Astro AWANI
82.2K subscribers
46.7K photos
747 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Hati wanita mana yang tidak luluh tatkala dua insan disayangi yang sentiasa menjaganya siang dan malam satu demi satu turut diuji menanggung derita melawan penyakit yang dihadapi.

Rahayu Daud, 51, yang menghidap penyakit buah pinggang kronik hampir empat tahun lalu berkata dia sebelum ini sentiasa ditemani suami, Mazlan Latif, 61, dan anak tunggal mereka, Muhamad Adam Aizad Mazlan, 16, ketika menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai.

Bagaimanapun, dia berkata pada Ogos 2022, suaminya rebah akibat serangan strok ketika membayar bil rawatan dialisis buah pinggang di HSIP dan hingga kini terlantar di rumah serta memerlukan penjagaan rapi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani satu perintah eksekutif berskala besar bagi mengurangkan harga ubat yang memerlukan preskripsi di negara itu sehingga 80 peratus, menyifatkannya sebagai antara "Perintah Eksekutif paling penting dalam sejarah negara kita", lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Selama bertahun-tahun dunia tertanya-tanya mengapa ubat yang memerlukan preskripsi dan farmaseutikal di Amerika Syarikat harganya jauh lebih tinggi berbanding negara lain," tulis Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Beliau bergraduasi sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101, Sabtu lalu, bersama Mohd Alinur Haqqim, 36, dan Nur Aisyah Hanim, 34.

Menurut Razali, kejayaan itu amat bermakna kerana beliau memutuskan untuk menyambung pengajian ketika memegang jawatan sebagai Senator di Dewan Negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Demikianlah ucapan terakhir tonggak tengah JDT, Chia Ruo Han apabila memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Ruo Han, menerusi dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih buat Pemilik Kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di atas jasa baik menjaganya selama ini.

“Selepas tujuh tahun yang penuh kenangan, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih kepada Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,” tulis Ruo Han.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Nanostix Innovations Sdn Bhd, pengeluar utama vape di Malaysia, menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan di peringkat Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nanostix, Shahabudeen Jalil, menegaskan langkah tersebut mengundang kekeliruan, dan seolah-olah menidakkan kebijaksanaan undang-undang Persekutuan.

“Kami di Nanostix sentiasa mematuhi peraturan sedia ada. Pengharaman di peringkat negeri hanya akan menjejaskan industri sah dan menguatkan pasaran gelap,” jelas Shahabudeen.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau tidak kisah kalah dalam pemilihan cabang yang lalu, namun tidak bersetuju dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kekalahan itu disebabkan oleh kesilapan memilih 'geng'.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut menafikan dakwaan bahawa kumpulan yang dipilihnya merupakan kelompok yang menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada yang kata saya silap pilih geng, masuk kumpulan lawan presiden sebab itu kalah. Saya pelik dengan dakwaan tersebut kerana yang membawa saya masuk ke dalam parti ialah Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli). Masa itu umur saya baru 19 tahun, masih mahasiswa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas kekasih Liam Payne, Cheryl Cole dilantik untuk menguruskan harta peninggalan bekas anggota One Direction itu yang bernilai kira-kira RM151 juta (AS$32.2 juta) selepas penyanyi itu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, menurut dokumen mahkamah.

Cheryl, yang juga ibu kepada anak lelaki Payne berusia lapan tahun, Bear, akan bertindak sebagai pentadbir bersama peguam industri muzik, Richard Mark Bray.

Cheryl hanya diberi kuasa terhad sehingga perintah am pentadbiran dikeluarkan dan tidak boleh mengagihkan dana buat masa ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebanyak 2,361 haiwan liar dilaporkan mati dilanggar kenderaan di atas jalan di seluruh negara sejak 2020 hingga kini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam tempoh itu Pahang menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah kematian haiwan liar akibat kemalangan iaitu 765 ekor, diikuti Perak (478), Kelantan (224), Terengganu (201), dan Negeri Sembilan (187).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas kini secara rasminya dikenali sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penamaan semula institusi berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghormatan khas kepada Tun Abdullah yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tun Abdullah, beliau juga mahu pihak MARA menganjurkan satu Seminar Pemikiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh terdekat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kematian tragis seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak pada Ahad bukan sahaja mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan haiwan liar, malah turut membuka perbincangan mengenai kesan psikologi terhadap ibu gajah yang kehilangan anak tersayang.

Pengerusi Persatuan Taman-Taman Zoologikal dan Akuaria Malaysia (MAZPA), Dr Kevin Lazarus berkata, ikatan emosi antara ibu dan anak gajah amat mendalam dan tidak boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian serta pengalaman, gajah betina yang kehilangan anak akan melalui fasa berduka (grieving period) yang boleh mengambil masa sebelum pulih sepenuhnya dan kembali menyertai kumpulannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028 penting sebagai persediaan mengukuhkan parti ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Ketua Penerangan PKR 1 Datuk Seri R Ramanan berkata khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' diperlukan berdasarkan rekod parti yang berjaya merebut banyak kerusi semasa PRU14 ketika bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

"Kita memerlukan beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya pada PRU akan datang untuk menggunakan formula yang pernah digunakan pada PRU14, menyaksikan parti telah memenangi 47 kerusi," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tentera Udara Korea Selatan akan menyambung semula kebanyakan latihan tembakan menggunakan bom sebenar mulai minggu ini, menurut pegawai kira-kira dua bulan selepas menggantung latihan itu berikutan insiden dua jet pejuang secara tidak sengaja menggugurkan bom di kawasan awam pada Mac lepas.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Tentera Udara Korea Selatan dalam kenyataan kepada media menyatakan pihaknya akan meneruskan latihan menggunakan bom hidup itu secara berturut-turut minggu ini di kawasan latihan di pantai barat dan kawasan pergunungan di wilayah Gangwon.

Pada 6 Mac, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mengakibatkan 52 orang cedera dan memaksa Tentera Udara menggantung semua latihan menembak hidup.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini, menurut keputusan awal yang diumumkan pada Isnin malam.

Menurut laporan media tempatan yang memetik Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan lebih 60 peratus undi telah dikira, Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabarnya yang terdekat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.

Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan bahawa bantuan dan bekalan kemanusiaan tidak lagi memasuki Gaza sejak 2 Mac, selepas pihak berkuasa Israel mengenakan kepungan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Malaysia wajar memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 untuk mengembangkan pasaran produk halal sekali gus menembusi pasaran rantau itu yang mempunyai 600 juta penduduk.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun produk halal dari Indonesia dan Thailand dipasarkan di Malaysia namun barangan serupa negara ini tidak dapat memasuki pasaran ASEAN kerana usaha pemasaran yang dilakukan masih belum mencukupi.

"Oleh kerana 600 juta merupakan satu pasaran yang realitinya besar untuk produk-produk halal Malaysia dipasarkan maka usaha-usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (Matrade) adalah untuk menyebarluaskan pasaran dalam kalangan negara ASEAN," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Dzulkefly menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan kasih yang dicurahkan sambil memohon agar seluruh jururawat terus dilimpahi kekuatan dan rahmat.

"Saya tahu, di sebalik senyuman yang kalian berikan kepada pesakit ada penat lelah yang tersimpan rapi. Di sebalik seragam putih itu, ada insan yang kuat, sabar dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hari ini 136 tahun yang lalu, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur dibuka.

Lokasi yang menjadi Taman Botani Perdana hari ini asalnya adalah kawasan bekas lombong bijih timah dekat lembah Sungai Bras-Bras. Apabila bijih timah di lokasi ini berkurangan, ia ditinggalkan.

Hadir ilham daripada Bendahari Kerajaan Negeri Selangor, Alfred Venning yang mencadangkan supaya diwujudkan sebuah taman botani di sekitar kawasan tersebut. Cadangan diterima Gabenor British Selangor, Frank Swettenham lalu diperuntukkan sejumlah kecil geran daripada perbendaharaan negeri untuk membangunkan projek di tanah seluas 173 ekar.

Semak & lalang ditebas lalu ditanam pokok-pokok renek & bunga. Projek itu turut disokong hartawan & tokoh masyarakat Kantonis terkenal di Kuala Lumpur, Tauke Chow Ah Yeok yang menyumbang 100 pokok bunga cempaka & pokok oren kepada pelan penanaman asal. Ia turut melibatkan sebuah ‘experimental economic garden’ & bekas lombong bijih timah dijadikan tasik rekreasi yang dinamakan Tasik Sydney, sempena nama isteri Swettenham.

Projek Taman Botani ini mengambil masa sekitar 10 tahun untuk siap sepenuhnya, bagaimanapun ia dibuka kepada orang awam pada 13 Mei 1889, setahun selepas projek dimulakan, & dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Clementi Smith.

Kediaman rasmi Swettenham selaku wakil kerajaan British (kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara) terletak di atas bukit berdekatan taman ini. Venning turut mewujudkan sebuah kelab sosial di tepi tasik eksklusif untuk orang Eropah, dipanggil “Lake Club” (kini “Royal Lake Club”) pada 1890, yang mendominasi aktiviti sosial orang Eropah di Kuala Lumpur untuk sekitar setengah abad.

Asalnya, taman ini dinamakan “Public Garden” atau Taman Awam, sebelum ditukar kepada “Lake Gardens” (Taman Tasik). Pada 1975, ia dinamakan kepada Taman Tasik Perdana oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Pada 28 Jun 2011, namanya ditukar semula kepada Taman Botani Perdana.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengalu-alukan para peserta Forum Ekonomi Antarabangsa "Russia-Islamic World: KazanForum" edisi ke-16, sambil menyeru kepada pengukuhan kerjasama antara Rusia dan dunia Islam dalam bidang kewangan, teknologi dan keselamatan serantau, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Dengan penuh mesra saya mengalu-alukan anda ke Kazan yang suka menerima tetamu," kata Putin dalam mesej kepada para tetamu forum yang akan bermula Selasa di ibu kota wilayah Tatarstan.

Acara yang berlangsung hingga 18 Mei itu menghimpunkan delegasi dari lebih 100 negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jemaah Haji Indonesia sudah mula tiba di Mekah bagi melaksanakan umrah pertama. Dianggarkan 221,000 jemaah haji Indonesia akan menunaikan ibadah haji musim 1446H.

#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#khabarhaji2025
#AWANInews