Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
689 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
YouTube menyambut ulang tahun ke-20 kelmarin dengan pengumuman kini terdapat 20 trilion video di dalam pustaka mereka.

Selain berkongsi beberapa fakta menarik, YouTube juga mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya bagi membolehkan beliau melawat kakak iparnya yang sakit di Australia.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Kee Wei Lon yang mewakili Muhyiddin dan tidak dibantah oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi menjayakan kempen Baucar Buku Semarak Membaca.

Kempen tersebut merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Kementerian Perpaduan menerusi kenyataannya berkata insentif ini adalah bertujuan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan-bahan ilmiah serta menggalakkan perbelanjaan domestik bagi merancakkan lagi industri perbukuan negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dimasukkan ke hospital pada Khamis akibat demam panas selepas pulang dari lawatan rasmi dua hari ke Kemboja.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Jirayu Huangsap berkata perdana menteri dimasukkan ke hospital pada Khamis malam selepas dilaporkan mengalami demam panas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan majlis penghargaan bagi pelajar-pelajar PTTI yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 di Bangi Golf Resort, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Siti Farhana Abu Osman, atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, dengan gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2024.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelakon dan penyanyi terkenal tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 48 dan 76 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 11 bangunan tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pengawal keselamatan yang ditahan pada Khamis selepas disyaki mencederakan isterinya menggunakan pedang samurai direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 27 tahun yang turut didakwa mengugut isterinya dikeluarkan oleh Majistret N Sivashangari bermula Jumaat sehingga Isnin ini.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila suspek menuduh isterinya berusia 19 tahun berlaku curang setelah terlihat aplikasi mencari kenalan baharu di telefon bimbit milik mangsa pada 12 April lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jeneral kanan tentera Rusia, Leftenan Yaroslav Moskalik terbunuh dalam satu letupan kereta di bandar Balashikha, kira-kira 20 kilometer di timur Moscow.

Insiden dilaporkan berlaku pada Jumaat pagi, waktu tempatan.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang dipenuhi serpihan logam.

Bom itu diletakkan di sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dan dipercayai diletupkan dari jauh ketika Moskalik berjalan menuju ke kenderaan tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang anggota polis berpangkat koperal putus telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Afrika yang bertindak agresif ketika cuba ditahan di sebuah klinik swasta di Metro Prima di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, anggota berkenaan bersama seorang rakan setugas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pesakit warga asing yang mengamuk di premis berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesan kes hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) di daerah Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Dr Azman Ibrahim berkata kes pertama dilaporkan pada 7 April lepas melibatkan kematian 25 daripada 120 ekor kerbau milik enam penternak berkelompok Kampung Dusun Tembakau, Manir, Kuala Terengganu.

Beliau berkata susulan itu, bedah siasat dan kerja-kerja persampelan telah dijalankan untuk kawalan dan disahkan positif hawar berdarah pada 22 April.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sektor pendidikan anak-anak tempatan Sabah terus diperhebat dengan peningkatan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2025 dengan jumlah RM125 juta. #AWANISabah+ #AWANInews
Dalam usaha memperkukuh perlindungan terhadap remaja ketika negara berdepan peningkatan kes gangguan seksual dan eksploitasi dalam talian, Children’s Protection Society (CPS Kuala Lumpur) melancarkan Program Kewibawaan Remaja: Taklimat Keselamatan Diri & Batas Pergaulan.

Pengerusi CPSKL, Tengku Asra Jehan berkata, inisiatif ini merupakan permulaan kepada gerakan nasional yang menyatukan komuniti pendidikan, pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai hak serta keselamatan diri mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin, sambil menekankan peranan bersejarah negara itu sebagai benteng terhadap percubaan menentang untuk melemahkannya.

Ketika memperingati ulang tahun ke-43 pembebasan Sinai pada Jumaat, El-Sisi mengecam serangan ketenteraan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, yang disifatkannya sebagai "tragedi kemanusiaan yang memalukan" yang memusnahkan negara dan nyawa serta menyebabkan "puluhan ribu menjadi mangsa."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said akan mewakili kerajaan Malaysia memberikan kenyataan secara lisan pada sesi pendengaran awam berhubung isu pendudukan Israel di Palestin, Isnin ini.

Azalina menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Malaysia akan terlibat dalam sesi berkenaan yang diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) The Hague, Belanda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang ibu dua anak yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mencuri pelbagai barangan runcit, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebaskannya setelah hukuman dikurangkan kepada penjara enam hari.

Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas mendapati hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas Lini Ahmat, 38, oleh Mahkamah Majistret pada 21 April lepas adalah berat berbanding kesalahan dilakukan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Gabungan artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi bakal menggegarkan Stadium Bandaraya Miri menerusi Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei depan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, konsert sulung dua stesen tv utama negara itu bakal menyajikan hiburan gabungan budaya tradisional Borneo dan muzik pop kontemporari.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan utusan khas Amerika Syarikat (AS) Steven Witkoff di Kremlin pada Jumaat, menurut Jurucakap Presiden Dmitry Peskov.

"Presiden Rusia Vladimir Putin menerima kehadiran utusan khas Presiden Trump Steven Witkoff di Kremlin," kata Peskov kepada wartawan, seperti laporan agensi berita TASS.

Ini adalah pertemuan kedua antara Putin dan Witkoff dalam tempoh dua minggu lepas dan yang keempat tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jemaah haji Malaysia diminta memuat turun aplikasi MyBorderPass dan membuat pendaftaran maklumat perjalanan bagi melancarkan penggunaan pintu automatik atau autogate kod respons pantas (QR), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata ia termasuk mercun, topi keledar, laser, sebarang objek tajam, payung, tongkat dan botol air.

Beliau berkata polis akan melakukan pemeriksaan badan dan beg penonton, sebelum dan selepas pintu masuk stadium.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) adalah teknologi masa hadapan yang harus dikuasai terutama di peringkat sekolah.

Beliau berkata negara kini semakin maju dan memperoleh pelaburan tinggi khususnya dalam bidang semikonduktor, pusat data serta AI dan jika pelajar ingin berjaya, mereka harus menguasai ilmu baharu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews