AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua walau di mana anda berada.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dibawah lindungan Yang Maha Esa serta terhindar daripada jangkitan Covid-19 yang semakin memburuk di tanah air kita.

Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain.

Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.

Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. InsyaAllah.

Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"

Selamat Berhujung Minggu.

#InsyaAllah
#AllahJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2120257761446123&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi