AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Tajuk: Tanah kubur

Sedih melihat Malaysia sudah sampai ke tahap yang begitu teruk angkara Covid-19.

Sehinggakan terpaksa umum kepada rakyat tanah perkuburan Islam masih mencukupi.

Masih cukup untuk menampung pengebumian yang meninggal dunia akibat pandemik.

Pada masa yang sama sedang menilai tahap kesiapsiagaan kecukupan tanah kubur.

Malah mahu mengenal pasti pula kaedah pengurusan pengebumian yang lebih cekap.

Termasuk kemungkinan melaksanakan pembinaan kubur bertingkat supaya cukup.

Inilah realitinya. Hampir 8,000 penduduk Malaysia telah terkorban disebabkan Covid-19.

Kes jangkitan yang kini sudah lima angka dijangka cecah 24,000 kes sehari pada September.

Adakah kita akan sekadar meredhai kematian ini sedangkan kita masih ada upaya menanganinya?

Benar ajal dan maut ditangan Tuhan, tetapi menjaga nyawa sebahagian Maqasid Syariah.

Saya percaya jika segala cadangan kita sebelum ini dilaksanakan jumlah kematian tidak seburuk itu.

Kita perlu terus melawan pandemik ini supaya tidak lebih banyak nyawa yang terkorban.

Lebih banyak kubur dan kontena mayat dapat disediakan jangan dianggap sebagai pencapaian.

Kita masih ingat dibawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN setiap nyawa insan adalah berharga.

#covid19
#kontenamayat
#tanahkubur