Astro AWANI
82.7K subscribers
45.9K photos
682 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Pelajar Indonesia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) akan ditawarkan dengan silibus TVET termaju seperti bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, tenaga hijau dan automotif elektrik.

Dua perjanjian strategik menerusi pemeteraian tiga Surat Hasrat (LoI) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kerajaan Provinsi DKI Jakarta serta Kerajaan Provinsi Sumatera Barat (SUMBAR), yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

📷: DPMO

#AWANInews
"Nampak pakai kopiah, bersopan, terus percaya."

Itulah realiti sekarang apabila ramai terus terperdaya dengan penampilan luaran individu yang mempromosikan pakej haji murah, tanpa menyemak latar belakang sebenar.

Pengarah Strategik dan Pengarah Operasi Haji MKM Ticketing Travel and Tour Sdn Bhd, Dr Abdul Hadi Abdul Rahman, berkata, rakyat Malaysia sering kali mudah terperdaya dengan tawaran harga murah yang disangkakan sebagai rezeki tanpa menyedari ia mungkin satu perangkap.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rubiah Wang berkata usaha itu antara lain bagi mengatasi masalah kemerosotan jumlah pelancong ke lokasi terbabit yang semakin ketara sejak penularan COVID-19 beberapa tahun lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah AS$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap "aset pelaburan selamat".

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hanya 10 peratus bekas guru yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dari 1962 hingga 1972 telah tampil membuat tuntutan bagi wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara sehingga April 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Zahiruddin Mohammad Hanif berkata peratusan itu melibatkan 185 bekas guru atau waris yang tampil membuat tuntutan di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan wang tidak dituntut oleh bekas guru di bawah Skim Perkhidmatan Guru-Guru Dipersatukan (UTS) menunjukkan penurunan kecil kepada RM11.7 juta setakat ini, berbanding RM13.5 juta pada 2018.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Berdasarkan laporan Meneliti Potensi Implikasi Ekonomi Tarif Timbal Balik Amerika Syarikat ke atas Ekonomi Malaysia disediakan Center For Future Studies Berhad (The Future), kesan langsung akibat pengenaan tarif timbal balik ini ke atas ekonomi Malaysia adalah signifikan.

Analisis sama menyatakan peningkatan nilai tarif yang besar ini berpotensi menyumbang kepada penyusutan nilai eksport Malaysia ke AS sebanyak RM187.6 billion.

“Jika Malaysia mengambil langkah untuk tidak mengenakan timbal balik tarif, lebihan dagangan Malaysia-AS dijangka menjadi defisit kepada RM108.5 billion pada 2025.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Skuad Harimau Malaya bakal beraksi di gelanggang keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), apabila melayani kunjungan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.

Perlawanan yang dijangka sengit itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, yang menyuarakan keyakinan bahawa semangat 'lautan hitam kuning' akan membakar semangat juang anak buah Peter Cklamovski.

"Kami teruja untuk menyambut kehadiran Vietnam ke Bukit Jalil bagi satu perlawanan yang dijangka penuh debaran dan emosi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 121 tahun yang lalu, ‘Bapa Bom Atom’, J. Robert Oppenheimer dilahirkan.

Julius Robert Oppenheimer lahir di New York City dalam keluarga Yahudi sekular yang kaya. Lepas lulus dengan kepujian tertinggi di Harvard pada 1925, beliau ke England untuk menjalankan kajian di Makmal Cavendish Cambridge di bawah panduan ahli fizik British & pemenang Hadiah Nobel, J.J. Thompson.

Beliau kemudian ke Universiti Göttigen, Jerman & mendapat Ph.D dalam fizik kuantum. Di sana, beliau belajar dengan ahli fizik terkemuka seperti Max Born & Neils Bohr. Sekembalinya ke AS pada 1929, Oppenheimer menjadi penolong profesor di Universiti California, Berkeley pada masa sama turut mengajar di California Institute of Technology.

Di awal 1942, Oppenheimer direkrut untuk Projek Manhattan, projek rahsia Perang Dunia II kerajaan AS untuk membina bom atom. Sebagai pengarah saintifik program, beliau memimpin sekumpulan saintis hebat di Makmal Los Alamos, New Mexico. Ujian Trinity yang dikendalikan pada 16 Julai 1945 berjaya membuktikan senjata nuklear pertama yang dihasilkan berfungsi - dan mengubah dunia selamanya.

3 minggu kemudian, pada 6 & 9 Ogos, AS menggugurkan 2 bom atom di Hiroshima & Nagasaki, menamatkan perang. Oppenheimer diangkat sebagai hero negara, namun kemusnahan dahsyatnya mengesankan Oppenheimer yang merasakan dirinya bertanggungjawab.

Bila Projek Manhattan diletakkan bawah Suruhanjaya Tenaga Atom AS (AEC), beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Penasihat Am. Pada posisi itu, beliau menentang usaha penyelidikan & pembangunan bom hidrogen yang kuasanya 10x lebih kuat daripada bom atom.

Atas pendiriannya itu, Oppenheimer disyak sebagai ejen Soviet (dek hubungannya dengan individu berkaitan komunis di masa lalu) & pelepasan sekuritinya dibatalkan pada 1953. Tahun berikutnya, perbicaraan sekuriti terhadapnya dijalankan & Oppenheimer gagal dalam rayuannya.

Begitupun pada 1966, beliau diberi penghormatan tertinggi AEC, Anugerah Enrico Fermi. Beliau kekal sebagai pengarah Institut Pengajian Lanjutan hingga 1966 sebelum meninggal dunia akibat kanser tekak di rumahnya di Princeton pada 18 Februari 1967.

Sumber: Time

#PeristiwaHariIni
Kejadian kira-kira jam 9.35 pagi itu dilaporkan berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar yang memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.

“Ketiga-tiga suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam premis dan melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan jalur gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti yang dibuat dalam siasatan isu penyiaran ilustrasi jalur gemilang tidak lengkap pada muka hadapan sebuah akhbar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Di Meta, mereka cuba membanteras isu pengguna bawah umur yang berbohong mengenai usia sebenar menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Ciri menggunakan AI ini sudah diuji sebelum ini dalam jumlah yang kecil tetapi kini akhirnya diaktifkan bagi memastikan keselamatan pengguna remaja.

Berdasarkan tabiat penggunaan dan kandungan yang dimuat naik, Meta boleh mengagak sama ada pengguna ialah remaja ataupun dewasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Indonesia merupakan negara kelima tertinggi di dunia mengalami pelbagai bencana seperti letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh serta kebakaran hutan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan delegasi melakukan kunjungan ke ibu pejabat BNPB dan AHA Centre di Jakarta untuk melihat secara dekat fungsi dan operasi BNPB yang boleh dipelajari dan diadaptasi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau selaku Pengerusi NADMA berkata, penyelarasan yang kemas dan cekap memperlihatkan keupayaan
BNPB menguruskan semua bentuk kecelakaan bencana sebelum, semasa dan pasca bencana.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merekodkan keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, rakaman kali ini adalah berhubung dengan pengisytiharan harta yang dibuat Ismail Sabri sebelum ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan kunjungan ke ibu pejabat BNPB dan AHA Centre di Jakarta pada Isnin bagi melihat secara dekat fungsi dan operasi BNPB yang boleh dipelajari dan diadaptasi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

#AWANInews