AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Menjalani kuarantin kendiri ada hikmahnya. Memberi lebih banyak masa untuk beribadat, membaca dan menulis. Meneliti perihal rakyat dan negara.

Sebagai contoh semalam saya terbaca hadirin sebuah program dimaklumkan bahawa kerajaan telah banyak menyokong kelangsungan PKS.

Menteri Kewangan beritahu kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif melibatkan berbilion ringgit untuk membantu PKS sejak 2020.

Antaranya dalam bentuk subsidi upah, pembiayaan kredit mikro dan peningkatan peruntukan Dana BNM bagi pembiayaan PKS.

Bagus sekali andai makluman itu benar kerana PKS walau perniagaan 'kecil dan sederhana' menyumbang lebih 38.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

PKS menyediakan kira-kira 48% daripada jumlah pekerjaan dalam negara serta menyumbang 17.9% daripada nilai eksport.

Bermaksud jika PKS terjejas, sebahagian ekonomi negara boleh lumpuh. Justeru PKS memang perlu dibantu dan diselamatkan.

Tetapi apa diceritakan Kementerian Kewangan itu tidak selari dengan pendedahan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

MEDAS pada 7 Julai lalu beritahu PKS di ambang kejatuhan berdasarkan tinjauan dilakukan dari 15 sehingga 28 Jun 2021.

Hasil tinjauan itu menunjukkan kira-kira 580,000 perniagaan, mewakili 49% daripada sektor PKS berisiko gagal menjelang Oktober ini.

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada 9 Jun juga menyatakan banyak PKS tidak lagi mampu bertahan.

"MEF menerima maklum balas daripada majikan bahawa keadaan tidak dapat diselamatkan lagi.

"Bagi kebanyakan mereka, ini adalah mengenai kelangsungan hidup kerana tiada aliran tunai untuk memastikan operasi terus berjalan"

Ironi berbilion ringgit wang negara diumum untuk membantu PKS, tetapi pada akhirnya PKS tetap menderita.

Kita harap kerajaan dapat meneliti situasi ini sebaik mungkin. Hal ini kritikal.

Kena ingat sebanyak 48.4% daripada jumlah pekerjaan dalam negara adalah dalam sektor PKS.

#PKS
#Persepsi
#Realiti
#ekonomi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2120500654755167&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi