Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mencadangkan agar Malaysia meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang baharu, bagi menangani penyebaran fitnah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) selaras dengan langkah proaktif yang telah diambil oleh Singapura baru-baru ini.
Beliau berkata langkah itu penting dalam usaha membendung serangan-serangan siber, khususnya sebarang bentuk fitnah luar biasa yang disifatkan tidak membantu sesiapa, malah hanya memberi kepuasan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Negara-negara ASEAN telah mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk membina penempatan kekal bagi jemaah haji di Mina.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan berkenaan dibuat secara kolektif bagi keselesaan jemaah haji dari Asia Tenggara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan berkenaan dibuat secara kolektif bagi keselesaan jemaah haji dari Asia Tenggara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengasas bersama dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam 'Project Syndicate Forward Thinkers List'.
Project Syndicate iaitu organisasi media global bukan berasaskan keuntungan menerusi laman web mereka memaklumkan bahawa senarai itu bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Project Syndicate iaitu organisasi media global bukan berasaskan keuntungan menerusi laman web mereka memaklumkan bahawa senarai itu bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| ๐ฅ Setakat 8 pagi
*Berita Penuh*
๐ https://bit.ly/3YLw2nx
๐ธNaib Presiden PKR Nurul Izzah tersenarai dalam kalangan 30 individu berpengaruh
๐ธKesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi
๐ธPentadbiran Trump cadang rombakan besar Jabatan Negara AS, 132 pejabat bakal ditutup
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Bangunan tinggi di Malaysia direka bentuk untuk menahan gegaran gempa bumi sekurang-kurangnya berskala 7 magnitud, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata semua bangunan tinggi di negara ini mesti mematuhi piawaian keselamatan ketat yang diperkenalkan sejak 2015, walaupun membabitkan kos yang lebih tinggi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau berkata semua bangunan tinggi di negara ini mesti mematuhi piawaian keselamatan ketat yang diperkenalkan sejak 2015, walaupun membabitkan kos yang lebih tinggi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) J.D. Vance menggesa peningkatan kerjasama ketenteraan dengan India serta mengemukakan cadangan penjualan pesawat pejuang halimunan F-35 buatan negara itu kepada New Delhi, pada Selasa.
Menekankan hubungan erat antara kedua-dua negara, Vance berkata AS menjalankan lebih banyak latihan ketenteraan bersama India berbanding mana-mana negara lain, dan kedua-dua pihak akan turut menghasilkan bersama pelbagai senjata dan kelengkapan yang "kita perlukan untuk mengekang penceroboh asing."
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Keadaan banjir di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh pada jam 8.30 pagi Rabu berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi. #AWANInews
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.40 bilion setakat 15 April, 2025 daripada AS$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$105.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$105.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini sedang merancang untuk menaikkan cukai terhadap golongan kaya bagi membolehkan pengurangan, atau penghapusan sepenuhnya, cukai yang ditanggung oleh rakyat AS biasa.
Perkara ini didedahkan oleh sekutu rapat beliau, Steve Bannon.
Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan dan ketua strategi di White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump pada tahun 2017.
Walaupun meninggalkan White House dalam suasana kontroversi, Bannon kekal sebagai suara yang lantang dan berpengaruh dalam gerakan โMake America Great Againโ (MAGA).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perkara ini didedahkan oleh sekutu rapat beliau, Steve Bannon.
Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan dan ketua strategi di White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump pada tahun 2017.
Walaupun meninggalkan White House dalam suasana kontroversi, Bannon kekal sebagai suara yang lantang dan berpengaruh dalam gerakan โMake America Great Againโ (MAGA).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Susulan kematian Pope Francis, Pope seterusnya akan dipilih oleh Kolej Kardinal yang merupakan barisan paderi paling senior dalam Gereja Katolik, dan daripada 135 orang pengundi ini, seorang daripada mereka adalah rakyat Malaysia.
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, yang berasal dari perkataan Latin con clave, bermaksud "dengan kunci" - merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.
Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor, akan menyertai rakan-rakannya dari seluruh dunia untuk proses pengundian tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, yang berasal dari perkataan Latin con clave, bermaksud "dengan kunci" - merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.
Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor, akan menyertai rakan-rakannya dari seluruh dunia untuk proses pengundian tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dua daripada tiga pemain Malaysia difahamkan membuat keputusan tidak menyertai pasukan ASEAN All-Stars bagi aksi menentang Manchester United.
Sebelum ini, tiga pemain kebangsaan - Haziq Nadzli, Sergio Aguero dan Dominic Tan - dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars Mei ini.
Ketiga-tiga pemain itu dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebelum ini, tiga pemain kebangsaan - Haziq Nadzli, Sergio Aguero dan Dominic Tan - dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars Mei ini.
Ketiga-tiga pemain itu dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kejadian tanah runtuh berlaku di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada pagi Rabu mengakibatkan keruntuhan dinding tembok sebuah sekolah antarabangsa.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi dan segera mengerahkan anggota ke lokasi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi dan segera mengerahkan anggota ke lokasi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di lereng bukit berhampiran jalan utama di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor pada Rabu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, tanah runtuh itu dilaporkan berketinggian 40 kaki di Jalan Haji Abdullah.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam satu kenyataan, tanah runtuh itu dilaporkan berketinggian 40 kaki di Jalan Haji Abdullah.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa, rumah dan kenderaan, hanya jalan utama untuk keluar masuk sahaja terhalang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seramai 35 penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Batang Berjuntai, terjejas akibat banjir kilat pagi ini selepas kolam tadahan Air Hillpark dilaporkan pecah sekitar jam 5:30 pagi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7:26 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi pada jam 7:52 pagi, sejauh 25 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi Mohd Amirul Shafiq Mohamad Mahrin, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 7:26 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di lokasi pada jam 7:52 pagi, sejauh 25 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi Mohd Amirul Shafiq Mohamad Mahrin, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebanyak 80 buah rumah di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh terjejas banjir kilat pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
"Komander operasi yang tiba di lokasi mendapati banjir berkedalaman kira-kira 0.9 meter melibatkan 80 buah rumah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
"Komander operasi yang tiba di lokasi mendapati banjir berkedalaman kira-kira 0.9 meter melibatkan 80 buah rumah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Institusi perpustakaan perlu lebih menyerlah dan menonjolkan kepentingannya sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan kebudayaan negara.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata perpustakaan sebagai gedung ilmu mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara.
"Kini terdapat 1,076 perpustakaan desa yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah," katanya.