Astro AWANI
82.6K subscribers
46.2K photos
704 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Enam lelaki termasuk seorang anggota polis direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan di jalan stephen yong, kuching pada Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan polis membuat beberapa tangkapan susulan insiden pergaduhan yang berlaku sebelum Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TLDM ke-91 kepada seluruh warga 'The Navy People'

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, penyakit berjangkit itu, setakat ini, masih belum dikenal pasti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi Ahad

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menyatakan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua dalam saingan di Litar Jerez, Sepanyol pada malam Sabtu.

Pelumba berusia 17 tahun itu memulakan perlumbaan dari petak utama dan menguasai hampir keseluruhan perlumbaan sebelum dipintas pelumba tuan rumah, Brian Uriarte, di selekoh terakhir.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan daripada pihak luar dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan agensi keselamatan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun pasukan polis adalah antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang telah lama ditubuhkan, ia tetap bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk universiti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Saya pernah terfikir tidak sempat menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan akan meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser pada Mac 2023."

Demikian luahan Mohamed Adam Baihaqi Mohamed Zadro, 19, yang muncul sebagai pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok di sini selepas memperoleh semua A walaupun jarang hadir ke kelas kerana perlu berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan selain pernah 'ponteng' selama setahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan, acara utama dalam Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2025 mencatatkan sejarah dengan tangkapan luar biasa - seekor ikan Black Marlin seberat 230 kilogram (kg), yang terbesar sejak acara ini diperkenalkan pada 1997.

Pencapaian hebat itu mengejutkan peserta dan penganjur, menandakan pencapaian baharu bagi pertandingan memancing laut dalam berprestij ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon akan menganjurkan dua perbincangan penting berkaitan hak asasi manusia di peringkat serantau.

Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan rundingan itu akan berlangsung pada 28 dan 29 April.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Komuniti MADANI mesti menjadi komuniti yang memahami isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum, serta mampu berperanan menangkis fitnah dan berita palsu berkaitan kerajaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dalam merealisasikan hasrat itu, Komuniti MADANI diingatkan supaya mengesahkan terlebih dahulu suatu maklumat sebelum disebarkan kepada masyarakat sekali gus mampu memainkan peranan sebagai penyampai perkara yang betul.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hasrat pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini tidak kesampaian selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia Nouran Gohar dari Mesir pada aksi final Piala Grasshopper 2025 di Zurich, Switzerland, pada Ahad.

Dalam pertarungan sengit selama 42 minit di gelanggang kaca Zurich Hauptbahnhof, pemain pilihan ketiga kejohanan itu memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemasangan Automated External Defibrillators (AEDs) di kemudahan awam perlu dianggap sebagai keutamaan negara yang mendesak, berikutan peranti ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar kelangsungan hidup semasa berdepan situasi kecemasan melibatkan jantung.

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan pada Ahad berkata jantung berhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA) ialah pembunuh senyap yang boleh menyerang sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa sama ada di pusat beli-belah, tempat kerja, kemudahan sukan atau pengangkutan awam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.

Lee, seorang peguam hak asasi manusia yang beralih menjadi ahli politik, memperoleh 89.77 peratus undi dalam pemilihan parti itu, mencatatkan peratusan tertinggi dalam pencalonan presiden DP sejak Korea Selatan beralih kepada demokrasi penuh pada 1987.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran menangani kesan letupan maut di Pelabuhan Shahid Rajaee, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan Kremlin pada Sabtu.

Putin turut menyampaikan ucapan takziah kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei dan Presiden Masoud Pezeshkian atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat letupan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Anak perempuan bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas, Hannah Thomas, akan bertanding menentang Perdana Menteri Anthony Albanese di kawasan Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan Australia, 3 Mei ini.

Beliau bertanding atas tiket parti The Greens.

Dalam satu artikel di laman web The Greens, Hannah, seorang peguam, aktivis dan penulis, berkata latar belakang beliau di Malaysia banyak membentuk pandangan hidupnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, pada Ahad (27 April) berkata, usaha untuk mencapai gencatan senjata baharu di Gaza mencatat sedikit kemajuan, namun perjanjian muktamad antara Israel dan Hamas masih belum dapat dicapai.

"Kami melihat sedikit kemajuan pada Khamis lalu berbanding mesyuarat sebelum ini, namun persoalan utama yang perlu dijawab ialah bagaimana untuk menamatkan perang ini. Itu adalah teras kepada keseluruhan rundingan," kata Sheikh Mohammed yang juga Menteri Luar.

Ketua Agensi Perisikan Israel (Mossad), David Barnea dilaporkan mengunjungi Doha pada Khamis untuk bertemu Sheikh Mohammed dalam usaha mencapai gencatan senjata baharu di Gaza, menurut laporan Axios minggu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hanya kerana tidak diajak berjabat tangan, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menikam rakannya sendiri sehingga maut dalam kejadian di Kelurahan Panjang, Kecamatan Magelang Tengah, Jawa Tengah, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek dikenali sebagai RAS atau Bolot, 24, menyerang mangsa, Evander, 25, selepas berasa tersinggung apabila tangannya ditepis ketika ingin bersalaman.

Ketua Polis Kota Magelang, AKBP Anita Indah Setyaningrum berkata, kejadian bermula apabila mangsa bertemu beberapa rakan di sebuah rumah untuk berbincang mengenai urusan pekerjaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jelajah JIWA SME kembali lagi!

Nak naik level dalam dunia SME? Jom sertai kami dan jadi sebahagian daripada gelombang keusahawanan baru!

Kali ini di #JiwaSME2025 kami akan gegarkan 5 lokasi hebat di seluruh Malaysia seperti Perak, Sabah, Kelantan, Melaka dan Selangor. Dari ilmu berniaga, peluang jaringan, sehingga strategi bisnes paling terkini, semuanya akan dikongsi bersama anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my dan ikuti laman sosial Astro AWANI untuk mendapatkan info terkini.

Ilmu ada. Peluang ada. Anda bila lagi?

#JiwaSME #JelajahJiwaSME