Usai mesyuarat pembangunan, saya ke Stadium Perpaduan untuk meraikan Syawal bersama warga Bumi Kenyalang dalam Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025. Gembira melihat kemeriahan Aidilfitri diraikan bersama rakyat pelbagai kaum yang menggambarkan keutuhan perpaduan di Sarawak.
Sambutan Aidilfitri ini membawa makna yang lebih besar kerana ia ruang untuk kita bermaafan, merapatkan silaturahim, dan mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama.
Dalam ucapan, saya menyentuh perkembangan kemajuan Sarawak yang cukup pantas ketika ini. Di pentas antarabangsa, Sarawak dilihat sebagai wilayah yang berpotensi besar sebagai hab tenaga serantau. Sumbangan negeri ini kepada kekuatan ekonomi negara amat besar, dan ia membanggakan kita semua.
Sarawak menampilkan satu model pembangunan yang teguh, dengan pelaburan infrastruktur yang jauh lebih besar berbanding negeri lain, menggunakan dana negeri sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi hasil sistem politik yang stabil, kepimpinan berwawasan, serta semangat untuk mencungkil bakat dan memperkukuh pentadbiran.
Dunia hari ini tidak menentu tatkala ekonomi global terjejas akibat dasar tarif yang diputuskan secara sepihak. Dalam keadaan begini, kita perlu perkukuh daya tahan dan daya saing negara melalui pendidikan berkualiti, latihan kemahiran, dan pendekatan baharu dalam ekonomi.
Saya gembira melihat perkembangan positif di Sarawak dalam banyak bidang termasuk pendidikan, penyelidikan dan industri tenaga. Malah, inisiatif seperti pembangunan Hospital Kanser Kuching, yang didahulukan dana oleh Kerajaan Negeri, menunjukkan komitmen luar biasa untuk kebajikan rakyat.
Alhamdulillah, perkembangan positif Sarawak ini menyuntik keyakinan kepada saya bahawa jika semangat yang sama disemai di seluruh negara, Insya-Allah Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan gagah dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Sebelum mengakhiri kunjungan ke Sarawak, saya singgah ke Majlis Ramah-Tamah dan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Wisma SABATI.
Saya senang hati melihat rakyat Sarawak berbilang kaum meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga besar. Semangat kekeluargaan itu jelas terpancar dalam senyuman dan sapaan mesra daripada tetamu yang hadir.
Saya sempat beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar mereka, selain menjamu selera bersama teman-teman dan tetamu yang hadir dengan menikmati juadah tradisi yang membawa nostalgia setiap kali Syawal menjelma.
Terima kasih buat warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas sambutan yang cukup meriah dan bermakna. Semoga Aidilfitri terus menjadi wadah memperkukuh ikatan kita sebagai sebuah keluarga besar Malaysia, Insya-Allah.

Penghargaan setingginya kepada Presiden Xi Jinping yang memetakan Malaysia dalam kunjungan yang tidak kecil maknanya terutamanya kini di era yang mengasak ke arah kekacauan dan keberantakan.
China tidak hadir untuk menekan tetapi untuk bertaut ikatan yang sedia terjalin kurun lamanya, selain meneroka ruang serta peluang baru untuk memperkuat persahabatan.
Di pihak Malaysia, kita akan lakukan sedaya mungkin untuk menyemangati maksud dan iltizam ini atas nama keluarga besar Asia dan ASEAN demi kekuatan dan kestabilan rantau.
🇲🇾🇨🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja

Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa tak tau tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa depa mai pejabat tengok saya bekerja.
Malaysia dan China melakar sejarah baharu dengan termeterainya 31 perjanjian strategik yang merangkumi pelbagai bidang penting seperti keselamatan, teknologi digital, perdagangan, pengangkutan, pertanian, pendidikan, dan pelancongan.
Ini bukan sekadar kerjasama atas kertas, tapi satu usaha bersama untuk membawa lebih banyak peluang dan manfaat kepada rakyat.
Langkah ini bukti kesungguhan kerajaan dalam membina masa depan MADANI yang lebih makmur dan inklusif untuk semua.

Perubahan iklim: Tanggungjawab Kita Bersama
Saya tegaskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim bahawa usaha melindungi alam sekitar tidak boleh digalas kerajaan semata-mata hatta ia memerlukan kerjasama semua—termasuk sektor ekonomi, agensi berkaitan dan rakyat.
Negara seperti UK dan China telah buktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap, seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), mampu hasilkan pulangan dan membantu hadapi impak perubahan iklim.
Malaysia juga akan terus perkemas dasar dan perundangan berpandukan Perlembagaan dan kuasa negeri, supaya tindakan iklim dapat dilaksana secara berkesan di semua peringkat.
Langkah ini penting untuk memastikan negara kita kekal komited dengan Perjanjian Paris demi masa depan yang lestari.

Hari ini saya berkesempatan memenuhi undangan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang diraikan dalam suasana cukup meriah, gelak tawa, senyuman dan kemesraan jelas terasa di setiap penjuru.
Lebih daripada sekadar sambutan, inilah ruang untuk kita eratkan silaturrahim, raikan perbezaan dan kukuhkan perpaduan antara setiap lapisan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa.
Moga ukhwah ini terus kekal mekar, demi Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.

I am deeply saddened by the passing of His Holiness Pope Francis.
He will be remembered not only as the first pope from the Global South, but as a moral voice of compassion, humility and justice in a turbulent world. His commitment to interfaith understanding, environmental stewardship and the dignity of the marginalised resonated far beyond the Catholic Church.
Pope Francis was a steadfast advocate for peace, and his efforts to build bridges across faiths and cultures earned the respect of many, including in the Muslim world. He spoke with moral clarity on the immense suffering in Gaza, reminding the world that we must show the same compassion to all victims of violence, wherever they may be. He also championed the dignity of migrants and refugees, urging the international community to respond to their plight with humanity and conscience.
His life of service and quiet strength brings to mind the words of the Bard: “His life was gentle, and the elements so mix’d in him that Nature might stand up and say to all the world, ‘This was a man.’”
On a very personal note, I had the honour of visiting Pope Francis during his early days at the Vatican. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to the Holy See, to Catholics around the world, including especially to the Catholic community in Malaysia.
May his legacy endure.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP

Saya menerima berita pemergian isteri kepada Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak yakni Puan Noor Aishah pada usia 91 tahun. Perginya seorang tokoh wanita yang menjadi tunjang kekuatan Singapura di tahun-tahun pembentukan identiti nasional mereka amat mengusik jiwa.
Puan Noor Aishah tidak sekadar pendamping kepada seorang tokoh dan pemimpin negara, tetapi merupakan ikon kesetiaan dan kemuliaan budi yang menjadi teladan kepada wanita di rantau ini. Kesederhanaan beliau ternyata menjambatani hubungan antara pemimpin dengan rakyat terbanyak.
Lantas saya bersama seluruh rakyat Malaysia, menyampaikan ucapan takziah yang terdalam kepada keluarga almarhumah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
ANWAR IBRAHIM
Foto: ST

Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif, dan sejajar dengan keperluan semasa negara.
Saya bangkitkan perkara tersebut sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 pagi ini.
Susulan kejayaan pelaksanaan SSPA Fasa 1 dan melalui proses libat urus yang berterusan, pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam telah dibincangkan, termasuk mengenai mobiliti dan portabiliti penjawat awam, demi memastikan mereka lebih berdaya saing di masa hadapan.
Saya percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam, serta kemampuan fiskal negara.