Polis akan memanggil seorang pelakon lelaki bagi membantu siasatan kes memukul teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 7 April lepas dengan mendakwa dipukul di kawasan sekitar Ara Damansara, Petaling Jaya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebarang dakwaan melibatkan pelanggaran peraturan pilihan raya perlu dibuat ke saluran yang betul supaya siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebarang dakwaan melibatkan pelanggaran peraturan pilihan raya perlu dibuat ke saluran yang betul supaya siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
632 petugas Tabung Haji akan digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula hari ini bagi musim Haji 1446 Hijrah 2025 Masihi.
Kesemua petugas ini merangkuml pelbagai sektor antaranya pengurusan maktab, kesihatan. Kewangan, bimbingan haji dan ziarah, media, pengangkutan, sajian dan sebagainya.
Hari ini 74 petugas Kumpulan Pertama berangkat melalui 2 penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 3:10 petang.
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
#KhabarHaji2025

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kira-kira 10 peratus daripada 171 majikan yang terlibat dalam operasi pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu didapati tidak mencarum pekerja mereka dengan agensi itu.
Pengarahnya Suhara Mustaffa berkata antara alasan yang diberikan ialah pekerja hanya terdiri dalam kalangan saudara-mara dan pekerja sambilan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pengarahnya Suhara Mustaffa berkata antara alasan yang diberikan ialah pekerja hanya terdiri dalam kalangan saudara-mara dan pekerja sambilan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Kementerian Perpaduan Negara memandang serius insiden ini kerana ia bukan sahaja mencemar nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat kita, malah menggugat keharmonian antara kaum.
"Pihak syarikat penghantaran makanan digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dan memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja mereka," kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memupuk sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Hari ini 105 tahun yang lalu, batu asas Tambak Johor diletakkan.
Tambak Johor, atau turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) adalah sambungan darat pertama antara Semenanjung Malaysia dengan Singapura. Ia menyeberang Selat Tebrau sepanjang 1,056 meter, menyambungkan Johor Bahru dengan Woodlands.
Sebelum wujud Tambak Johor, feri adalah medium perhubungan Semenanjung-Singapura. Memasuki kurun ke-20, Singapura jadi pelabuhan tumpuan & sistem pengangkutan sedia ada tak mampu menampung kesibukan aktiviti perdagangannya.
Pada 1917, hadir cadangan membina tambak & pelannya dipersembahkan kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat (NNS) & kerajaan Johor pada 1918 sebelum diluluskan pada 1919 selepas perkongsian kos pembinaan dirunding antara 3 pihak terbabit.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 1919 & upacara peletakan batu asasnya berlangsung pada 24 April 1920 yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Turut hadir Gabenor NNS, Laurence Guillemard.
Tetamu kehormat menaiki kapal layar "Sea Belle" yang berlabuh di tengah-tengah Selat Tebrau untuk meletakkan batu asas projek tersebut pada titik tengah antara Tanjung Puteri, Johor dengan Woodlands, Singapura di mana tambak akan dibina.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa & Gabenor Guillemard dijemput menarik tali sutera yang menghidupkan jentera untuk mengosongkan muatan batu runtuhan dari tongkang ke laut, disambut dengan siren daripada kapal-kapal sekitar.
Kemudian tongkang kedua membawa muatan batu runtuhan turut dikosongkan disusuli siraman ‘air tolak bala’ & ‘air doa selamat’ ke Selat tersebut. 5 das tembakan hormat dilepaskan dari Bukit Timbalan menandakan berakhir upacara.
Tambak Johor siap dengan kos dianggar sekitar 17 juta Dolar Selat & dirasmikan oleh Gabenor Guillemard pada 28 Jun 1924. Pada 1926, sistem paip yang menyalurkan air bersih dari Johor ke Singapura siap untuk digunakan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Mekanika
#PeristiwaHariIni

Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah apabila muncul pemain pertama dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kejayaan tersebut meletakkan pemain kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi pencapaian bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 hingga 2012.
Pemain berusia 23 tahun itu turut mendominasi tiga lagi kategori iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kejayaan tersebut meletakkan pemain kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi pencapaian bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 hingga 2012.
Pemain berusia 23 tahun itu turut mendominasi tiga lagi kategori iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua wakil Astro AWANI, Editor Eksekutif, Zaiful Ariffin serta Penerbit dan Editor Kanan, Azizul Azwa menyertai petugas haji yang akan berlepas ke tanah suci hari ini.
Apa yang pasti, Astro AWANI menjanjikan laporan komprehensif dan menyeluruh sempena musim haji tahun 1446H/2025M. Antara tumpuan yang akan diberikan adalah perkembangan harian, perkongsian ringkas di platform media sosial dan laporan yang membawa sisi peribadi jemaah.
Menurut Zaiful, sebagai petugas media, pihaknya telah melakukan persiapan rapi terutamanya dalam memastikan segala persediaan untuk melaporkan laporan di tanah suci.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Apa yang pasti, Astro AWANI menjanjikan laporan komprehensif dan menyeluruh sempena musim haji tahun 1446H/2025M. Antara tumpuan yang akan diberikan adalah perkembangan harian, perkongsian ringkas di platform media sosial dan laporan yang membawa sisi peribadi jemaah.
Menurut Zaiful, sebagai petugas media, pihaknya telah melakukan persiapan rapi terutamanya dalam memastikan segala persediaan untuk melaporkan laporan di tanah suci.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penduduk Istanbul berasa bimbang tentang gempa bumi yang bermagnitud 6.2 melanda bandar itu pada Rabu. Orang ramai kelihatan keluar ke jalanan, meninggalkan rumah, barang-barang dan haiwan peliharaan mereka sejurus selepas tengah hari.
Rata-rata kelihatan sedang menunggu arahan seterusnya dari pihak berkuasa dan berehat di bawah pokok sambil menghubungi orang tersayang untuk memastikan keadaan mereka dan ahli keluarga selamat sambil berkeliaran di jalan-jalan.
📷: Reuters

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan kehadirannya dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa adalah sebagai tetamu, bukannya selaku artis undangan rasmi persembahan.
Menurut hantaran di Instagram, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menafikan dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan pada acara tersebut.
“Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut hantaran di Instagram, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menafikan dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan pada acara tersebut.
“Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pelajar lelaki melecur 90 peratus selepas bateri basikal elektrik milik rakan serumahnya meletup dalam insiden tragik yang turut menyaksikan mangsa terperangkap dalam rumah terbakar.
Mangsa, Du Junhao, 22, pelajar tahun ketiga di Kolej Bandar Wuhan, Hubei, mengalami kecederaan parah selepas rakan serumahnya, Li Jiajun, melarikan diri semasa kebakaran, lalu menutup pintu dan menyebabkan Du tidak dapat menyelamatkan diri.
Insiden berlaku sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan) musim panas lalu apabila bateri basikal elektrik yang disewa Jiajun meletup ketika dicas di dalam rumah, mengeluarkan gas beracun dan menyebabkan api marak.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mangsa, Du Junhao, 22, pelajar tahun ketiga di Kolej Bandar Wuhan, Hubei, mengalami kecederaan parah selepas rakan serumahnya, Li Jiajun, melarikan diri semasa kebakaran, lalu menutup pintu dan menyebabkan Du tidak dapat menyelamatkan diri.
Insiden berlaku sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan) musim panas lalu apabila bateri basikal elektrik yang disewa Jiajun meletup ketika dicas di dalam rumah, mengeluarkan gas beracun dan menyebabkan api marak.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 14,179 calon SPM 2024 memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran, menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2023.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Astro AWANI atas kejayaan memenangi Anugerah Digital Media Asia 2025 bagi kategori “Penggunaan AI Terbaik Dalam Bilik Berita”, dan berharap saluran berita itu terus menjadi peneraju dalam membangunkan inovasi media nasional seiring kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Dalam ciapan di platform X, Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai simbol pencapaian media tempatan yang berjaya memanfaatkan teknologi AI dengan beretika, mengangkat masa depan digital negara yang inklusif dan berdaya saing.
“Tahniah Astro AWANI. Semoga terus sahut hasrat kerajaan dalam membangun dan membudayakan inovasi media Malaysia dalam era AI yang sarat dengan cabaran dan peluang,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam ciapan di platform X, Anwar menyifatkan kemenangan itu sebagai simbol pencapaian media tempatan yang berjaya memanfaatkan teknologi AI dengan beretika, mengangkat masa depan digital negara yang inklusif dan berdaya saing.
“Tahniah Astro AWANI. Semoga terus sahut hasrat kerajaan dalam membangun dan membudayakan inovasi media Malaysia dalam era AI yang sarat dengan cabaran dan peluang,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.
MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.
MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian pelajar bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi juga melalui usaha dan komitmen mereka sepanjang tempoh pembelajaran.
"Saya tak nak sebut yang tak cemerlang tapi saya sudah sebut tahniah semua kepada anak-anak, ibu bapa dan guru-guru.
"Kita kena ingat apa sahaja keputusan mereka ini menyumbang kepada gred purata sekolah, daerah dan negeri.