Astro AWANI
82.7K subscribers
46K photos
687 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Astro AWANI atas kejayaan memenangi Anugerah Digital Media Asia 2025 bagi kategori “Penggunaan AI Terbaik Dalam Bilik Berita”, dan berharap saluran berita itu terus menjadi peneraju dalam membangunkan inovasi media nasional seiring kemajuan kecerdasan buatan (AI).

Dalam ciapan di platform X, Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai simbol pencapaian media tempatan yang berjaya memanfaatkan teknologi AI dengan beretika, mengangkat masa depan digital negara yang inklusif dan berdaya saing.

“Tahniah Astro AWANI. Semoga terus sahut hasrat kerajaan dalam membangun dan membudayakan inovasi media Malaysia dalam era AI yang sarat dengan cabaran dan peluang,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.

MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian pelajar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui usaha dan komitmen mereka sepanjang tempoh pembelajaran.

"Saya tak nak sebut yang tak cemerlang tapi saya sudah sebut tahniah semua kepada anak-anak, ibu bapa dan guru-guru.

"Kita kena ingat apa sahaja keputusan mereka ini menyumbang kepada gred purata sekolah, daerah dan negeri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Semua pelajar wajar diraikan tanpa mengira keputusan peperiksaan masing-masing kerana setiap usaha mereka menyumbang kepada kecemerlangan serta pencapaian keseluruhan sekolah, daerah dan negeri masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pencapaian pelajar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui usaha dan komitmen mereka sepanjang tempoh pembelajaran.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang.

📷: Astro AWANI/Shahir Omar

#AWANInews
Mahkamah Rayuan Putrajaya tetapkan keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketepikan sabitan bersalah serta hukuman atas empat pertuduhan babit kesalahan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram pada 25 Jun depan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Setelah tiga tahun usaha pembikinannya diumumkan, filem aksi adiwira tempatan yang dinanti-nantikan, Keluang Man, mengeluarkan treler rasminya semalam, sekali gus menambah keterujaan peminat siri animasi itu menjelang tayangannya di pawagan seluruh negara pada 29 Mei ini.

Filem arahan Anwari Ashraf itu bukan sahaja memaparkan dunia Keluang Man versi moden, namun turut memasukkan elemen aksi mendebarkan serta visual sinematik berkualiti tinggi yang tentu dapat meraih perhatian bukan sahaja peminat setia, malah generasi penonton yang baharu.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata sejak projek filem ini diumumkan tiga tahun lalu, pelbagai usaha telah digerakkan bagi menjayakannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dengan simpanan 11 trilion kaki padu (tcf) gas dan 1.5 bilion tong minyak, Sabah mewakili 12 peratus dan 25 peratus daripada simpanan gas dan minyak Malaysia. Astro AWANI bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif TAS Institute Oil and Gas, Datuk Willie Ng untuk meninjau cabaran serta prospek berkenaan industri tersebut.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
Banyak hubungan persahabatan musnah disebabkan mesej rahsia yang dihantar untuk kegunaan peribadi dikongsi keluar ke platform atau orang lain.

Tidak semua benda yang dikongsi di atas talian akan kekal rahsia, dan hari ini WhatsApp memperkenalkan ciri Advanced Chat Privacy yang memastikan kandungan yang dikongsi akan lebih sukar dikongsi keluar daripada aplikasi.

Advanced Chat Privacy boleh diaktifkan dalam perbualan antara dua pengguna atau di dalam Group.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerani D. Sasveena, 31, dan suaminya T. Boharaj, 32, serta Farhin Muhammad Ariffin, 23, P. Koshen Kumar, 21, dan P. Siveeshinaa, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Kesemua mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan didakwa secara bersama menculik remaja berkenaan bagi menuntut wang tebusan berjumlah RM2 juta di hadapan sebuah salun rambut di Uptown Avenue, Seremban 2 di sini kira-kira 5.45 petang pada 10 April lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam kenyataannya, KPM berkata, tindakan tegas akan diambil secara serta-merta ke atas semua yang terlibat.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat serta siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Istanbul, Turkiye pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat gempa terletak di daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa berlaku pada 12.49 waktu tempatan dan dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah-wilayah berdekatan, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan bangunan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam kenyataannya, KPM berkata, tindakan tegas akan diambil secara serta-merta ke atas semua yang terlibat.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat serta siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews