Tahniah kepada Dr Mohamad Yusri Bakir yang mewakili Barisan Nasional atas kemenangan di Pilihanraya Kecil Ayer Kuning yang baru selesai. Insya-Allah, suara rakyat pasti diterjemah dengan santun dan berketerampilan.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar tengah hari tadi untuk lawatan kerja dan menghadiri beberapa agenda di Perlis sepanjang hari ini.
Usai tiba, saya langsung ke Kangar untuk menghadap DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Saya menyembah maklum perkembangan terkini berhubung perancangan pembangunan ekonomi negeri Perlis, di samping bertukar pandangan terkait hal ehwal kesejahteraan rakyat di negeri ini yang menjadi tumpuan khusus Kerajaan Persekutuan.
Penghargaan setingginya atas perkenan Tuanku menerima patik menghadap. Mendoakan keafiatan berpanjangan buat Tuanku, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Seterusnya saya ke Pejabat Pembangunan Negeri Perlis untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri bersama Menteri Besar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.
Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan negara mesti membina kekuatan dalaman dan daya tahan ekonomi untuk menghadapi ketidaktentuan geopolitik, termasuk kesan dasar tarif Amerika Syarikat. Jentera Kerajaan di semua peringkat perlu segera mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek tanpa lagi dibelenggu kerenah birokrasi.
Saya arahkan agensi-agensi memperketat pemantauan projek, dan tidak teragak-agak menghukum pihak yang melengahkannya hingga menjejaskan rakyat.
Menteri Besar Perlis kemudiannya membentangkan beberapa keutamaan pembangunan negeri, meliputi infrastruktur asas seperti jalan raya, kawalan banjir, pelancongan, pelabuhan dan pendidikan.
Antara projek yang dibangkitkan termasuk pembangunan pelabuhan Sanglang, pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping, penyelesaian projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, dan naik taraf kolam takungan banjir Chuping.
Mengambil kira kepentingannya, saya arahkan pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Chuping dimulakan tahun ini, manakala projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu perlu segera diserahkan kepada syarikat kerajaan yang berkeupayaan.
Jentera Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berani berfikir di luar kerangka lama untuk memecah kebuntuan, mempercepat penyelesaian masalah rakyat, dan membina benteng ekonomi yang berdaya tahan, sekali gus mengangkat martabat rakyat dan negara di persada dunia.

Petang tadi saya hadir ke Dataran Lok 9, Kuala Perlis bersama lebih 10,000 warga Perlis pelbagai kaum memeriahkan Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Negeri Perlis. Terima kasih atas sambutan luar biasa dan penuh semangat kekeluargaan.
Setinggi penghargaan atas kesudian Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, serta Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, mencemar duli ke majlis ini.
Perlis menjadi negeri terakhir dalam rangka kunjungan Ramadan dan Syawal saya tahun ini, memperkukuh iltizam kita untuk memberi sepenuh perhatian kepada keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
Sewaktu berucap, saya zahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mempererat sinergi bersama Kerajaan Negeri bagi memperkasa agenda pembangunan, memperkukuh kesejahteraan sosial serta mempertingkatkan daya saing ekonomi setempat.
Saya menegaskan bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, tiada mana-mana negeri dianaktirikan dalam agenda pembangunan ekonomi hanya kerana perbezaan siasah.
Ini termasuk Perlis, yang menyaksikan peningkatan ketara pemberian langsung Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri yakni sekitar 25 peratus, daripada RM168.4 juta pada 2022 kepada RM210.6 juta pada tahun lalu. Peruntukan pembangunan negeri turut meningkat sehingga 65 peratus daripada RM391.91 juta pada 2022 kepada RM645.58 juta tahun lalu.
Menyentuh perkembangan geopolitik semasa, khususnya terkait tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, saya memaklumkan mengenai Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei depan bagi membicarakan tindakan-tindakan Kerajaan dalam mendepani isu ini, di samping menghimpunkan seluruh kekuatan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Insya-Allah, dengan iltizam yang teguh dan penuh keyakinan, kita akan membawa Perlis dan seluruh negara ke arah masa depan yang lebih sejahtera dan makmur.

Alhamdulillah, usai acara sebelah petang di Kuala Perlis, saya hadir ke Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah | 2025 Masihi di Kangar malam tadi.
Saya menggesa teman-teman yang punya kemampuan dan para asatizah untuk bersama memupuk kesedaran baharu dalam kalangan umat. Kita perlu mempertingkat penguasaan al-Quran sebagai asas mengangkat maruah umat dan terus menggali hikmah untuk menjawab persoalan serta cabaran zaman pasca normal, di mana kebenaran dan hak dianggap relatif.
Kita harus mencabar minda umat melalui taffaquh fiddin yang segar bagi menghadapi kondisi 'malaise' yakni keletihan jiwa yang menuntut jawapan berasaskan kekuatan ilmu dan keutuhan nilai. Tantangan kita adalah sejauh mana umat mampu membina kekuatan berasaskan 'Din' (agama) kepada Madinah (kota) dan seterusnya tamadun dalam membangun negara MADANI.
Saya turut singgung pengalaman pendakwah di Alam Melayu sebagaimana direkodkan dalam Babad Tanah Jawi mengenai peranan unik Wali Songo serta catatan Ibnu Battutah di Perlak yang menzahirkan kepentingan pendekatan dakwah penuh hikmah dalam menyampaikan esensi Islam secara tasamuh agar umat tidak berpecah dan bermusuh.
Umat meletakkan pengharapan yang tinggi untuk kita melakukan pembaharuan dalam berdepan cabaran semasa yang semakin rumit dan rencam sama ada di dalam atau luar negara.
Makanya kita perlu membina kekuatan dalaman, bukan sekadar kekuatan akidah dan akhlak, bahkan daya tahan dalam pengurusan ekonomi dan tatakelola kerajaan di semua bidang.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan berikhtiar memperkukuh taffaquh fiddin dan penguasaan pelbagai bidang agar hasrat membangun umat dan negara dapat dicapai di atas landasan prinsip luhur dan akhlak yang benar.

Mengutus takziah kepada keluarga allahyarham saudara Shahrul Aman yang telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di Institut Kanser Negara (IKN). Beliau merupakan Setiausaha Agong kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), selain pernah memimpin Bersih sekitar tahun 2018. Mendoakan ruhnya diberi keampunan dan keluarganya diberi kekuatan setingginya saat ini.
ANWAR IBRAHIM
Foto: NST
ANWAR IBRAHIM
Foto: NST
Pagi tadi, saya meraikan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.
Ini merupakan lawatan rasmi julung kalinya beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.
Sebaik tiba di Perdana Putra, Presiden Muizzu dan delegasi beliau diberikan sambutan rasmi, diikuti pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Berlatarbelakangkan Masjid Putra, usai istiadat sambutan rasmi, saya dan Presiden Muizzu menghadiri mesyuarat terhad bersama kepimpinan kedua-dua negara bagi membincangkan isu-isu strategik, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan.
-
This morning, I welcomed the President of the Maldives, Dr Mohamed Muizzu, on his inaugural official visit to Malaysia, aimed at strengthening bilateral relations across various sectors.
This visit marks his first official trip to Malaysia since assuming office as President of the Maldives on 17 November 2023.
Upon his arrival at Perdana Putra, President Muizzu and his delegation were accorded an official welcoming ceremony, including an inspection of the Guard of Honour from the 1st Battalion of the Royal Malay Regiment.
Against the iconic backdrop of Putra Mosque, following the ceremonial proceedings, Muizzu and I convened a closed-door meeting with leaders from both sides to discuss strategic issues, particularly in the fields of trade and investment, the halal industry, education, tourism, youth, and sports.
π²πΎ π²π»

Saya dan Presiden Muizzu kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam Mesyuarat Dua Hala Malaysia dan Maldives.
Alhamdulillah, kami dapat menilai kerjasama antara kedua - dua negara dalam beberapa sektor meliputi perdagangan dan pelaburan, pengajian tinggi, pelancongan dan perubahan iklim.
Kami berkesempatan membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pertahanan, belia dan sukan, perbankan Islam, industri halal, pembanterasan rasuah, teknologi digital, solar dan kecerdasan buatan (AI).
Kami juga menyentuh soal serantau yang menjadi kepentingan bersama antaranya penyelesaian konflik dan misi kemanusiaan di Myanmar, genosid di Gaza selain isu tarif Amerika Syarikat.
Usai Mesyuarat Dua Hala, saya dan Presiden Muizzu menyaksikan majlis pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara merangkumi kerjasama dalam bidang pelancongan, sukan, dan kesihatan.
Kami turut menyaksikan Pertukaran Nota (EoN) berkaitan Latihan Diplomatik dan penubuhan Konsultasi Dua Hala antara Malaysia dan Maldives.
Dalam sidang media, kami menegaskan iltizam yang teguh untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Maldives ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.
Insya-Allah, segala hasil perbincangan yang telah dimuktamad akan dilaksanakan dengan penuh komitmen, teratur dan berkesan di peringkat kementerian, agensi, serta semua pihak berkepentingan yang terlibat.
======
President Muizzu and I led our delegations in the Malaysia-Maldives Bilateral Meeting.
We discussed enhancing cooperation in trade, education, tourism, climate change, defense, youth and sports, Islamic banking, halal industry, anti-corruption, digital tech, solar energy, and AI.
We also addressed regional issues, including the situation in Myanmar, Gaza, and U.S. tariffs.
After the meeting, we witnessed the signing of three MoUs in tourism, sports, and healthcare, along with the Exchange of Notes on Diplomatic Training and Bilateral Consultations.
Insha-Allah, we are committed to ensuring these discussions are fully implemented at the ministry and agency levels.
π²πΎπ²π»

Usai urusan rasmi, kami kemudian ke jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana sambil selingan persembahan tarian dan kebudayaan menemani sesi santai ini lantas memperlihatkan keindahan dan kepelbagaian warisan Malaysia.
Kehadiran para pelajar sekolah SK Presint 9 (2) yang penuh semangat patriotik turut memeriahkan lagi suasana sewaktu menyambut kehadiran delegasi.
Moga hubungan antara Malaysia dan Maldives terus kukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
//
After the official programs and meetings, we proceeded to a luncheon at Seri Perdana Complex, accompanied by vibrant cultural and traditional dance performances that showcased the richness and diversity of Malaysiaβs heritage.
The patriotic spirit of students from SK Presint 9(2) further enlivened the atmosphere as they warmly welcomed the delegation.
May the ties between Malaysia and Maldives continue to grow stronger for the prosperity of both nations.

Kami amat menghargai hubungan erat antara rakyat Malaysia dan Maldives yang telah terjalin sekian lama selain melihat potensi besar untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, inovasi digital, dan kelestarian alam sekitar.
Saya lontarkan harapan tersebut sewaktu Forum Perniagaan 2025 bersempena dengan lawatan rasmi Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu ke Malaysia hari ini.
Malaysia dan Maldives telah lama menjalin hubungan dua hala yang kukuh, berasaskan keserasian dalam dasar-dasar, sistem politik, dan persefahaman yang mendalam.
Dengan kepimpinan kerajaan semasa di Maldives, kini terdapat tekad yang jelas untuk memajukan negara tersebut dengan dasar yang lebih terarah.
Justeru, saya menegaskan bahawa Malaysia sedang mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam kalangan negara ASEAN serta dengan negara jiran seperti Maldives, bagi berkongsi aspirasi bersama ke arah pembangunan dan kemakmuran.
//
We value the longstanding ties between Malaysia and the Maldives and see great potential to expand collaboration in trade, investment, digital innovation, and sustainability.
Our countries share strong bilateral relations, familiar policies, and political systems. Under the current leadership, the Maldives is clearly determined to advance its development with greater policy clarity.
Therefore, Malaysia is intensifying efforts to strengthen cooperation within ASEAN and with neighbours like the Maldives to achieve shared aspirations for growth and prosperity.