Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
702 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu hadir memberi keterangan dalam perbicaraannya di Mahkamah Daerah Tel Aviv pada Selasa.

Ia merupakan kali pertama dia berbuat demikian selepas didakwa dengan pertuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah pada 2019.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.

Kemas dalam kenyataan hari ini menjelaskan laporan berita sebelum ini yang bertajuk “Yuran taska dan tabika meningkat hingga 25 peratus?” serta visual yang memaparkan rakaman di dalam tabika Kemas telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke premis berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Industri rel menawarkan kira-kira 25,000 peluang pekerjaan yang perlu dimanfaatkan oleh lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memberi penekanan bahawa gaji premium akan diberikan kepada lepasan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan institusi TVET lain, iaitu sekurang-kurangnya RM3,000.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata banjir merupakan bencana yang berulang saban tahun dan masalah mungkin timbul untuk menempatkan mangsa yang dipindahkan sekiranya kejadian itu berlaku ketika sesi persekolahan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Agensi utama Singapura untuk pemuliharaan biodiversiti merancang proses pembenihan 100,000 batu karang di perairan Singapura dalam tempoh sedekad akan datang dan seterusnya menandakan usaha pemulihan terumbu karang paling meluas di negara pulau itu setakat ini.

Dikenali sebagai Inisiatif "100k Corals" oleh Lembaga Taman Negara (NParks) Singapura ia dilancarkan pada Selasa dan menerima lebih S$2 juta sokongan setakat ini melalui Garden City Fund.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Sabah memperuntukkan sebanyak RM70 juta sebagai bantuan kepada badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh dan persendirian di negeri itu pada 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Seorang wanita mempersoalkan tindakan peniaga yang didakwa menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam, Shah Alam.

Perkongsian itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang bertanya sama ada operasi perniagaan itu merupakan satu kesalahan.

Bagaimanapun Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif ketika dihubungi memberitahu, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kelicikan sepasang kekasih yang dipercayai aktif mencuri tabung derma diletakkan di kedai-kedai makan, akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Klebang, Melaka pada 4 Dis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Siasatan awal mendapati kesemua tabung derma dicuri mereka adalah milik madrasah dan rumah anak yatim yang diletakkan di kedai-kedai makan di sekitar Melaka dan Johor," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa mengagihkan buah durian kepada ahli-ahli Parlimen di Bangunan Parlimen sebagai sebahagian daripada Kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan.

Mohamad berkata, durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

"Inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai keunikan buah-buahan tempatan dan menyokong industri pertanian negara," jelasnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 11 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3BlsCQ6
🔸Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
🔸Pengantin wanita meninggal dunia pada hari perkahwinan
🔸Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma di Melaka, Johor

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di lima negeri sehingga esok.

Negeri-negeri itu ialah Perlis, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara musim ini apabila meraih kemenangan ke atas kelab La Liga Sepanyol, Girona 1-0 di Stadium Montilivi, Girona.

Gol tunggal perlawanan dijelmakan menerusi penalti penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah pada minit ke-63 memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan

Kemenangan itu juga mengekalkan Liverpool kendalian Arne Slot di tangga teratas liga, lima mata di depan Bayer Leverkusen dan Aston Villa, manakala Girona pula kekal dengan tiga mata di tangga ke-30.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewujudkan tafsiran yang jelas berhubung isu 'mat rempit'.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pindaan itu bertujuan untuk menjadi satu bentuk pencegahan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🔥KUTIPAN MENCECAH RM10 JUTA!🔥
Alhamdulillah, sokongan anda jadi kekuatan kami. Ayuh bersama bermanifesto di pawagam sekarang! 🌟

Kahar: Kapla High Council Kini Di Pawagam!

Untuk info lanjut, layari www.highcouncil.com.my

Keganasan bukan jalan penyelesaian.

Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088.

#KaharKaplaHighCouncil #AstroOriginals
Demi menjayakan misi pengembaraan ke Mekah dengan kayuhan secara solo, Zainul Aqil Misnan sanggup menjual kereta kesayangan demi melepaskan komitmen bulanan yang ditanggungnya.

Pemuda berusia 29 tahun itu berkata, tindakan tersebut bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.

"Saya perlukan sehingga RM30,000 untuk menampung perbelanjaan sepanjang lima ke enam bulan misi jelajah ini yang melibatkan kos penginapan, makanan, basikal, kelengkapan serta penggunaan kenderaan awam di negara lain," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis Kedah berjaya membongkar kegiatan memproses dadah dengan menyerbu 'makmal mini’ di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dan merampas 11.99 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis heroin berserta 8.85kg kafien dianggarkan bernilai hampir RM83,000, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam serbuan jam 7.07 petang itu polis turut menahan dua lelaki di dua buah rumah yang dijadikan tempat memproses dan tempat penyimpanan dadah, selepas risikan dijalankan bermula pertengahan tahun ini.

"Kita menahan dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 48 (tukang gunting rambut) yang dipercayai merupakan dalang utama dan 33 tahun (pemandu lori). Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.

"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79 pada Rabu.

Mendahului senarai ialah Ketua Pengarah Per­khid­matan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang dikurnia darjah Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dengan gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah sama dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Istana Alam Shah hari ini ialah Pengerusi Eksekutif The Edge Communications Sdn Bhd, Tan Sri Tong Kooi Ong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Program Siswa Sulung tidak terhad kepada pelajar daripada keluarga B40 sahaja, sebaliknya golongan M40 yang kurang berkemampuan juga boleh menerima manfaat program itu, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata program yang dikhususkan untuk anak pertama daripada keluarga kurang berkemampuan dan berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam (UA) telah memanfaatkan seramai 1,934 pelajar setakat ini.

"Golongan M40 yang mempunyai keluarga besar, contohnya dengan tujuh hingga lapan anak, dan memerlukan perbelanjaan tinggi untuk pendidikan, juga layak memohon program ini," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews