AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Saya mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada UMNO bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

Terima kasih juga kepada NGO yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada rakyat dalam kesusahan.

Syukur Alhamdulillah ramai yang tampil memberi bantuan yang tidak putus-putus.

Tetapi kita faham sumber mereka kadangkala terhad untuk memastikan bantuan secukupnya kepada semua.

Kita berharap lebih ramai tampil nenghulurkan sumbangan melalui NGO untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

NGO juga barisan hadapan kita. Berusaha membantu rakyat dalam kesempitan. Mereka ke sana ke sini menyampaikan bantuan kita.

Mereka ini pada kebanyakan keadaan lebih laju berbanding kerajaan dalam hal-hal bantuan kepada rakyat.

Bagaimanapun alangkah baik jika ada bantuan selain makanan turut disalurkan oleh golongan berkemampuan melalui NGO.

Antaranya bantuan berbentuk keusahawanan seperti peralatan untuk menjaja.

Supaya rakyat yang dalam kesusahan disebabkan pengurusan Covid-19 cacamarba dapat kembali berdiri di kaki sendiri.

Nak harap wang i-Citra kena kumpul beberapa bulan baru cukup buat modal. Belum sempat kumpul tak tahu apa masalah pula menimpa.

#Terimakasih
#UMNO
#NGO
#BarisanHadapan
#AllahBantuKita


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105090509629515&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rakyat saban hari ditekankan supaya menerap norma baharu dalam kehidupan.

Kata kerajaan, cara menguruskan kehidupan harian tidak boleh sama lagi.

Pandemik telah mengubah semua termasuk perhubungan dan pekerjaan.

Setiap perkara perlu mengambil kira tentang ancaman wabak Covid-19.

Tetapi tidak adil jika rakyat sahaja perlu menerap norma baharu.

Kerajaan perlu juga menerapkan norma baharu dalam pentadbiran.

Kena lihat kepada keperluan dan kesusaian semasa dalam setiap perkara.

Antaranya dalam menguruskan desakan petugas kesihatan kontrak.

Mereka ini barisan hadapan negara yang sangat penting ketika ini.

Dulu kita bukan dalam perang melawan pandemik.

Kini mereka amat diperlukan untuk berjuang di medan paling hadapan.

Jadi tuntutan mereka untuk diserap perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.

Saya percaya setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Semoga pihak terlibat akhirnya dapat mencapai keputusan menang-menang.

Jika ini gagal diuruskan, malapetaka apa lagi agaknya bakal dihadapi negara?.

Wallahua'lam

#BarisanHadapan
#perwiranegara
#Terimakasih
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2120886421383257/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Semasa dunia dan Malaysia berdepan dengan ancaman pandemik yang amat merbahaya Covid-19, para doktor telah bersedia di barisan hadapan.

Sewaktu masyarakat dunia dan Malaysia bimbang didekati oleh individu positif Covid-19, para doktor sentiasa disisi untuk membantu mereka.

Para doktor Malaysia mempertaruhkan keselamatan diri walau tahu risikonya terhadap mereka sendiri demi nyawa dan kesihatan insan lain.

Kerana itu sambutan Hari Doktor Sedunia pada 30 Mac ini merupakan hari untuk kita mengingati dan meraikan jasa para doktor yang amat besar.

Meraikan sumbangan dan pengorbanan mereka sehingga membolehkan Malaysia beralih kepada fasa endemik bermula 1 April 2022.

Begitu juga menghargai peranan dan tugasan mereka dalam merawat dan memastikan sistem kesihatan negara berfungsi sebaik mungkin.

Kepada seluruh doktor Malaysia walau di mana anda sedang berkhidmat ketika ini saya ucapkan selamat Hari Doktor Sedunia 2022.

Sesungguhnya pekerjaan sebagai doktor adalah pekerjaan yang mulia dan tidak ramai mampu melakukannya seperti anda semua.

Terima kasih dan syabas...

#Hari Doktor2022
#JasaDanBakti
#terimakasih
Dalam kita gembira berbuka puasa bersama keluarga tercinta ada yang tidak berpeluang untuk menikmatinya.

Merekalah sebahagian petugas awam dan swasta yang masih perlu bekerja di waktu iftar.

Ada yang berbuka puasa di tepi jalan, ada berbuka puasa di tempat kerja, ada yang berbuka dalam kenderaan.

Terima kasih kepada mereka kerana mengorbankan kegembiraan iftar bersama keluarga demi amanah dan tanggungjawab.

Kepada para petugas keselamatan dan kesihatan terima kasih kerana tetap berdedikasi melaksanakan tugas.

Kepada pekerja di sektor swasta terima kasih atas sumbangan anda semua kepada produktiviti negara.

Kata-kata ini bukan bertujuan mengurangkan keseronokan rakan-rakan yang dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Sekadar mengingatkan sesama insan bahawa masih terdapat banyak perkara yang baik dalam dunia ini untuk dihargai.

Selamat berbuka puasa kepada semua sahabat dan saudara kaum muslimin muslimat dimana jua berada.

#Ramadan
#BerbukaPuasa
#TerimaKasih