Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
689 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru semua pihak agar terus menjunjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran dan kelestarian alam sekitar dalam setiap dasar dan tindakan.

Baginda bertitah, rakyat di negeri itu perlu terus memperkukuh nilai-nilai murni, memperkasakan institusi kekeluargaan, mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan memelihara keharmonian yang telah dibina bersama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Selangor akan melaksanakan 11 langkah segera mitigasi banjir membabitkan kawasan kritikal di negeri ini seperti Taman Sri Muda, Meru dan Taman Seri Alam yang kerap dilanda bencana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata keputusan itu diperolehi menerusi Mesyuarat Koordinasi Khas yang diadakan pada Rabu membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan serta agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki maut ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di Shah Alam, tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 40 tahun yang merupakan peminta sedekah di kawasan berkenaan telah bertengkar dengan suspek lelaki yang juga peminta sedekah, disyaki bagi merebut kawasan untuk melakukan aktiviti terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis seluruh negeri mulai 1 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco Negeri, pada Rabu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 42 tahun yang lalu, seniwati legenda, Puan Sri Saloma meninggal dunia.

Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1935 di Pasir Panjang, Singapura dengan nama Salmah binti Ismail, anak perempuan ke-3 daripada 7 adik beradik. Kakaknya, Mariani juga seorang pelakon sementara adik tirinya Mimi Loma & Jasmaniah juga penyanyi.

Memang suka menyanyi sejak kecil, Saloma memulakan perjalanan seninya sekitar 1948 di usia 13 tahun apabila diperkenalkan kepada khalayak di The New World Carbaret di Singapura oleh bapa tirinya yang merupakan pemuzik keroncong di karbaret itu.

Suaranya mula berkumandang di Radio Malaya tahun berikutnya & namanya semakin terkenal sebagai penyanyi utama orkestra sekitar Singapura. Pada 1950, Saloma mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem ‘Pelangi’ terbitan Nusantara Film.

Pada 1955, Saloma dilamar Malay Film Productions di Jalan Ampas. Di situ ketika namanya semakin meledak, beliau mendapat nama komersil ‘Saloma’ oleh Shaw Brothers yang diambil daripada nama filem ‘Salome’ (1953) dibintangi Rita Hayworth.

Beliau mengahwini seniman agung P.Ramlee pada November 1961. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi kedua-duanya ada anak daripada perkahwinan terdahulu & pada masa sama bersama membesarkan anak angkat.

Apabila suaminya meninggal dunia pada 1973, Saloma mengalami kemurungan sehingga menjejaskan kesihatannya. Akhirnya akibat kegagalan fungsi hati, pada 25 April 1983 di usia 48 tahun, Saloma menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Assunta, PJ.

Beliau dikebumikan di sisi pusara suaminya di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL. Sepanjang kariernya, beliau telah merakamkan lebih 500 lagu & membintangi sekitar 29 filem. Saloma diangkat sebagai Biduanita Pertama Negara pada 1978.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, ‘Saloma’ (Ahmad Fauzee Samad, 2012)

#PeristiwaHariIni
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan mewakili
Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Pope Francis yang akan diadakan
pada 26 April 2025 (Sabtu) di Vatican City.

Pengumuman wakil Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Pope Francis itu dimaklumkan oleh Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pasukan pertama petugas Lembaga Tabung Haji (TH) musim 1446H/2025M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah kira-kira 8.10 malam Khamis (waktu tempatan).

Pasukan terdiri daripada 74 individu termasuk pengamal media, petugas kebajikan dan petugas teknologi maklumat itu dibawa ke tempat penginapan terletak di Roha Al-Madinah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sejumlah 10 peserta Maraton Suzhou 2025 digantung daripada semua perlumbaan jalan raya yang diiktiraf oleh Persatuan Olahraga China (CAA) selama tiga tahun kerana "tingkah laku tidak bertamadun" semasa acara itu, lapor Xinhua.

CAA mengumumkan tindakan disiplin itu pada Khamis, memetik insiden membuang air kecil di tempat awam berhampiran sebuah sekolah tempatan semasa perlumbaan pada 2 Mac. Penggantungan itu akan berkuat kuasa sehingga 1 Mac 2028.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki di wilayah Kalasin, Thailand bertindak menyerang isterinya dengan pistol selepas dikejutkan untuk bersarapan

Wartawan tempatan yang melawat lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan mengalami kecederaan di kepala.

Menurut portal berita Thailand, Workpoint News, mangsa terpaksa menerima empat jahitan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 31,315 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Sabtu, selepas tamat 14 hari tempoh berkempen.

Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 63 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai penyelesaian bersama berhubung isu tarif timbal balas yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, yang mengetuai delegasi Malaysia dalam perbincangan bersama Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Duta Besar Jamieson Greer, di Washington DC pada 24 April lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pembangunan semula kawasan perumahan lama di ibu negara bukan agenda mengusir orang Melayu, sebaliknya, langkah untuk menjamin kehidupan lebih bermaruah kepada rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Perdana Menteri, dakwaan kononnya usaha berkenaan akan merampas tanah orang Melayu adalah tidak berasas kerana kesemua status tanah itu tidak berubah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima 85,000 permohonan rayuan untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata permohonan tersebut akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sektor pendidikan anak-anak tempatan Sabah terus diperhebat dengan peningkatan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2025 dengan jumlah RM125 juta.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
Sekumpulan saintis dari Universiti California, Berkeley telah berjaya menemui warna baharu yang dikenali sebagai Olo iaitu warna biru-hijau terang yang tidak pernah dilihat oleh mata manusia secara semula jadi.

Penemuan ini dicapai melalui penggunaan pancaran laser bagi merangsang sel kon tertentu dalam retina mata dan membolehkan para peserta yang terlibat dalam kajian melihat warna unik ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kedutaan Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat negara itu selepas 1 Mei untuk melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ketibaan mereka.

Kuasa Usaha Ad interim Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata sistem TDAC akan mula menerima penyerahan pada 28 April, untuk menampung pengembara yang tiba pada tarikh pelancarannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari pertama Pasukan Media dan Petugas Haji di Madinah menumpukan kepada usaha menyesuaikan diri terutama bagi mereka yang kali pertama melangkah ke Kota Nabi ini.

Kami menyelusuri laluan-laluan di Kota Madinah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nabawi.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7497147128431545608
Beberapa lagi status bantahan yang diterima daripada pemilihan cabang PKR akan diumum minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ia mengambil masa untuk dimuktamadkan kerana dalam proses penelitian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Visual diperoleh Reuters menunjukkan situasi di lapangan terbang Mumbai, India dimana pelancong dilihat berpusu untuk pulang dari Jammu dan Kashmir. Ini adalah susulan daripada serangan keganasan yang menyasarkan penganut Hindu.

Insiden tembakan yang berlaku telah menyebabkan dua puluh enam orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 17 lagi cedera di sebuah destinasi pelancongan popular di Kashmir, India pada Selasa (22 April).

#AWANInews