Petang tadi, saya telah bertemu dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
Dalam pertemuan lebih satu jam ini, kami berbincang secara terbuka dan konstruktif, dengan tumpuan kepada keperluan mendesak untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan, termasuk penempatan segera sebuah hospital medan. Kami turut menyentuh kepentingan mengembalikan Myanmar kepada keadaan sediakala demi kestabilan dan keselamatan rakyatnya.
Insya-Allah, pagi esok saya akan bertemu dengan wakil-wakil Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Saya menyambut baik langkah-langkah awal yang diambil untuk meredakan ketegangan, termasuk pembebasan 4,800 tahanan malam tadi. Tindakan sebegini memberi isyarat yang cukup bermakna. Kita mesti terus menggalakkan semua pihak untuk berunding secara serius demi masa depan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya.
===
This evening, I met with Senior General Min Aung Hlaing, Chairman of the State Administration Council of Myanmar. We held a frank and constructive discussion, focused on the urgent humanitarian needs of the Myanmar people including the immediate deployment of a field hospital as well as the importance of returning the country to normalcy.
Tomorrow morning, I will meet with representatives of the National Unity Government (NUG).
I welcome recent steps to ease tensions, including the release, last night, of 4,800 detainees. Such gestures are a meaningful signal. We continue to encourage all parties to engage seriously in the interest of Myanmar’s stability and the wellbeing of its people.
#MalaysiaMADANI

Lewat petang semalam di kota Bangkok, saya telah mengadakan pertemuan bersama kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra.
Perbincangan yang mendalam ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau, termasuk percambahan idea ke arah menjamin keamanan yang berpanjangan di Myanmar sebagai prasyarat penting dalam memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berterusan kepada rakyatnya.
Kemudiannya pagi ini, saya mengadakan pertemuan maya selama 40 minit bersama U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, bagi membicarakan soal keperluan kemanusiaan yang semakin mendesak. Ini termasuk usaha memastikan bantuan disampaikan secara berkesan kepada mereka yang paling terjejas.
Kami turut bertukar pandangan mengenai kepentingan meneruskan dialog sebagai sebahagian daripada usaha ke arah perdamaian. Beliau menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan secara fizikal di Malaysia pada waktu yang sesuai. Sepertimana perbincangan saya bersama Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar semalam, dialog ini berlangsung dalam suasana yang terbuka dan membina. Keterlibatan kami dengan kedua-dua pihak diterima tanpa bantahan.
Saat ini usaha membina kepercayaan kekal keutamaan dan proses ini perlu terus diterajui di bawah kerangka ASEAN. Kita akan meneruskan usaha rundingan dan dialog ini dengan semua pihak demi keamanan, perdamaian dan kesejahteraan rakyat Myanmar.
===
Late yesterday evening in Bangkok, I held a meeting with the informal advisory group to the ASEAN Chair, chaired by former Thai Prime Minister Dr Thaksin Shinawatra.
The extensive discussion provided an opportunity for us to exchange views on a range of regional issues, including the generation of ideas towards ensuring lasting peace in Myanmar, which is critical to securing sustained humanitarian access to the country’s people.
Then this morning, I held a forty-minute virtual meeting with U Mahn Win Khaing Than of Myanmar’s National Unity Government (NUG). Our discussion focused on the urgent humanitarian needs of the Myanmar people and the importance of ensuring that assistance reaches those most in need.
We also exchanged views on the importance of continued dialogue. He expressed openness to the prospect of meeting in person in Malaysia at an appropriate time. As with my earlier meeting with the State Administration Council, the conversation was constructive. Neither side raised objections to our engagement with the other.
Trust-building remains essential, and it is vital that this continues to be an ASEAN-led effort. We will continue to engage all parties in support of peace, reconciliation and the well-being of the people of Myanmar.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN2025

Dalam sidang media di Bangkok hari ini, saya berkongsi hasil lawatan kerja bersama delegasi Malaysia ke Thailand, termasuk beberapa pencapaian penting dalam kerjasama dua hala susulan pertemuan dengan PM Paetongtarn Shinawatra semalam.
Antara pencapaian paling bermakna ialah termeterainya perjanjian yang telah lama dinanti-nantikan bagi membolehkan pembinaan Jambatan Persahabatan Rantau Panjang-Sungai Golok, yang akan meningkatkan keterhubungan serta menyuntik nafas baharu kepada ekonomi tempatan di kedua-dua belah sempadan.
Saya turut memaklumkan hasil pertemuan dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam, di mana saya menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan keperluan menghentikan pertempuran dan melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan akses bantuan kemanusiaan yang mendesak kepada rakyat Myanmar.
Saya turut menyatakan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua komuniti yang terjejas, tanpa mengira penjajaran politik mahupun geografi, dan beliau menyatakan komitmen terhadap perkara ini.
Saya turut mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN, yang diketuai Dr Thaksin Shinawatra dan dianggotai tokoh-tokoh kanan serantau, sebelum mengadakan pertemuan maya dengan U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar.
Saya akan membentangkan hasil pertemuan ini kepada rakan-rakan pemimpin ASEAN untuk tindakan selanjutnya. Saya percaya usaha mewujudkan keamanan berpanjangan di Myanmar akan lebih berkesan jika digerakkan di bawah kerangka ASEAN tanpa campur tangan pihak ketiga.
Berakhir sidang media, saya langsung ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Alhamdulillah, meskipun singkat namun lawatan kerja ini telah membuahkan hasil yany cukup bermakna untuk persahabatan erat Malaysia-Thailand dan komuniti ASEAN.
====
At a press conference in Bangkok today, I shared the outcomes of my working visit to Thailand, including key developments in our bilateral cooperation following my meeting with PM Paetongtarn Shinawatra yesterday.
A major milestone was the long-awaited agreement of the Rantau Panjang–Sungai Golok Friendship Bridge. This project will boost cross-border connectivity and breathe new life into local economies on both sides.
I also shared the outcome of my meeting with Senior General Min Aung Hlaing, where I underscored the urgent need to end hostilities and extend the ceasefire to allow humanitarian aid to reach the people of Myanmar. He conveyed his commitment to this effort.
This message was echoed in my engagements with the Informal Advisory Group to the ASEAN Chair, led by Dr Thaksin Shinawatra, and during a virtual meeting with U Mahn Win Khaing Than of the National Unity Government (NUG).
ASEAN must create the conditions for all parties in Myanmar to be heard as peace is not the prerogative of any one faction, and the future of Myanmar must be decided by its people. I will be briefing fellow ASEAN leaders on these efforts, which I believe are best advanced within ASEAN’s framework, free from any interference.
🇲🇾🇹🇭

Lawatan negara Presiden China Xi Jinping dan delegasi ke Malaysia menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh persahabatan yang telah lama terjalin.
Kita merintis jalan ke arah masa depan yang lebih makmur, stabil, dan penuh harapan untuk rakyat kedua-dua negara serta rantau ini.
Bersama, kita memperkukuh ikatan sejarah, memupuk persefahaman budaya, dan membina masa depan yang lebih makmur untuk generasi akan datang.

Usai lawatan ke Bangkok, Thailand, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan (MOF).
Saya dan Azizah menjamah beberapa juadah dan minuman disediakan, Alhamdulillah, semuanya enak dan membangkitkan suasana kemeriahan Syawal.
Dalam menyambut bulan yang mulia ini, Hari Raya Aidilfitri wajar dijadikan ruang untuk kita memperkukuh ukhuwah dan silaturrahim — bukan sahaja sesama ahli keluarga, tetapi juga rakan sekerja dan sahabat handai.
Majlis ini menjadi wadah untuk warga MOF serta agensi-agensi berkaitan bertemu muka, beramah mesra, dan menyambut Syawal dalam suasana sederhana namun penuh erti.

Selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday kepada semua yang meraikannya.
Saya mengajak kita semua untuk bersama-sama menyemai semangat kasih dan saling menghargai dengan menyampaikan ucapan yang indah kepada rakan-rakan yang merayakan perayaan ini.
Semoga keharmonian yang kita kecapi terus terpelihara, dan kemajmukan masyarakat kita menjadi kekuatan yang menyatukan.

Kesedaran individu, tahap kefahaman dan keprihatinan terhadap isu sosial, nilai moral, dan tanggungjawab sebagai warganegara, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang progresif dan negara yang sejahtera.
Saya tekankan perkara tersebut ketika berkongsi pandangan dalam Forum Ilmuwan Madani (FIM) Siri 5 malam ini, bahawa perubahan bermula dari diri sendiri sebelum mampu memberikan kesan besar kepada negara secara menyeluruh.
Elemen kesedaran dalam masyarakat ini perlu mengambil kira perubahan dunia semasa, termasuk kecanggihan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang banyak mempengaruhi masyarakat dari segi kemajuan dan gaya hidup.
Namun, teknologi ini memerlukan kawalan dan penyesuaian agar manfaatnya dapat dinikmati secara adil dan beretika.
Justeru, apabila saya mencadangkan penubuhan Fakulti AI, ia adalah satu langkah penting dan selari dengan arus perubahan dunia, yang menuntut kebersamaan semua pihak agar kita mampu dan bersedia menghadapi cabaran mendatang.
Di akhir majlis, saya menitipkan pesanan bahawa lonjakan dan perubahan adalah kunci sekiranya kita ingin membentuk sebuah negara yang benar-benar maju.

Lawatan rasmi saya ke Thailand membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Thailand. Dalam pertemuan bersama PM Paetongtarn Shinawatra, kami sepakat mempererat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan wilayah bersempadan.
Isu Myanmar turut menjadi agenda utama. Saya mengambil peluang bertemu SAC dan NUG Myanmar serta kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi mendengar secara langsung pandangan semua pihak, dengan matkamat mempermudah akses kemanusiaan yang amat mendesak dan menghentikan keganasan secara menyeluruh.
Saya tekankan keperluan pendekatan yang berprinsip, inklusif dan berlandaskan nilai kemanusiaan sejagat. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan terus menyumbang secara konstruktif ke arah penyelesaian yang lebih mampan dan bermaruah untuk rakyat Myanmar di bawah kerangka ASEAN.
Saya turut bertemu pelabur utama dan captain of industries Thailand, bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia. Hubungan ekonomi serantau yang kukuh adalah kunci kemakmuran bersama.
====
My official visit to Thailand marked a new chapter in strengthening Malaysia–Thailand relations. In my meeting with Prime Minister Paetongtarn Shinawatra, we committed to enhancing bilateral efforts in trade, investment, border security, and the development of our shared border regions.
The Myanmar crisis was also a central focus. I held discussions with the SAC, NUG, and the informal consultative group to the ASEAN Chair to hear their perspectives directly. Our goal is to facilitate urgent humanitarian access and bring an end to the ongoing violence.
I also met with leading Thai investors and captains of industry who expressed strong interest in Malaysia’s economic trajectory. We are laying the groundwork for a future where regional prosperity is shared, sustainable, and driven by high-quality, strategic investments.

Pagi tadi saya berangkat ke Kuching, Sarawak bagi menyusun beberapa perencanaan terkait pembangunan di negeri ini. Usai tiba, saya terus ke Wisma Bapa Malaysia untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sarawak.
Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg; Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof; serta barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Dalam mesyuarat ini, saya menegaskan keperluan agar seluruh jentera kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri untuk bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat.
Segala perancangan harus segera diterjemah kepada pelaksanaan demi memperkukuh daya tahan dalaman ekonomi negara terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelangsungan kita.
Saya turut mendengar pembentangan berkaitan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak serta insentif cukai Bank Pembangunan Sarawak yang berpotensi memperkukuh ekonomi negeri dan menjana limpahan manfaat kepada rakyat Sarawak, dan Malaysia secara keseluruhan.
Mesyuarat turut membincangkan hala tuju serta keutamaan projek-projek pembangunan di Sarawak agar diselaraskan dengan perancangan Persekutuan. Semoga usaha bersama ini terus menyuburkan kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh warga Bumi Kenyalang.

Usai mesyuarat pembangunan, saya ke Stadium Perpaduan untuk meraikan Syawal bersama warga Bumi Kenyalang dalam Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025. Gembira melihat kemeriahan Aidilfitri diraikan bersama rakyat pelbagai kaum yang menggambarkan keutuhan perpaduan di Sarawak.
Sambutan Aidilfitri ini membawa makna yang lebih besar kerana ia ruang untuk kita bermaafan, merapatkan silaturahim, dan mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama.
Dalam ucapan, saya menyentuh perkembangan kemajuan Sarawak yang cukup pantas ketika ini. Di pentas antarabangsa, Sarawak dilihat sebagai wilayah yang berpotensi besar sebagai hab tenaga serantau. Sumbangan negeri ini kepada kekuatan ekonomi negara amat besar, dan ia membanggakan kita semua.
Sarawak menampilkan satu model pembangunan yang teguh, dengan pelaburan infrastruktur yang jauh lebih besar berbanding negeri lain, menggunakan dana negeri sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi hasil sistem politik yang stabil, kepimpinan berwawasan, serta semangat untuk mencungkil bakat dan memperkukuh pentadbiran.
Dunia hari ini tidak menentu tatkala ekonomi global terjejas akibat dasar tarif yang diputuskan secara sepihak. Dalam keadaan begini, kita perlu perkukuh daya tahan dan daya saing negara melalui pendidikan berkualiti, latihan kemahiran, dan pendekatan baharu dalam ekonomi.
Saya gembira melihat perkembangan positif di Sarawak dalam banyak bidang termasuk pendidikan, penyelidikan dan industri tenaga. Malah, inisiatif seperti pembangunan Hospital Kanser Kuching, yang didahulukan dana oleh Kerajaan Negeri, menunjukkan komitmen luar biasa untuk kebajikan rakyat.
Alhamdulillah, perkembangan positif Sarawak ini menyuntik keyakinan kepada saya bahawa jika semangat yang sama disemai di seluruh negara, Insya-Allah Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan gagah dan bermaruah.