Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
693 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka untuk mempertimbangkan cadangan melarang penjualan rokok elektronik dan vape di semua premis perniagaan di seluruh negeri, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

"Kami terbuka kepada cadangan untuk melarang penjualan rokok elektronik dan vape di premis perniagaan seluruh negeri.

"Bagaimanapun, tiada perbincangan rasmi mengenai perkara ini diadakan setakat ini," kata Chow menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Puluhan ribu orang membanjiri Basilika St. Peter pada Jumaat bagi memberi penghormatan terakhir kepada Paus Francis, menjelang majlis pengebumiannya yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.

Orang ramai kelihatan berlari sebaik sahaja pintu pagar ke dataran dibuka, dengan ramai lagi sedang beratur menunggu giliran untuk masuk. Lebih daripada 200,000 orang dijangka menghadiri upacara di dataran luas di hadapan Basilika St. Peter.

#AWANInews
Pergerakan mencurigakan seorang lelaki warga Nigeria di kawasan Desa Palma di Nilai pada Khamis telah membawa kepada penemuan dua bilah pisau termasuk pisau pemotong daging di dalam poket seluarnya.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang diperiksa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) Negeri Sembilan mendakwa pisau terbabit dibawanya untuk mencari serai di kawasan sekitar.

Lebih mencurigakan apabila dia memberitahu bukannya tinggal di situ, sebaliknya di kawasan Nilai Spring, selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dibawa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tarif Trump yang diumumkan lebih tiga minggu lalu menyebabkan perdagangan dan pasaran saham dunia bergolak. Syarikat teknologi utama dunia kehilangan ratusan bilion dalam nilai pasaran kerana tarif akan meningkatkan kos operasi.

Menurut laporan Financial Times, bagi mengelakkan dikenakan tarif ini, Apple akan memindahkan pengeluaran iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat akan dipindahkan ke India.

Sehingga 60 juta iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat akan dikeluarkan di India dengan proses pemindahan akan dilakukan sepenuhnya menjelang penghujung 2026.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ayer Kuning Memilih: 50.18 peratus keluar undi setakat 3 petang. Perkembangan ini dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

Sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran dibuka serentak pada pukul 8 pagi tadi bagi membolehkan pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Isu berkaitan kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Jun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Abu Bakar Sulaiman kini di peringkat akhir rundingan sebelum memuktamadkan keputusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Upacara pengebumian Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April lalu, telah bermula sekitar 9.30 pagi waktu tempatan, dengan ratusan ribu orang mula menghadiri Dataran St. Peter, Vatican City.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025 berlangsung dalam gelanggang kaca terletak di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland pada Jumaat.

Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang menyingkirkan pilihan kelapan Nada Abbas dari Mesir 11-6, 11-3 pada perlawanan suku akhir.

Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-11 dunia mengakui sangat berpuas hati dengan strategi permainannya yang disifatkan menjadi kali ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Teknologi Shenxing Superfast Charging Battery generasi kedua ini turut adalah bateri LFP pertama dengan kemampuan jarak perjalanan 800km dan menyokong pengecasan 12C.

Untuk mencapai tahap pengecasan yang amat pantas ini, teknologi pengecasan baharu dengan kuasa 1.3 MW diperlukan.

Sebagai perbandingan kuasa pengecasan tertinggi di Malaysia ketika ini ialah 400kW yang ditawarkan oleh DC Handal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 54.01 peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Dewan Undangan Negeri N.48 Ayer Kuning setakat jam 4 petang.

PRK Ayer Kuning melibatkan seramai 31,281 pengundi berdaftar, sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran dibuka serentak pada pukul 8 pagi Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez lewat malam Jumaat.

Pelumba berusia 17 tahun itu meraih petak utama bagi perlumbaan sebenar esok selepas mengatasi pencabar terdekat, Bian Uriarte, dari Sepanyol, dengan kelebihan 0.446s.

Terdahulu, Hakim Danish menduduki tempat keempat dalam sesi latihan bebas (FP) 1 dan 2.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Upacara pengebumian Pope Francis, yang meninggal dunia pada Isnin pada usia 88 tahun, telah bermula di Dataran St. Peter di Vatican.

Ratusan ribu penganut Katolik telah membanjiri lokasi tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir.

Antara yang hadir adalah 130 delegasi, termasuk pemimpin dunia dan raja-raja yang memerintah.
#AWANInews