebahagian daripada gelombang keusahawanan baru!

Kali ini di #JiwaSME2025 kami akan gegarkan 5 lokasi hebat di seluruh Malaysia seperti Perak, Sabah, Kelantan, Melaka dan Selangor. Dari ilmu berniaga, peluang jaringan, sehingga strategi bisnes paling terkini, semuanya akan dikongsi bersama anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my dan ikuti laman sosial Astro AWANI untuk mendapatkan info terkini.

Ilmu ada. Peluang ada. Anda bila lagi?

#JiwaSME #JelajahJiwaSME
Seorang lelaki terkejut apabila kereta baharu yang dibeli rupanya kereta miliknya yang hilang dicuri kira-kira dua bulan lalu.

Ewan Valentine, 36, menyedari perkara itu selepas membeli sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dengan harga 20,000 pound sterling (RM116,474).

Menurut jurutera perisian itu, dia mendapati kereta 'baharu' yang dibeli itu sebenarnya kereta yang hilang dari halaman rumahnya pada Februari lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perang Uhud merupakan salah satu peristiwa yang cukup bersejarah bagi umat Islam.

Eksekutif Editor Astro AWANI, Zaiful Ariffin dan Azizul Azwa berkesempatan untuk berada di Bukit Uhud yang menjadi lokasi tumpuan bagi jemaah haji yang tiba ke bumi Madinah.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Titah Adendum.

Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang membenarkan beliau mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan kelak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Maldives Dr. Mohamed Muizzu menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin, sempena lawatan negara empat hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini lawatan pertama beliau sejak dilantik pada November 2023.

Kedua-dua pemimpin akan membincangkan pengukuhan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan, serta menyaksikan pertukaran MoU dan Nota Pertukaran berkaitan kerjasama diplomatik. #AWANInews
Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, Kuala Terengganu pada malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 malam itu, mangsa Ali Mohamaed, 77, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba, dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh Ford Renger yang dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Donald Trump pada Ahad terus menyuarakan kekecewaannya terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin susulan serangan peluru berpandu ke atas Kyiv.

Dalam masa sama Presiden AS itu menyatakan beliau tidak pasti sama ada Putin benar-benar serius untuk menamatkan perang.

“Saya rasa pertemuan berjalan dengan baik. Kita akan lihat apa yang berlaku dalam beberapa hari lagi. Kita mungkin akan belajar banyak perkara. Saya amat kecewa apabila peluru berpandu dilancarkan oleh Rusia,” kata Trump ketika berlepas dari New Jersey.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Red Sea Global (RSG) pada Ahad mengumumkan penemuan penting sebuah koloni terumbu karang gergasi spesies Pavona di perairan AMAALA, pesisir barat laut Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Ia hampir menyamai saiz pemegang rekod dunia semasa yang berukuran 32 x 34 meter, ditemukan di Lautan Pasifik dan kini diiktiraf sebagai koloni karang terbesar seumpamanya yang pernah direkodkan di Laut Merah.

Dalam satu kenyataan media, RSG mendedahkan keajaiban semula jadi itu berpotensi menjadi tarikan utama pelancong ke AMAALA menerusi aktiviti selam, menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengeluarkan arahan penutupan ke atas sebuah kilang memproses ayam di Taman Industri Waja, Kulim kerana gagal membina Sistem Rawatan Efluen Industri bagi merawat air sisa sembelihan ayam.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan di kilang terbabit mendapati, premis berkenaan mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, 50, hari ini dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel hakim diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir yang dimohon Yasin.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPKM tahun 2025 pada Isnin di MAEPS Serdang.

Acara ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama warga kerja sambil meraikan kemeriahan Syawal dalam suasana penuh harmoni.

Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang turut diundang membuat persembahan memeriahkan majlis itu.

#AWANINews

📷: Astro AWANI / Shahir Omar
Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pelaburan dan pelancongan kedua-dua negara seiring hubungan diplomatik yang terjalin sejak 57 tahun lalu.

Kenyataan itu menyusul hasil lawatan rasmi empat hari Presiden Maldives, Mohamed Muizzu yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin memperakui potensi negara masing-masing selain menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan nilai perdagangan, pelancongan dan aktiviti pelaburan secara berterusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Usahawan Ezwan Zain atau lebih mesra disapa Mr E mengakui kesediaannya untuk membawa hubungan akrabnya dengan artis tersohor negara, Erra Fazira ke fasa lebih serius iaitu pernikahan.

Sebagai lelaki yang matang, Mr E enggan hubungannya dengan Erra ‘terapung’ tanya hala tuju dan kerana itu, beliau mahu segera menyunting primadona kesayangan ramai itu menjadi isterinya yang sah.

“Benda yang baik… kalau boleh mahu cepat (menikah). Tahun ini atau tahun depan,” kata lelaki berusia 44 tahun itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tabung Haji (TH) akan memastikan bagasi Jemaah Haji Malaysia dikendalikan dengan baik sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad bin Abdul Aziz, Madinah.

Pengurus Terminal Madinah TH, Muhammed Fairus Ahmad Aripin menjelaskan pasukannya yang terdiri daripada 8 petugas dan 6 pembantu akan menguruskan bagasi jemaah dari lapangan terbang hingga ke hotel penginapan.

TH bertekad memastikan pengalaman terbaik buat Jemaah Haji Malaysia sebaik tiba di bumi Madinah.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jemaah Haji Malaysia diingatkan supaya tidak terikut-ikut trend di media sosial apabila sibuk merakam video dan berswafoto.

Pengurus Ibadat Haji Madinah, Mohamad Zahir Hussin meminta Jemaah haji mengambil kesempatan untuk banyak beribadah terutama di tempat mustajab seperti Raudah di Masjid Nabawi.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025