Astro AWANI
81.6K subscribers
47.6K photos
822 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, melepas dan membebaskan seorang bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, Calvin Phua Kim Hau, 27, di akhir kes pendakwaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow di Seri Perdana di sini.

Berdimuhamedow dan delegasinya yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri pada 11 pagi.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis selesai merakam keterangan blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung sebuah video berdurasi 31 minit lima saat yang didakwa memfitnah serta mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, baru-baru ini.

Razarudin berkata, rakaman percakapan lelaki itu diambil kira-kira satu jam di Balai Polis Setapak bermula pukul 3 petang Khamis.

Menurutnya, ketika keterangan itu direkodkan, polis mengajukan 37 soalan namun Papagomo atau juga dikenali sebagai Sir Azri itu memilih untuk menjawab kesemua soalan itu di mahkamah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Anak pengasas ajaran sesat Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau dikenali 'Abuya', didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, pada Khamis, atas tuduhan percubaan menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu, September lalu.

Muhammad 'Athoullah As'aari, 39, dan isterinya, Ummu Habibah Raihan,41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad 'Athoullah didapati telah memiliki tiga dokumen-dokumen iaitu senarai buku/bahan terbitan yang disita dalam Ops Global pada 21 September 2024, iaitu buku bertajuk Politik Islam Membawa Kasih Sayang Bil 2857; Pendidikan Rasulullah Bil 2185 dan satu bingkai bergambar As'aari.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis Thailand percaya mereka telah membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht (100 baht = RM13.02) melalui rangkaian transaksi palsu, susulan penahanan seorang ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya yang merupakan warga Thailand.

Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Pol. Mejar Jeneral Puttidej Bunkrapue berkata, pasangan itu adalah suspek utama yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram berskala besar.

"Kedua-dua suspek menghadapi tuduhan bersekongkol dalam pengubahan wang haram," kata Puttidej dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.

Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata, proses rayuan haji dibuka lebih awal bagi mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.

"TH akan memberi keutamaan rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia dan pengiring bagi jemaah kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji pada musim haji 1446H/2025M," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kali ini Ride 2 juta bersama Astro Awani terpanggil untuk bersama-sama membantu Masjid Ahmadi mencari dana penaiktarafan Masjid Ahmadi.

Jangan bertangguh lagi, ayuh kita bersegera dalam melakukan kebaikan!

Bank Muamalat - 120 4000 3222 719

Untuk maklumat lanjut;

Haji Nahrawi - 019 311 9960
Haji Rubani - 019 286 3822
Haji Tok Adim - 019 245 9582
Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa 2,207 orang rakyat Malaysia ditahan di lebih 50 negara atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga Nov tahun ini.

Kementerian Luar Negeri menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan bagi kes-kes sedemikian, kementerian itu melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu memastikan hak dan kebajikan tahanan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terjaga.

"Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara termasuk memaklumkan berita penahanan kepada waris terdekat di Malaysia, berkongsikan senarai firma guaman kepada subjek dan waris sebagai rujukan serta bantuan bagi mendapatkan khidmat guaman," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia menggesa tindakan pantas dan tegas untuk mengurangkan penderitaan yang tidak terperi di Gaza berikutan perang genosid Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin.

Bercakap pada Sesi ke-21 Mesyuarat Majlis Menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) sempena Sesi ke-48 Suruhanjaya D-8 di Kaherah, Mesir, pada Rabu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan kebimbangan terhadap krisis yang semakin meruncing di Asia Barat yang disebabkan serangan Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan capaian perbankan di 100 peratus mukim di seluruh negara pada tahun 2025.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, pihaknya mahu menyediakan pelbagai perkidmatan perbankan asasi kepada seluruh rakyat Malaysia di 899 mukim berkenaan.

“Kami berada di tempat yang mempunyai akses kewangan yang terbatas. Hari ini kami sangat berbangga telah mencapai tahap keberadaan sehingga 98 peratus daripada 899 mukim di seluruh negara," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.

Menerusi jawapan bertulis Dewan Negara bertarikh 18 Dis, 2024 Kementerian Kewangan menjelaskan NSRC telah menerima 64,000 panggilan merangkumi laporan kes daripada mangsa penipuan dan khidmat nasihat kepada orang ramai.

"Berdasarkan aduan-aduan yang diterima itu, lebih 43,000 akaun keldai yang disyaki telah dikenal pasti untuk tindakan oleh institusi kewangan bagi menghalang pelapisan wang secara berbilang untuk menyembunyikan dana haram," tambah kementerian itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 50 tahun yang lalu, Rancangan Buku Hijau dilancarkan.

Pada awal 1970-an, Malaysia berdepan krisis ekonomi & inflasi akibat kejatuhan harga getah. Sebagai solusi, kerajaan pimpinan PM ke-2 Datuk (Tun) Abdul Razak Hussein melancarkan Gerakan Pembaharuan pada 1972 untuk membina semula ekonomi negara.

Lanjutan itu, beliau melancarkan pula Gerakan Bumi Hijau atau dikenali juga sebagai Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974. Matlamatnya adalah untuk merancakkan amalan pertanian sebagai teras utama perkembangan ekonomi & sekuriti makanan.

Objektifnya adalah memaksimumkan penggunaan tanah melibatkan tanaman jangka pendek, pekebunan berkelompok, ternakan ikan air tawar dalam usaha menambah pengeluaran makanan negara & meningkatkan pendapatan rakyat dengan pemasaran produk tani.

Konsep ‘kebun belakang rumah’ diperkenalkan, menggalakkan penanaman sayur dalam pasu, pokok buah di halaman rumah & penternakan secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual untuk sumber pendapatan alternatif.

Rancangan tersebut memerlukan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) menjadi penggeraknya, bekerjasama erat dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah serta agensi kerajaan berkaitan seperti RISDA, FAMA, LPP & Jabatan Pertanian.

Untuk memastikan ia berjalan sepertimana dirancang, setiap Menteri Besar/Ketua Menteri serta Menteri Kabinet membuat lawatan dari masa ke masa. Tun Razak bersama Datuk (Tun) Hussein, Abdul Ghafar Baba & Tan Sri Ghazali Shafie menjadi penerajunya.

Pegawai daripada Bahagian Penyelarasan, Kementerian Pertanian, FAMA & Bahagian Perancang Ekonomi ditugaskan membentuk satu pasukan petugas (task force) untuk memantau & menilai kemajuan Rancangan Buku Hijau di setiap tempat seluruh negara.

Hasil daripada Rancangan Buku Hijau, pendapatan negara meningkat di mana sekitar 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah daripada sektor pertanian.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
Laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) mengesahkan bahawa Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air, yang sengaja dinafikan oleh Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Laporan bertajuk "Pembasmian dan Tindakan Genosid: Israel Sengaja Menafikan Bekalan Air kepada Palestin di Gaza" yang dikeluarkan pada Khamis itu menyatakan: "Pihak berkuasa Israel secara sengaja menafikan rakyat Palestin di Gaza akses kepada air bersih untuk diminum dan sanitasi yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan asas manusia."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iraq mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memulakan penghantaran pulang tentera Syria daripada rejim Assad yang digulingkan ke Syria, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Miqdad Miri berkata proses memulangkan tentera Syria ke negara asal mereka akan bermula lewat hari ini, lapor agensi berita negara INA.

"Proses itu akan dijalankan selepas penyelarasan dengan pihak berkuasa Syria," tambahnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini daripada jumlah itu, zakat perniagaan menjadi penyumbang utama dengan kutipan sebanyak RM176 juta yang diterima dari Januari hingga November lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC), lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kejohanan itu yang berlangsung sehingga 22 Dis, menarik lebih 1,200 peserta dari 55 negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
I-Berhad, pemaju Bandar Digital No.1 Malaysia, i-City, memperkukuh kerjasama strategik dengan Wyndham Hotels & Resorts melalui pelancaran Wyndham Garden di i-City.

Kerjasama ini, yang diumumkan serentak dengan pembukaan SkyCity, menara setinggi 60 meter dengan gelongsor kaca sepanjang 600 meter, menandakan langkah penting dalam meningkatkan pengalaman pelancongan bersepadu di Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi dengan memperkenalkan dua produk flagship terbaharunya, HUAWEI Mate X6 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4, yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup moden dan keperluan pengguna masa kini.

Pelancaran ini menampilkan teknologi terkini HUAWEI dalam telefon pintar boleh lipat ultra-nipis dan peranti audio premium dengan kemampuan pembatalan hingar yang canggih.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada Jumaat atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis 58.23 gram minggu lalu.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews