AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Kesatuan sekerja dakwa ada kilang bukan "essential" dalam kawasan PKPD dapat kebenaran operasi.

Pekerja diminta sedia kembali bekerja kerana majikan terima surat daripada sistem CIMS 3.0 MITI.

Walhal sektor pengilangan merekod jangkitan baharu tertinggi kluster tempat kerja bulan lalu.

Sektor berkenaan dilaporkan telah pun mencatatkan 95,156 kes melibatkan 639 kluster ketika itu.

Pada 9 Jun KKM beritahu 87% kluster baharu melibatkan kategori tempat kerja terutama kilang.

Aduan dibuat oleh pekerja kilang terbabit. Saya percaya mereka bimbangkan jangkitan Covid-19.

Dakwaan ini jika benar cerminan kepada kegagalan berterusan dalam pengurusan Covid-19.

Langkah diumumkan kerajaan PN lain, tetapi apa yang dilaksanakan kerajaan PN lain.

Jika begini keadaannya bila kes jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan dan dilandaikan?

Saya pernah mengulas mengenai isu sektor pengilangan beberapa hari lalu.

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2103610546444178/

#Covid19
#Kilang
#BukanEssential
#Beroperasi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105764526228780&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rumusannya mudah sahaja.

Semalam Menteri Kewangan akhirnya mengaku lebih 50% kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan.

Kluster itu direkodkan sejak "total lockdown" suam-suam kuku atau separuh masak berkuatkuasa bermula 1 Jun 2021.

Atau lebih tepat sebanyak 373 daripada 753 kluster tempat kerja yang direkodkan di Malaysia sehingga 23 Julai 2021.

Menteri Kewangan malah mengaku kluster tempat kerja mencatat kluster jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh tersebut.

Membabitkan hampir 60,000 kes jangkitan wabak Covid-19.

Menteri bertanggungjawab beri 'lesen' kepada kilang beroperasi sepanjang "total lockdown" jadi panas telinga.

Mana boleh tahan beliau seorang saja kena di Parlimen agaknya. Lalu Menteri berkait 'lesen' operasi 'petik' sama kawan-kawan lain.

Beliau kata keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi semasa 'total lockdown' bukan keputusan beliau seorang.

Keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bukankah Mesyuarat MKN dipengerusikan oleh Perdana Menteri? Perdana Menteri pun kena 'petik' gamaknya.

Begitulah keadaannya. Mereka boleh tunding sana sini, tetapi 60,000 yang dijangkiti itu sudahpun dijangkiti.

Jika mereka ikut saranan kita ketika itu supaya dilaksanakan "total lockdown" yang benar-benar total, mungkin keadaan tidak seteruk itu.

Bukan untuk selama-lamanya. Hanya sehingga kita berjaya mengasingkan dan merawat mereka yang dijangkiti sekali gus menurunkan kadar jangkitan.

Namun inilah antara sebab mengapa kita desak supaya Parlimen bersidang. Supaya kita tahu fakta sebenar.

#KlusterTempatKerja
#kilang
#parlimen
#umnobersamarakyat


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121603927978173&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi