Anwar Ibrahim (official)
35K subscribers
1.62K photos
196 videos
1 file
228 links
The Official Telegram Channel of Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾

Facebook: facebook.com/anwaribrahimofficial/
Instagram: instagram.com/anwaribrahim_my
Twitter : twitter.com/anwaribrahim
Download Telegram
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif, dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

Saya bangkitkan perkara tersebut sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 pagi ini.

Susulan kejayaan pelaksanaan SSPA Fasa 1 dan melalui proses libat urus yang berterusan, pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam telah dibincangkan, termasuk mengenai mobiliti dan portabiliti penjawat awam, demi memastikan mereka lebih berdaya saing di masa hadapan.

Saya percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam, serta kemampuan fiskal negara.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Kehadiran bulan Syawal adalah peluang mempererat hubungan dan memperbaiki komunikasi antara keluarga, kerabat, tetangga, dan juga antara satu sama lain termasuk di peringkat kementerian, organisasi dan juga agensi terkait.

Saya ambil kesempatan yang ada dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ini momen untuk mempererat ukhuwah mensyukuri nikmat Allah, dan memulai lembaran baru dengan hati yang bersih khususnya dalam menjalankan amanah sebagai penjawat awam demi kebaikan bersama dan kemajuan negara.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Binance, CZ untuk membincangkan potensi Malaysia sebagai hab utama dalam aset digital dan industri blockchain yang semakin berkembang.

Saya mengalu-alukan perbincangan berterusan bersama agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Digital untuk meneroka kaedah memudahcara dan mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, jelas bahawa kepimpinan kerajaan adalah penting dalam memacu penggunaan blockchain—seperti melalui pendigitalan dan meneroka tokenisasi instrumen kewangan dan kes penggunaan lain.

Dengan langkah yang betul, Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi digital global ini.

====

Today I had a productive meeting with CZ, founder of Binance, to discuss the potential for Malaysia to become a major hub in the growing digital assets and blockchain industry.

I welcome continued discussions with agencies such as the Securities Commission, Bank Negara Malaysia and the Ministry of Digital to explore ways to facilitate and promote responsible innovation.

At the same time, it’s clear that government leadership is essential in driving blockchain adoption—such as through digitisation and exploring tokenisation of financial instruments and other use cases.

With the right steps, Malaysia can position itself at the forefront of this global digital transformation.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sambil menyantuni warga kementerian dalam suasana yang santai dan harmoni.

Majlis ini menjadi peluang berharga untuk bertegur sapa, bertukar pandangan mengenai isu semasa, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Semoga Syawal ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai ruang memperkukuh ukhuwah dan semangat #MalaysiaMadani, Insya-Allah.

#MADANIBekerja
Malam tadi saya bersama 16 Ketua Negara/Kerajaan lain menyertai dialog maya yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PBB, TYT António Guterres dan Presiden Brazil, TYT Luiz Inácio Lula da Silva, sebagai persediaan kepada #COP30.

Kami bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam menangani perubahan iklim di samping membincangkan isu-isu berkaitan termasuk persediaan penetapan sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) yang akan datang.

Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk mengurangkan keamatan karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050. Matlamat ini disokong oleh dasar yang kukuh seperti Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) 2.0, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan pelaksanaan cukai karbon bermula tahun hadapan.

Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama global dan pembiayaan iklim yang adil, khususnya bagi negara membangun.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memacu tindakan iklim serantau yang lebih kukuh, memperjuangkan peralihan tenaga yang adil dan inklusif dan seterusnya meletakkan ASEAN sebagai hab untuk inovasi hijau dan pelaburan mampan.

======

I joined 16 other Heads of State/Government in a virtual dialogue on climate action, co-chaired by UN Secretary-General António Guterres and Brazilian President Luiz Inácio Lula da Silva, in preparation for #COP30. We exchanged views, shared best practices, and discussed pathways for stronger climate commitments including Nationally Determined Contribution (NDCs).

I reiterated Malaysia's firm commitment to tackling climate change, including our goals of reducing carbon intensity by 45% by 2030 and achieving net-zero emissions by 2050, supported by policies like DPIN 2.0, NETR, and the introduction of carbon tax.

I also emphasized the need for global cooperation and fair climate finance, especially for developing nations, leading up to #COP30 in Brazil this November.

As ASEAN Chair in 2025, Malaysia is committed to leading stronger regional climate action through greater cooperation, championing a just and inclusive transition as well as positioning ASEAN as a hub for green innovation and sustainable investment.
Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang menerima keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Teruskan usaha dan tekad kalian untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi. Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa.

Kerajaan MADANI sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem Pendidikan Tinggi yang berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara yang disempurnakan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Tahniah saya ucapkan kepada Tun Ramli Ngah Talib di atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang.

Foto: RPO

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Penuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Alhamdulillah dapat beramah mesra bersama tetamu berbilang bangsa yang hadir. Terima kasih atas jemputan dan ruangan untuk terus perkukuh silaturrahim sesama kita.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Sewaktu mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47, saya ulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik (domestic resilience) dalam ketidaktentuan ekonomi dunia melalui usaha-usaha mempercepatkan kelulusan projek-projek pembangunan yang akan membuka pasaran baharu.

Pihak terkait perlu memperkemas dan menyemak semula Standard Operating Procedure (SOP) proses kelulusan pembangunan sedia ada dan memantau secara berkala supaya negara sentiasa peka dan pantas mengadaptasi terhadap perkembangan situasi global.

Ini adalah ikhtiar Kerajaan MADANI supaya Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan dalam rantau ini.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Bagi tahun 2024, Iskandar Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan komited sejumlah RM41.4 bilion (kenaikan 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun 2023) dan nilai ini merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan.

Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.

Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan Asing sebanyak RM36.1 bilion dan Pelaburan Domestik sebanyak RM5.3 bilion hatta pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat.

Untuk itu, saya tekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja