Aman Palestin Berhad πŸ‡΅πŸ‡Έ
26.1K subscribers
25.7K photos
3.61K videos
32 files
11K links
Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!

Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
Download Telegram
24 SEPTEMBER 2024 - Jumlah mangsa serangan Tentera Rejim Isr4el di Lubnan:

🚨 syahid - 569 orang
🚨 Cedera - 1,835 orang

Sumber: Al-Jazeera, Kementerian Kesihatan Lubnan
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Buat pertama kali dalam sejarah pertempuran, peluru berpandu dilancarkan ke arah Tel Aviv dari Lubnan.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aktivis anti-perang di New Yok melaksanakan demonstrasi membantah kerjasama yang berterusan dengan Isr4el dan menuntut untuk AS menghentikan sebarang penyaluran bantuan senjata ke Isr4el.

Sumber: Al-Jazeera
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Senator AS Bernie Sanders berkata beliau secara rasmi memperkenalkan rang undang-undang untuk menyekat lebih daripada USD 20 billion dalam penjualan senjata AS kepada Israel ketika perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan di Gaza semakin menghampiri tahun kedua.

Sanders berkata AS tidak boleh "bersubahat dalam bencana kemanusiaan ini."

"Kebanyakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza ini telah dilakukan dengan peralatan ketenteraan yang disediakan AS," tambah Sanders.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Hasan Abdullah melaporkan keadaan terkini di Lubnan yang berhadapan dengan serangan Tentera Rejim Isr4el sehingga mengorbankan ahli tertinggi Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).

Sumber: TRT World
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tentera Rejim Israel berkata mereka memulakan pencerobohan darat "terhad dan setempat" di Lubnan dan akan diteruskan mengikut penilaian situasi serta selari dengan perang di Gaza.

Satu kenyataan tentera berkata pada awal Selasa bahawa "selaras dengan keputusan pihak atasan politik, beberapa jam yang lalu, IDF memulakan serangan darat yang terhad, setempat dan disasarkan berdasarkan risikan yang tepat terhadap sasaran dan infrastruktur Hizbullah di selatan Lubnan."

Sumber: TRT World
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Wartawan Gaza, Anas Al-Sharif: Buat pertama kali dalam setahun penuh, saya melihat orang gembira di jalanan.

Sumber: X Anas Al-Sharif
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah sudah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Isr4el sebelum beliau dibunuh dalam serangan udara Rejim Isr4el di Beirut, Lubnan, menurut Abdallah Bou Habib, Menteri Luar Lubnan dalam temu ramah PBS.

"Dia sudah bersetuju. Ya, pihak Lubnan bersetuju. Kami berbincang dengan Hizbullah, (Jurucakap Parlimen Lubnan, Nabih Berri) berbincang dengan Hizbullah, dan kami memaklumkan kepada AS dan wakil Perancis," kata Bou Habib.

Sumber: Middle East Eye
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI 🚨

3 rakyat Lubnan cedera dalam serangan dron Israel yang menyasarkan pinggir selatan Beirut.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Aktivis Pro-Palestin berkumpul sempena memperingati nama-nama rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan kejam Tentera Rejim Isr4el sejak 7 Oktober tahun lalu.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
TERKINI | Pertahanan Awam Lubnan: Satu kematian dan 3 cedera dalam serbuan Tentera Rejim Israel yang menyasarkan bandar Saeeda, barat Baalbek, di Bekaa, timur Lubnan.

Sumber: Al-Qastal
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Radio Tentera Isr4el tentang pejabat Ben Gvir: Langkah keselamatan diperkukuh di sekitar pejabat pengarah Ben Gvir selepas menerima maklumat risikan yang menunjukkan bahawa terdapat risiko pembunuhannya.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gaza terus menerima serangan Tentera Rejim Isr4el dan angka mereka yang terkorban sudah melepasi 42,000.

Sumber: TRT World
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tentera Rejim Isr4el mengesahkan serangan mereka ke atas khemah-khemah di Hospital Al-Aqsa di Deir Al-Balah, Gaza.

Tentera Rejim Isr4el: "Dengan arahan daripada IDF dan risikan ISA, Tentera Udara Rejim Isr4el IAF melakukan serangan tepat ke atas anggota yang beroperasi di dalam pusat arahan dan kawalan di kawasan Deir al-Balah.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Selama lebih seminggu, tentera Israel telah menjalankan serangan intensif di Gaza Utara. Mereka telah mengarahkan semua penduduk awam di utara Gaza City untuk berpindah dan menghalang kemasukan makanan ke kawasan tersebut sejak awal bulan ini, menurut Program Makanan Sedunia (WFP).

Sumber: Astro Awani
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Portal Axios:

πŸ“ Amos Hochstein, utusan Presiden AS, melawat Beirut hari ini untuk membincangkan kemungkinan mencapai penyelesaian diplomatik dengan pegawai Lubnan.

πŸ“ Isr4el menyerahkan dokumen kepada Washington minggu lalu mengenai syaratnya untuk mencapai penyelesaian diplomatik untuk menamatkan perang di Lubnan.

πŸ“ Isr4el menetapkan bahawa menamatkan perang Lubnan membenarkan tenteranya mengambil bahagian dalam β€œpelaksanaan yang berkesan” untuk memastikan Hizbullah tidak akan dipersenjatai semula.

πŸ“ Isr4el menetapkan bahawa untuk menamatkan Perang Lubnan, tentera udaranya harus beroperasi secara bebas di ruang udara Lubnan

πŸ“ Seorang pegawai Amerika mengatakan bahawa Lubnan dan komuniti antarabangsa tidak mungkin bersetuju dengan syarat Isr4el.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Laporan keadaan terkini Imran Jaber, salah seorang yang terkepung di Jabalia:

⭕️ Makanan hampir terputus dan air tidak boleh diminum.

⭕️
Tiada susu untuk anak, dan ibu mencampurkan kanji dan tepung dengan air dan gula.

⭕️
Tentera Rejim Isr4el mengenakan pengepungan ke atas rakyat dan menyasarkan setiap orang yang bergerak.

⭕️
Kami tinggal di rumah yang sebelum ini dibom.

⭕️
Kami menggunakan fabrik khemah dan beberapa kayu untuk perabot kerana ketandusan kayu api.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gabungan Kumpulan Pejuang Palestin mengecam tindakan beberapa saluran satelit Arab yang didakwa menyokong naratif Zionis dalam laporan berita mereka.

Menurut kenyataan media dari gabungan tersebut, saluran berkenaan dikatakan menyiarkan agenda yang mencurigakan dan memburukkan pejuang Palestin serta perjuangan rakyat mereka.

Sumber: Dunia Palestin
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
TERKINI | Media Lubnan: Angka kematian akibat pencerobohan Tentera Rejim Israel ke atas kejiranan Nabi Inaam di bandar Baalbek meningkat kepada 6 terkorban dan 7 yang lain cedera.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad