Astro AWANI
82.5K subscribers
46.3K photos
714 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Miftah Maulana atau Gus Miftah terus menjadi sasaran kecaman orang ramai menerusi video lama yang sekali lagi mendedahkan 'keceluparannya' pada hari sama beliau melepaskan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Menerusi klip tersebut, Gus Miftah secara terang-terangan bergurau agak kasar apabila merendahkan pelawak senior, Yati Pesek dengan memberikan komen kecam badan (body shaming) terhadapnya di hadapan khalayak umum.

Beliau dengan selamba menyebut fizikal Yati Pesek sebagai 'kejelekan'.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.

Dalam kemas kini terbaharu di media sosial, pasangan itu berkata mereka tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan kes tersebut, namun percaya keadilan akan berpihak kepada mereka.

"Kami diberitahu tuduhan terhadap kami membabitkan transaksi pada 2018. Kami tidak boleh bercakap tentang hal itu, tetapi kami akan memberi kerjasama dalam siasatan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini ada pihak yang mendakwa bahawa gabungan tersebut telah ‘mati’.

Menurutnya, antara punca yang mendorong kejatuhan itu adalah disebabkan anak muda menolak untuk mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Usul itu kurang lima undi untuk mencukupi kuorum ditetapkan selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga Ahli Parlimen parti pemerintah Parti Kuasa Rakyat (PPP) mengundi.

Usul untuk mendakwa Suk Yeol, dilihat gagal selepas ahli parlimen daripada parti pemerintah memboikot sesi pengundian, meskipun protes besar-besaran berlangsung di luar Parlimen, Korea Selatan pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi Sabtu.

Beliau berkata pada 9.15 pagi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Filem arahan Nik Amir Mustapha, Imaginur dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung pada Sabtu.

Kemenangan berkenaan membolehkan filem terbitan Lumatic Films Sdn. Bhd. itu membawa pulang trofi FFM33 dan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah itu selari menjadikan PR1MA sebagai agensi perumahan di bawah kementerian yang sinonim sebagai pemaju perumahan mampu milik berkualiti.

"PR1MA tahun depan, kami akan memperkenalkan lebih banyak projek menarik dengan beberapa elemen tambahan termasuk menumpukan kepada inisiatif rumah pintar dan bangunan hijau dengan tenaga boleh diperbaharui serta pembangunan bandar PR1MA," jelasnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penjenamaan semula itu mesti mencerminkan transformasi selari cabaran semasa seiring pendekatan proaktif, inklusif, dan inovatif, memandangkan BN perlu membina semula identitinya sebagai kuasa dinamik dalam politik Malaysia menerusi naratif yang sesuai dengan kehendak zaman.

"Pendekatan Brand Humanization contohnya boleh memperkukuh usaha ini dengan menunjukkan sisi BN yang lebih mesra dan manusiawi. Pemimpin perlu turun padang, berkongsi cerita dan menunjukkan empati terhadap rakyat. Sikap rendah hati ini akan menjadikan BN lebih dekat di hati masyarakat," jelasnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri halal dan ia perlu diperluas melangkaui aspek pensijilan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.

"Industri halal tidak hanya terhad kepada penyembelihan daging, malah ia turut berkaitan dengan sektor pembuatan, kosmetik dan sebagainya," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sejak 29 Nov lepas berikutan daerah Kota Setar dilanda bencana banjir, dijangka dibuka dan beroperasi semula Isnin ini.

Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Ikram Alif Mansoor berkata pihaknya positif dapat membuka landasan di lapangan terbang itu secepat mungkin.

"Kita telah memaklumkan mengenai penutupan landasan ini hingga esok, jadi akan cuba untuk membuka landasan ini secepat mungkin tetapi sekiranya tidak boleh mungkin tambah masa dalam sehari atau dua lagi sebelum ia boleh beroperasi semula," katanya pakda Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 645 perajurit muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi pada Sabtu.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Mohamad Azuwan Harun berkata kejayaan itu membuktikan bahawa mereka layak berkhidmat dalam TLDM sekali gus memegang amanah serta tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara.

"Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi dan keyakinan kepada perajurit muda ini selaku perwira yang sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban


Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan tanah terbiar seluas kira-kira 91,000 hektar di seluruh negara untuk tanaman padi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 11 tahun yang lalu, Metallica membuat konsert di Antartika.

Konsert "Freeze 'Em All" pertama kali diisyaratkan oleh pemain dram Metallica, Lars Ulrich pada September 2013 apabila beliau membuat kenyataan samar tentang 'sesuatu yang amat menarik akan datang.' Ia diumum secara rasmi pada 25 Oktober 2013, di mana band tersebut menyatakan "kami sangat bertuah untuk melawat setiap pelusuk Bumi...kecuali satu."

Konsert tersebut dilaksana dengan kolaborasi sebuah syarikat minuman ringan, yang menganjurkan satu pertandingan di negara-negara Amerika Latin - Argentina, Chile, Colombia, Costa Rica & Mexico - di mana 10 pemenang akan menerima pakej perjalanan 8 hari menaiki kapal cruise dari Tierra del Fuego ke Antartica untuk menonton konsert tersebut.

"Freeze 'Em All" diadakan di Pangkalan Carlini di Antartika di bawah wilayah Argentina pada 8 Disember 2013, berlangsung selama 1 jam dengan Metallica mempersembahkan 10 lagi di dalam sebuah kubah kecil dekat dengan heliport pangkalan tersebut. Ia dihadiri 120 orang, terdiri daripada para penyelidik di situ & pemenang pertandingan yang dianjurkan. Mematuhi Protokol Madrid, konsert dimainkan tanpa pembesar suara, disampaikan kepada penonton melalui fon kepala, untuk melindungi persekitaran daripada pencemaran bunyi.

"Freeze 'Em All" menjadikan Metallica band pertama yang membuat persembahan di Antartika & Metallica menjadi band pertama yang berjaya membuat persembahan di kesemua 7 benua dunia yang dicatat dalam Rekod Dunia Guinness, juga satu-satunya band yang membuat persembahan di kesemua benua dalam setahun.

Sumber: The Guardian, Billboard

#PeristiwaHariIni
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata dalam pindaan ini, kesalahan di bawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Untuk lebih 25 tahun, Pennzoil menjadi jenama minyak pelincir yang diyakini memberikan pengalaman luar biasa dengan prestasi hebat berteknologi tinggi kepada pemandu Malaysia.

Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin, memastikan pengguna merasai keunggulannya dari awal hingga akhir.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Situasi di Homs, Syria menunjukkan penduduk berkumpul di sekitar patung bekas Presiden Syria, Hafez Al-Assad, dan kemudiannya menjatuhkan patung tersebut diiringi sorakan besar daripada orang ramai yang sedang meraikan pembebasan Syria daripada pemerintahan Rejim Basyar Al-Assad.

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ini situasi di Damsyik. Sejak awal pagi tadi, mereka meraikan detik pembebasan Syria daripada Rejim Bashar Al Assad.

#AWANInews
Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan tidak berada di Damsyik, lapor CNN.

Sumber yang memberitahu CNN berkata, Assad tidak berada di mana-mana lokasi di bandar yang dijangka sesiapa sahaja boleh menemukannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews