Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
693 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata penutupan dan lencongan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran aliran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta penyokong yang hadir itu akan dilaksanakan hingga tamat perlawanan.

Beliau berkata jalan terlibat ialah susur Lebuhraya Shah Lama (KESAS) ke lampu isyarat SUKOM, lampu isyarat SUKOM ke arah Jalan Merah Cagar, Jalan Barat dari Lebuhraya KESAS, Jalan Barat/Jalan Radin, Jalan Barat/Lebuhraya KESAS, susur ke Jalan Barat dari arah Bulatan Lumba Kuda dan susur Puchong Link ke Jalan Barat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Komitmen Astro dalam memperjuangkan kepelbagaian budaya tempatan terus dizahirkan menerusi penganjuran dua konsert mega di Miri, Sarawak bulan depan, iaitu Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan.

Penolong Naib Presiden Penyelarasan dan Penciptaan Kandungan Unscripted Gen Next Astro, Elyna Rahmat berkata, kolaborasi bersama TVS dalam penganjuran konsert tersebut membuktikan kesungguhan Astro dalam mengetengahkan kandungan beridentiti Malaysia, khususnya budaya dari Malaysia Timur.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi penggal 2025-2029.

Dalam kenyataan pada Sabtu, BAM merakamkan ucapan tahniah kepada Mohamad Norza dan menyifatkan pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan komuniti badminton dunia terhadap kepimpinan, visi dan komitmen berterusan beliau terhadap kemajuan sukan itu di Malaysia mahupun antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang PRK DUN Ayer Kuning, Perak dengan majoriti 5,006 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Umat Islam diminta bersikap "tabayyun", iaitu menyelidik atau menyiasat sesuatu pakej haji dirasakan tidak munasabah yang ditawarkan bagi mengelak ditipu menjelang musim haji tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kes penipuan pakej haji masih berlaku saban tahun dan perlu dipandang serius lebih-lebih lagi yang menggunakan selebriti untuk memperdayakan jemaah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Magis Sri Pahang bertahan sekadar 45 minit. Johan 11 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menyapu bersih semua gelaran domestik untuk dua musim tanpa henti apabila dinobatkan juara Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.

Untuk rekod, ini adalah final kelima berturut-turut Harimau Selatan dalam kejohanan paling berprestij itu.

Lebih menarik, JDT berjaya menyamai pencapaian Selangor (1995-1997) dan Kuala Lumpur (1987-1989) dengan melakar hatrik kejuaraan Piala Malaysia dari 2022-2024/2025.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Operasi Tabung Haji Madinah Affandi Abdullah turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M untuk menjaga kesihatan dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

"Tahun ini keadaan cuaca panas dan kering, suhu biasanya jangkaan boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius dan setakat ini, suhu di Madinah baru mencecah 41 darjah Celsius. Kalau masuk bulan Mei, cuaca dijangka lebih panas.

"Sebelum ini, suhu pernah cecah hingga 49 darjah Celsius. Jadi, jemaah dinasihatkan untuk bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca terkini ketika menunaikan ibadah," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan sempurna di seluruh negara sejak 2021, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata pelupusan itu melibatkan 20 gelanggang di Semenanjung Malaysia dengan kerugian mencecah RM11 juta manakala di Sabah dan Sarawak, sebanyak 10 gelanggang dirobohkan melibatkan kerugian RM1.4juta, dengan kebanyakannya melibatkan gelanggang futsal 1Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Empat pelajar maut manakala 11 lagi cedera selepas dinding tangki simpanan air runtuh di sebuah sekolah berasrama penuh Islam di Jawa Tengah, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat.

Insiden berlaku kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat di Pondok Modern Darussalam Gontor di Kabupaten Magelang, ketika pelajar sedang bersiap untuk mandi sebelum memulakan aktiviti persekolahan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman video dari Reuters oleh Bulan Sabit Merah Iran (Iranian Red Crescent Society) menunjukkan pasukan penyelamat membawa seorang mangsa menggunakan pengusung berhampiran lokasi letupan pelabuhan Bandar Abbas pada malam Sabtu (26 April).

Anggota Bulan Sabit Merah Iran turut membantu di lokasi kejadian di mana letupan bahan kimia yang disyaki telah meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa dan mencederakan lebih daripada 700 orang.

Sebuah pesawat pemadam kebakaran juga membantu memadam kebakaran yang masih marak.

#AWANInews
Misteri bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di Semenyih, di sini akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya berusia 25 tahun, selepas hampir 10 hari mereka tidak kelihatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bertindak atas laporan seorang lelaki berusia 48 tahun yang mengesyaki sesuatu pada kakaknya, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bertindak memecah masuk ke rumah terbabit pada malam Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Berikut adalah lima fakta menarik tentang Masjid Nabawi di Madinah:

1. Sejarah dan Pendirian: Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun dalam sejarah Islam dan didirikan oleh Nabi Muhammad setelah hijrah ke Madinah pada tahun 622 M. Awalnya, masjid ini adalah sebuah bangunan sederhana yang dibangun dari bahan-bahan lokal.

2. Kubah Hijau: Salah satu ciri khas Masjid Nabawi adalah kubah hijau yang terletak di atas makam Nabi Muhammad. Kubah ini menjadi ikon masjid dan dapat dilihat dari jauh, serta sering menjadi tumpuan para pengunjung.

3. Ukuran dan Kapasiti: Masjid Nabawi adalah salah satu masjid terbesar di dunia, dengan kapasiti lebih daripada 1 juta jemaah.

4. Makam Nabi Muhammad S.A.W: Di dalam Masjid Nabawi terdapat makam Nabi Muhammad, yang terletak di sebelah timur masjid. Makam ini juga mencakupi makam dua sahabat akrabnya, Abu Bakar dan Umar bin Khattab.

5. Keutamaan Beribadah : Berdasarkan hadis, beribadah di Masjid Nabawi memiliki keutamaan yang besar. Satu solat di masjid ini dianggap setara dengan seribu solat di tempat lain, menjadikannya salah satu tempat yang paling dicari oleh umat Islam di seluruh dunia.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#AWANInews

📸 : Zaiful Ariffin / Astro AWANI
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat ke Majlis Santapan Petang bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai enam suspek ditahan manakala sepucuk pistol bersama peluru dirampas berkaitan dengan seorang lelaki ditembak mati dalam kenderaan ketika melalui Jalan Stephen Yong Kuching, pada awal pagi Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan kejayaan triple treble dengan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, berpuas hati dengan berisan pemain bersama staf kejurulatihan yang memberikan komitmen memuaskan dalam aksi final Piala Malaysia 2024/25 meskipun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews