Keadaan banjir di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh pada jam 8.30 pagi Rabu berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi. #AWANInews
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.40 bilion setakat 15 April, 2025 daripada AS$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$105.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini sedang merancang untuk menaikkan cukai terhadap golongan kaya bagi membolehkan pengurangan, atau penghapusan sepenuhnya, cukai yang ditanggung oleh rakyat AS biasa.
Perkara ini didedahkan oleh sekutu rapat beliau, Steve Bannon.
Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan dan ketua strategi di White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump pada tahun 2017.
Walaupun meninggalkan White House dalam suasana kontroversi, Bannon kekal sebagai suara yang lantang dan berpengaruh dalam gerakan “Make America Great Again” (MAGA).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Susulan kematian Pope Francis, Pope seterusnya akan dipilih oleh Kolej Kardinal yang merupakan barisan paderi paling senior dalam Gereja Katolik, dan daripada 135 orang pengundi ini, seorang daripada mereka adalah rakyat Malaysia.
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, yang berasal dari perkataan Latin con clave, bermaksud "dengan kunci" - merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.
Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor, akan menyertai rakan-rakannya dari seluruh dunia untuk proses pengundian tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, yang berasal dari perkataan Latin con clave, bermaksud "dengan kunci" - merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.
Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor, akan menyertai rakan-rakannya dari seluruh dunia untuk proses pengundian tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dua daripada tiga pemain Malaysia difahamkan membuat keputusan tidak menyertai pasukan ASEAN All-Stars bagi aksi menentang Manchester United.
Sebelum ini, tiga pemain kebangsaan - Haziq Nadzli, Sergio Aguero dan Dominic Tan - dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars Mei ini.
Ketiga-tiga pemain itu dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebelum ini, tiga pemain kebangsaan - Haziq Nadzli, Sergio Aguero dan Dominic Tan - dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars Mei ini.
Ketiga-tiga pemain itu dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kejadian tanah runtuh berlaku di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada pagi Rabu mengakibatkan keruntuhan dinding tembok sebuah sekolah antarabangsa.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi dan segera mengerahkan anggota ke lokasi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi dan segera mengerahkan anggota ke lokasi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di lereng bukit berhampiran jalan utama di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor pada Rabu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, tanah runtuh itu dilaporkan berketinggian 40 kaki di Jalan Haji Abdullah.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, tanah runtuh itu dilaporkan berketinggian 40 kaki di Jalan Haji Abdullah.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seramai 35 penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Batang Berjuntai, terjejas akibat banjir kilat pagi ini selepas kolam tadahan Air Hillpark dilaporkan pecah sekitar jam 5:30 pagi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7:26 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi pada jam 7:52 pagi, sejauh 25 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi Mohd Amirul Shafiq Mohamad Mahrin, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7:26 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi pada jam 7:52 pagi, sejauh 25 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi Mohd Amirul Shafiq Mohamad Mahrin, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebanyak 80 buah rumah di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh terjejas banjir kilat pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
"Komander operasi yang tiba di lokasi mendapati banjir berkedalaman kira-kira 0.9 meter melibatkan 80 buah rumah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
"Komander operasi yang tiba di lokasi mendapati banjir berkedalaman kira-kira 0.9 meter melibatkan 80 buah rumah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Institusi perpustakaan perlu lebih menyerlah dan menonjolkan kepentingannya sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan kebudayaan negara.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata perpustakaan sebagai gedung ilmu mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara.
"Kini terdapat 1,076 perpustakaan desa yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata perpustakaan sebagai gedung ilmu mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara.
"Kini terdapat 1,076 perpustakaan desa yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir pada Selasa, menurut Kementerian Luar atau juga kenali sebagai Wisma Putra.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pihaknya, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, sedang memantau rapi perkembangan itu susulan serangan bersenjata di destinasi pelancongan popular itu.
"Berdasarkan laporan terkini daripada pihak berkuasa, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu namun keadaan sedang dipantau dengan teliti," jelasnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pihaknya, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, sedang memantau rapi perkembangan itu susulan serangan bersenjata di destinasi pelancongan popular itu.
"Berdasarkan laporan terkini daripada pihak berkuasa, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu namun keadaan sedang dipantau dengan teliti," jelasnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penumpang Delta Air Lines berdepan detik mendebarkan apabila mereka terpaksa menahan siling kabin yang runtuh secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku ketika penerbangan dari Atlanta ke Chicago pada minggu lalu.
Menurut laporan New York Post, pesawat itu sedang berada pada ketinggian kira-kira 9,100 meter di udara sewaktu siling itu tercabut dan memaksa sekumpulan lelaki memegang panel tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kejadian itu berlaku ketika penerbangan dari Atlanta ke Chicago pada minggu lalu.
Menurut laporan New York Post, pesawat itu sedang berada pada ketinggian kira-kira 9,100 meter di udara sewaktu siling itu tercabut dan memaksa sekumpulan lelaki memegang panel tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Gentari, anak syarikat milik penuh PETRONAS, muncul sebagai antara peneraju dalam membangunkan ekosistem tenaga bersih negara menerusi tiga teras utama iaitu tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau.
Ketua Tenaga Boleh Baharu Malaysia Gentari, Syed Malek Faisal Syed Mohamad berkata antara pendekatan utama syarikat itu adalah membantu mengurangkan jejak karbon aset PETRONAS.
“Salah satu pendekatan utama Gentari adalah membantu menurunkan jejak karbon aset PETRONAS. Antaranya ialah projek solarisasi di lebih 180 stesen PETRONAS setakat ini dan ia menjadi penyumbang kepada sasaran sifar bersih negara,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Tenaga Boleh Baharu Malaysia Gentari, Syed Malek Faisal Syed Mohamad berkata antara pendekatan utama syarikat itu adalah membantu mengurangkan jejak karbon aset PETRONAS.
“Salah satu pendekatan utama Gentari adalah membantu menurunkan jejak karbon aset PETRONAS. Antaranya ialah projek solarisasi di lebih 180 stesen PETRONAS setakat ini dan ia menjadi penyumbang kepada sasaran sifar bersih negara,” katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tindakan merampas atau melucut hak terhadap pemilik tanah yang gagal membayar cukai tanah di Pahang dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebelum tindakan melucut hak dilaksanakan pemilik tanah akan diberikan notis, antaranya untuk membayar tunggakan terlebih dahulu.
Beliau berkata sehingga kini terdapat 1,082 hak milik tanah telah dilucut hak oleh pentadbir tanah di seluruh Pahang manakala jumlah kutipan hasil penalti yang dikutip sebanyak lebih RM1.4 juta.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebelum tindakan melucut hak dilaksanakan pemilik tanah akan diberikan notis, antaranya untuk membayar tunggakan terlebih dahulu.
Beliau berkata sehingga kini terdapat 1,082 hak milik tanah telah dilucut hak oleh pentadbir tanah di seluruh Pahang manakala jumlah kutipan hasil penalti yang dikutip sebanyak lebih RM1.4 juta.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengurangkan penglibatan dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) dan memberi lebih tumpuan kepada syarikat kenderaan elektriknya, Tesla, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Bermula seawal bulan depan, Mei, komitmen masa saya terhadap DOGE akan berkurangan dengan ketara," kata Musk.
Tesla pada Isnin mengumumkan bahawa keuntungan suku tahunannya merosot sebanyak 71 peratus. Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, dilaporkan mengakui pada Mac bahawa penglibatannya dengan kerajaan AS telah menjejaskan harga saham syarikat itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Bermula seawal bulan depan, Mei, komitmen masa saya terhadap DOGE akan berkurangan dengan ketara," kata Musk.
Tesla pada Isnin mengumumkan bahawa keuntungan suku tahunannya merosot sebanyak 71 peratus. Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, dilaporkan mengakui pada Mac bahawa penglibatannya dengan kerajaan AS telah menjejaskan harga saham syarikat itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keranda yang membawa jenazah Pope Francis telah diarak pada hari Rabu (23 April) menuju ke Basilika St. Peter.
Selepas upacara di kapel Casa Santa Marta, jenazah Pope Francis yang terbaring dalam keranda terbuka diiringi oleh para kardinal ketika dibawa melalui Dataran St. Peter, para penganut memberikan tepukan penghormatan.
Selepas upacara keagamaan, para penganut dan orang ramai akan dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Pope sehingga jam 7 malam pada hari Jumaat, dan upacara pengebumian dijadualkan berlangsung pada pagi sabtu.

Isteri kepada aktor Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya itu sudah beberapa kali melafazkan talak.
Dedah Hidayah, 47, suaminya itu menafikan menerusi sumpah laknat pada Januari lalu, justeru dia membuat keputusan untuk meneruskan dengan memfailkan penceraian.
“Memang saya yang buat permohonan cerai, tetapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dedah Hidayah, 47, suaminya itu menafikan menerusi sumpah laknat pada Januari lalu, justeru dia membuat keputusan untuk meneruskan dengan memfailkan penceraian.
“Memang saya yang buat permohonan cerai, tetapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Rabu berkenan merasmikan Gerbang Suria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu dewan terbuka yang dibina berasaskan sistem solar, pertama seumpamanya di Malaysia.
Dalam sembah ucapannya, Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata gagasan daripada titah Sultan Nazrin telah memberi inspirasi kepada penyelidik UPSI bersama Syarikat Synergy Generated dan UPSI Holdings Sdn. Bhd. untuk membina sebuah Gerbang Suria ataupun dewan solar mega dengan keluasan lebih 12,500 kaki persegi.
"Gerbang Suria UPSI berkonsepkan zero capex ini berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 2,800 tan setahun, menjimatkan kos pembinaan sebanyak RM5 juta," jelasnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi sekiranya berada di pasaran tempatan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Rabu mengumumkan pencapaian positif pada tahun 2024 apabila mencatat kutipan zakat tertinggi dalam sejarah penubuhan iaitu mencecah RM1.22 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari berkata daripada jumlah itu, RM1.19 bilion telah diagihkan kepada lebih 370,000 penerima zakat asnaf di seluruh Selangor.