AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Secara tepat seramai empat ADUN daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Bebas terlibat dalam apa yang berlaku di Melaka.

Justeru propaganda mahu menyalahkan parti UMNO disebalik apa yang berlaku tidak rasional kerana wakil rakyat PPBM dan Bebas turut terlibat.

Secara harfiah (literally) apa yang terjadi disebabkan masalah dalaman di Melaka dan ia melibatkan wakil rakyat daripada beberapa parti yang diketahui.

Bagaimanapun seperti kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas berjumpa dengan ahli UMNO di Melaka.

Nasi sudah menjadi bubur. Maka parti perlu bersiap siaga mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika itu ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerana itu saya pernah menyatakan di Dewan Rakyat jika benar kerajaan Melaka sudah tumbang elok kita kembalikan mandat kepada rakyat.

Tetapi saya tidak mengulas lebih ketika itu disebabkan masa untuk bercakap adalah terhad sedangkan banyak lagi hal rakyat perlu diketengahkan kepada dewan.

Kemudian pada sidang media di bangunan Parlimen saya menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pendirian saya.

Walaupun langkah terbaik untuk menangani kemelut di Melaka dengan mengadakan PRN, namun masih perlu mengambil kira faktor lain.

Maka sebaiknya ia diputuskan SPR selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dan sehingga sebarang pilihan raya mungkin diumumkan oleh SPR, Ketua Menteri Melaka akan berfungsi dalam bentuk "care taker goverment".

#PRNMelaka
#UMNOBNSiapSedia
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/401923774638210/?d=n
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021.

Inilah suatu pilihan raya di luar jangka, namun gendang telah dipalu maka membujur lalu melintang patah.

Walau apa cabaran UMNO akan depani demi tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Dan syukur ke hadrat Ilahi jentera UMNO bagi PRN Melaka telah pun dilancarkan dengan semangat membara.

Seluruh ahli, penyokong dan pendokong UMNO siap siaga memastikan kemenangan milik mereka.

Tiada kawasan panas atau sejuk, hitam atau putih, UMNO akan harungi dengan keazaman yang jitu.

UMNO bertindak dan berstrategi secara kolektif. InsyaAllah kemuafakatan itu membawa kepada kejayaan.

#PRNMelaka
#JenteraUMNO
#UmnoDuluKiniDanSelamanya

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/410010473829540/?d=n
Sesiapa sahaja boleh membuat andaian tentang apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Walau apa telahan mahupun pandangan, penentu sebenar adalah rakyat Melaka yang berkuasa untuk memilih.

Mandat telah pun dikembalikan kepada mereka untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir Melaka.

Maka kita meyakini kebijaksanaan orang Melaka memilih parti politik yang terbaik kali ini kerana sejarah mendewasakan.

Secara umum persepsi rakyat terhadap parti-parti politik sudah jauh berubah selepas PRU-14.

Dulu sebahagian rakyat digoda dengan pelbagai janji manis dan hasutan politik kebencian terhadap UMNO.

Hari ini orang Melaka sudah merasai dan mengetahui natijah politik tipu daya yang merosakkan seperti itu.

Maka PRN Melaka langkah pertama untuk rakyat Malaysia memperbetulkan keadaan dan "restore" kemakmuran.

InsyaAllah Melaka akan memilih UMNO/BN kerana itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#barisannasional

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/411569603673627/?d=n
Seluruh ahli dan penyokong UMNO ayuhlah kita bersama dan berpadu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Inilah saat untuk kita para pendokong UMNO membuktikan kemuafakatan dan mempersembahkan sebuah kekuatan.

Janganlah ada lagi yang terkilaf keteguhan hati kerana itulah yang melemahkan dan meruntuhkan UMNO suatu ketika dulu.

UMNO rumah kita sejak dulu kini dan selamanya maka hayatilah, fahamilah jasa dan bakti serta kesetiaannya.

Renungilah, pelajarilah dan insafilah apa yang terpaksa rakyat dan negara hadapi apabila UMNO tertewas angkara tipu daya 2018.

Kini tiba masa untuk kita bergandingan bahu, berpakat dan bersama menebus kebenaran.

PRN Melaka adalah permulaan sebelum ke medan pertempuran paling utama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Maka menangilah dan kuasailah ia sebagai azimat penguat semangat demi UMNO untuk agama, bangsa, negara.

Ketepikan suara-suara yang cuba meleraikan dan melemahkan kerana kini masa untuk UMNO bangkit.

Orang Melaka tegakkanlah panji-panji UMNO dan Barisan Nasional (BN) penuh megah di seluruh Melaka apabila tiba masanya.

PRN Melaka permulaan kita. PRU-15 merupakan destinasi kita. Kemakmuran rakyat dan negara adalah misi kita.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#barisannasional
Saksikan betapa hebat aura penuh semangat menyinari segenap Majlis Pelancaran Jentera BN malam tadi.

Alhamdulillah riak serta raut setiap yang hadir sarat dengan keazaman dan keyakinan membara menuju medan PRN Melaka.

Mereka di pentas, di depan pentas, di kiri dan kanan pentas, di luar dewan, di dalam dewan, di dalam bangunan dan seluruhnya.

Selepas pelbagai onak dan duri diharungi kini bersepakat memadam apa jua perbezaan demi Melaka dan rakyatnya.

InsyaAllah ini suatu lagi gambaran petanda awal kesinambungan kejayaan berterusan BN mendepani pilihan raya.

Saksikan juga empat parti komponen BN sekali lagi bergandingan untuk PRN Melaka yang sangat penting sebelum PRU-15.

Gandingan paling terbukti permah menerajui negara dan negeri-negeri dalam Malaysia penuh saksama dan berwibawa.

Maka kepada seluruh rakyat Melaka marilah bersama mengembalikan kerajaan BN demi kesejahteraan masa lalu.

BN telah bersedia untuk anda semua maka sambutlah tangan kami kawan untuk masa depan Melaka negeri tercinta.

Lupakan segala fitnah, penipuan dan pembohongan yang pernah memanipulasi.Janganlah diri dipatuk dua kali.

Biarkan saja 'ulau itu melingkau di atas pagau'. Kali ini orang Melaka 'benau-benau' kasi 'gegau' demi menebus kekhilafan lalu.

#PRNMelaka
#JenteraBN
#OrangMelakaPilihBN

https://fb.watch/8W1J0_ulqq/
Kita faham ada pihak gembira menyaksikan rakyat kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sebanyak RM10,000.

Mereka fikir keadaan itu akan memberi manfaat politik buat mereka dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Tanpa mereka sedari tahap kecaknaan majoriti rakyat Malaysia termasuk orang Melaka yang akan mengundi pada 20 November ini tidak sama seperti tiga tahun lepas.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018 telah mengajar rakyat untuk meneliti setiap keadaan dan menilai apa yang sebenar disebaliknya.

Mereka kini tahu maklumat manakah yang disampaikan kepada mereka tentang sesuatu perkara adalah fakta dan maklumat manakah yang bersifat auta.

Dalam isu dana KWSP, mereka tahu pihak manakah yang sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP semasa dalam kesusahan akibat Covid-19.

Mereka juga tahu pihak manakah yang sentiasa berusaha memberi alasan demi alasan untuk menafikan hak mereka mendapatkan wang berkenaan.

Dan pada hari ini mereka tahu pihak manakah yang terus mendesak pengeluaran wang KWSP sebagai "effort" membantu kelangsungan hidup rakyat.

Maka mengapa perlu mereka menyalahkan pihak yang telah dan sedang berusaha membantu mereka mendapatkan pengeluaran wang KWSP seterusnya?

Keadaan itu sebenarnya satu lagi bukti mengapa rakyat perlu memastikan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula sebuah kerajaan yang solid dan teguh.

Supaya dapat meneruskan apa sahaja agenda dan perancangan membantu kesejahteraan hidup rakyat secara mutlak tanpa terikat dengan pihak yang bercanggah.

InsyaAllah sgala-galanya akan bermula di Melaka.

#kwsp
#i-citra
#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/418916632938924/?d=n
Marah benau pendokong PPBM kerana UMNO tidak bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semakin kuat pula merentan serba tidak kena mengata itu dan ini tentang UMNO sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini dengan angkuh PPBM dilapor mahu 'langgar' UMNO di Melaka, tetapi masih merungut tidak sudah-sudah.

Sehingga sanggup melancarkan propaganda tidak masuk akal konon majoriti ahli UMNO mahu bersama PPBM.

Menuduh UMNO tidak dapat bekerjasama dengan mereka disebabkan keegoan pimpinan UMNO.

Sedangkan ramai mengerti seperti apa yang kerap kali diperjelaskan bahawa itu adalah keputusan parti.

Keputusan akar umbi UMNO yang bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan PPBM.

Seperti yang ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 kira-kira 8 bulan yang lalu.

Rakyat mengerti mengapa PPBM menggelisah begitu teruk disebabkan pendirian UMNO itu.

Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan kezaliman mereka.

Berpakat bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk memfitnah UMNO dan para pemimpinnya sejak 2016.

Bergandingan bersama DAP dan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.

Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri.

UMNO tenang-tenang sahaja. Kita fokus kepada gerak kerja bersama rakyat untuk BN kembali mentadbir Melaka.

Menerangkan rekod dan kemampuan kerajaan BN memakmurkan rakyat serta negeri Melaka.

Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu PPBM dan PH.

Kita perlu meyakini kebijaksanaan orang Melaka dalam menilai apa yang benar dan terbaik untuk masa depan mereka.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/419620726201848/?d=n
Kita menghormati ketetapan kepimpinan PAS untuk bersama PPBM dalam PRN Melaka.

Maka kita berharap pemimpin PAS juga menghormati ketetapan parti UMNO tidak bersama dengan PPBM.

Sesungguhnya UMNO tidak pernah berhasrat mendesak atau mengugut PAS supaya tidak bersama PPBM.

Setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.

Bagi UMNO setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara.

Benar beberapa hari lalu UMNO membangkitkan tentang ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Iaitu keputusan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada mesyuarat 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

Perkara itu diiungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama PAS bagi berdepan PRN Melaka.

Walaupun UMNO sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun dibawah panji BN.

Asas persefahaman dengan PAS iaitu berpandukan kepada prinsip PAS akan menggunakan lambang partinya sendiri.

Bagaimanapun pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan Muafakat Nasional itu kerana mahu bersama PPBM.

Meskipun ia bermakna PAS perlu menggunakan logo PN seperti yang dikehendaki PPBM ke atas mereka.

#prnmelaka
#muafakatnasional
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/421498319347422/?d=n
Seramai 28 calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menterjemahkan suatu bukti yang nyata.

Bukti bahawa BN terus membawa naratif politik berlandaskan semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

Calon UMNO bersama MCA dan MIC sekali lagi berpadu sebagai suatu wadah gabungan politik membawa harapan sebenar rakyat.

BN akan kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU-14.

BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018.

Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya.

Justeru, rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi.

Dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 November 2021.

Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti.

Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti

Ayuh kita bersama kembalikan kestabilan dan kemakmuran yang dirindui.

#prnmelaka
#birubn
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/422800652550522/?d=n
Orang Melaka perlu berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter yang sedang diulangi dalam PRN Melaka.

"Character assassination" yang bertujuan merosakkan nama baik calon BN seperti mana dilakukan dalam PRU Ke-14.

Bertujuan memperdaya perhatian rakyat daripada isu-isu mendasar kepada isu-isu yang menyerang peribadi calon BN.

Bagaimanapun saya yakin rakyat Melaka berfikiran rasional dan dapat menilai propaganda yang memanipulasi.

BN bercerita tentang mengembalikan kestabilan demi kemakmuran Melaka, mereka pula gigih memperlekeh calon BN.

Semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.

Kita sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi.

Apa yang kita perdebatkan kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti.

Fokus utama adalah tentang BN kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara.

Justeru misi rakyat Melaka memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini juga merupakan misi seluruh rakyat Malaysia.

#PRNMelaka
#BNPilihanRakyat
#KestabilanDemiKemakmuran
Semakin dekat dengan tarikh mengundi Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka. Saya amat yakin sesungguhnya rakyat seluruh negeri Melaka sudah kenal dan faham apa yang mereka harus undi nanti.

Pakatan Harapan (PH) datang lagi dengan janji-janji manis barunya sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.

Namun terdapat banyak perkara yang sangat mengelirukan dalam janji mereka kepada rakyat Melaka kali ini.

Mahu menggubal enakmen anti-lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, tetapi inilah parti yang mengiktiraf `katak berprinsip'

Mahu mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco, tetapi inilah parti politik yang memperkecilkan peranan Ketua Pembangkang semasa menjadi kerajaan.

Mahu memberi hak peruntukan tahunan setara kepada setiap ADUN tanpa mengira parti, tetapi merekalah yang menafikan hak itu semasa berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan

Mahu mewujudkan peluang pekerjaan baharu di PBT dan GLC, tetapi inilah parti yang pernah kata saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar dan patut dikurangkan.

Realitinya inilah antara yang baharu dijanjikan mereka, tetapi terbukti dilaksanakan secara "vice versa" sepanjang 22 bulan mentadbir negara.

Bukan mahu mengungkit, tetapi ia "case study" yang wajar dijadikan rujukan oleh pengundi Melaka dalam menilai janji-janji bulan dan bintang.

Seperti dikatakan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan cukup-cukup sudah terpedaya dengan janji tidak munasabah dan tidak realistik.

Bacalah dan nilailah manifesto BN bagi PRN Melaka maka pasti akan mendapati ia suatu yang jujur, "real" serta berpijak di bumi yang nyata.

BN buat apa BN janji kepada rakyat terbukti sejak sekian lama. BN malah ada "track record" pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan iltizamnya.

Namun malangnya pada PRU-14 bersamaan 9 Mei 2018 ia telah dikaburi dengan fitnah dan pernainan persepsi mereka yang sangat rakuskan kuasa.

Sehingga telah memperdayakan rakyat dan InsyaAllah rakyat tidak terpedaya lagi. Orang Melaka akan buktikan.

Awas janji palsu sedang berkeliaran.

#prnmelaka
#bnpilihanrakyat
#KestabilanDemiKemakmuran

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/424755182355069/?sfnsn=mo
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden PPBM dalam ucapan beliau "mengisytiharkan" sejarah Barisan Nasional (BN) telah berakhir.

Sedih kata-kata penghinaan itu dilontarkan oleh seseorang yang sebelum ini menempa nama dalam dunia politik menggunakan dokongan dan sokongan dari ahli akar umbi BN.

Tidak mengapalah Pengerusi PN mahu menyatakan apa pun kerana pendokong dan penyokong BN yang setia lebih mengenali perjuangan BN tiada penghujung noktahnya.

Rakyat juga telah melihat BN tidak pernah berundur daripada menjaga kepentingan mereka walau pernah dirobek angkara fitnah dan tipu daya pada PRU-14 yang lepas.

Pelbagai tohmahan, fitnah, cercaan, kejian, hinaan dan cacian dilemparkan dari pelbagai hala ditujukan kepada BN. Tidak pernah mengurangkan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seluruh pendokong dan penyokong Barisan Nasional di seluruh negara.

Yakinilah sejarah BN tidak akan terhenti dan sentiasa terus membara selagi ada daya dan upaya, ilham dan kudrat anugerah Ilahi.

Penghinaan Pengerusi PN itu malah akan menguatkan semangat seluruh jentera, ahli dan penyokong BN untuk memenangi PRN Melaka kali ini.

Seluruh jentera, ahli dan penyokong BN berpadu dengan semangat membara untuk membuktikan kepadai PN bahawa sejarah BN belum berakhir.

Dan ternyatalah keputusan akar umbi UMNO pada Perhimpunan UMNO 2020 untuk tidak bekerjasama dengan PPBM merupakan satu langkah yang tepat.

Kata-kata Presiden PPBM itu sekaligus menyerlahkan sebuah hipokrasi yang mencerminkan nawaitu sebenar PPBM ke atas BN dan UMNO amnya.

#sejarahbnbelumberakhir
#prnmelaka
#BNPilihanRakyat
Saya dimaklumkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di Melaka ketika ini sedang giat berkempen tidak kira malam atau siang, hujan mahupun panas.

Walau ada percubaan melemahkan semangat jentera-jentera BN, ternyata itu tidak sedikit pun melunturkan keyakinan mereka terhadap perjuangan ini.

Saya sangat terharu mendengar perkhabaran tersebut. Mereka terus bergerak tanpa henti. Itulah sebuah jasa dan bakti yang amat besar ertinya.

Bukan sahaja kepada Melaka, malah seluruh rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk menyaksikan langkah pertama BN mengembalikan kestabilan demi kemakmuran bermula di Melaka Inshaa Allah.

Saya dari kejauhan sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus memenangkan calon BN calon rakyat tanpa mengenal erti penat lelah.

Semoga sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Agung tidak kira di mana mereka berada di Melaka, demi sebuah perjuangan yang murni dan penuh bermakna.

Ketahuilah bahawa seluruh jentera BN yang terlibat pada PRN Melaka kali ini akan tercatat dalam sejarah sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula BN.

Kebangkitan BN untuk kembali sebagai parti teras mentadbir negara dan negeri-negeri seperti kegemilangan masa lalu yang sangat dirindui rakyat Malaysia.

Yakinilah bahawa perjuangan itu sebuah perjuangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang tulen bagi menegakkan kebenaran demi masa depan rakyat dan negara.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berkatilah rahmatilah redhailah perjuangan seluruh jentera BN di Melaka. Perkukuhkanlah keteguhan hati-hati mereka. Berilah mereka kekuatan.

Jauhilah jentera BN kami daripada segala marabahaya dan penyakit. Lindungilah keselamatan mereka dan peliharalah kesihatan mereka.

Permudahkanlah urusan mereka untuk menjulang kebangkitan BN dalam PRN Melaka demi kemaslahatan dan masa depan Malaysia tanahair kami.

#prnmelaka
#bnpilihanrakyat
#jenterabnberpadu

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/426690482161539/?sfnsn=mo
Seluruh rakyat Melaka bacalah perkara yang mahu dinyatakan ini dengan mata hati yang terang. Bukan dengan emosi yang dipermainkan oleh propaganda politik dan persepsi negatif lawan BN.

Cukuplah sekali orang Melaka pernah diperdaya pada 9 Mei 2018. Janganlah diulangi kesilapan dan kemudaratan masa lalu kerana Melaka adalah tentang masa depan kita bersama.

Seluruh rakyat Melaka fahamilah bahawa hari Sabtu ini merupakan peluang untuk orang Melaka mengembalikan sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil.

Iaitu sebuah kerajaan BN (Barisan Nasional) Melaka yang pernah bersama-sama bergandingan dengan mereka dalam memakmurkan negeri itu selama berpuluh tahun lamanya.

Mengertilah fakta sejarah tidak sesekali boleh disanggah bahawa segala pembangunan sedia ada yang terlihat di Melaka selama ini adalah hasil sentuhan kerajaan BN.

Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang terjalin di Melaka sejak sekian lama juga 'hasil nukilan' pentadbiran kerajaan BN yang sentiasa adil dan saksama kepada semua.

Melaka memerlukan semangat yang dipandu kerajaan BN itu untuk kembali demi memastikan Melaka dan rakyatnya dapat mengharungi era masa depan yang pasti lebih mencabar.

Maka janganlah sesekali orang Melaka mensia-siakan peluang itu kerana peluang yang sama akan hanya hadir untuk tempoh yang lama selepas 20 November ini berakhir.

Bukankah rakyat Melaka sudah merasai sejarah hitam 22 bulan pentadbiran kerajaan PH yang banyak menyusahkan hati dan jiwa raga mereka.

Rakyat Melaka juga sudah menyaksikan sebuah kerajaan negeri tanpa kestabilan rebah begitu mudah pada 4 Oktober lalu angkara komplot empat wakil rakyat Melaka termasuk seorang daripada PPBM dan seorang Bebas.

Ironinya dua daripada wakil rakyat itu kini bersama PH menjadi calon PRN Melaka, manakala seorang lagi terpaksa bertanding sebagai calon Bebas mungkin selepas didapati tidak lagi diperlukan.

Dalam erti kata lain rakyat Melaka seharusnya boleh mencongak parti politik manakah yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Pengundi atas pagar atau tidak berpartisan pula perlu memahami bahawa dengan mengundi sebuah lagi parti bertanding iaitu Perikatan Nasional (PN) tidak akan membawa kestabilan di Melaka.

PN yang merupakan parti serpihan UMNO tidak mempunyai asas yang jitu di Melaka termasuk dalam kalangan penyokong tegar, maka mengundi PN tidak akan memenangkan PN di Melaka.

Sebaliknya setiap undi kepada PN ibarat memberi satu undi kepada PH untuk berkuasa semula di Melaka dan itu sesuatu yang tidak mahu dilihat oleh majoriti rakyat Malaysia.

Rakyat Melaka perlu memahami dengan jelas bahawa masa depan Melaka terletak kepada sebuah pentadbiran yang stabil demi kemakmuran dan kerajaan BN selama berpuluh tahun membawa falsafah itu tanpa gagal.

Bagaimanapun tertewas jua angkara fitnah dan tipu daya PRU-14 bukan sahaja di Melaka, malah di peringkat Persekutuan begitu juga. Bukakah ramai rakan atau kenalan kita juga terpedaya.

Maka pada PRN Melaka kali ini rakyat Melaka berpeluang menjadi perintis kepada kebangkitan kestabilan dan kemakmuran masa lalu bukan sahaja di negeri itu malah buat Malaysia amnya.

Justeru, rakyat Melaka fikirlah sedalam-dalamnya dan tidak membuat keputusan cuma berdasarkan tohmahan yang direka oleh musuh BN kerana akibat buruknya adalah.tentang masa depan negeri orang Melaka.

#PRNMelaka
#MelakaPilihBN
#kstabilandemikemakmuran

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=428333765330544&id=100044617711053&sfnsn=mo