AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Syukur Alhamdulillah bersama-sama kita panjatkan kehadrat Ilahi, pengeluaran khas wang simpanan KWSP untuk mereka yang telah diluluskan permohonan dipercepatkan daripada 20 kepada 18 April hari ini.

Terima kasih kepada yang memberi dan meluluskan pengeluaran khas wang simpanan KWSP milik saudara dan saudari ini.

Selepas dibenarkan kini disegerakan maka terbuktilah KWSP sememangnya mempunyai kemampuan untuk membenarkan permintaan rakyat.

Tahniah kepada semua yang bersama dalam desakan kepada Kementerian Kewangan supaya membenarkan pengeluaran itu sebelum ini.

Ini juga bermakna tidaklah benar tuduhan dilemparkan terhadap saya dan UMNO sengaja menghasut rakyat mengenai pengeluaran khas wang KWSP.

Dan hampir pasti juga tidak benar pengeluaran kemudahan pengeluaran khas RM10,000 akan menjejaskan strategi pelaburan KWSP.

Apa yang pasti ramai akan mendapat manfaat disebalik pengeluaran itu termasuk mereka yang mungkin gigih mentohmah UMNO dan saya sebelum ini.

Para pencarum yang menerimanya akan mendapat manfaat juga para peniaga yang menerima tempias daripada pertambahan aliran tunai dalam pasaran.

Dan tentunya pengeluaran khas wang simpanan KWSP lebih bermakna tatkala umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Saranan ini mungkin tidak populis, namun beringatlah desakan pengeluaran khas wang simpanan KWSP sedari awal bukan bertujuan memewahkan sambutan perayaan.

Sebaliknya untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat yang masih bergelut dengan impak buruk pandemik Covid-19.

Justeru, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk bangkit dan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi dan saya doakan segala usaha saudara saudari dipermudahkan.

#pengeluarankhas
#kwsp
#BantuRakyat
Saya di Tanah Suci berasa tersentuh apabila dimaklumkan tentang kisah seorang anak muda di Tawau memberi semua wang pengeluaran khas KWSP kepada ibunya.

Pemuda itu dikatakan mahu menghargai ibu yang membesarkannya walaupun menyedari wang RM10,000 tidaklah mampu menandingi segala jasa orang tuanya.

Saya juga berasa terharu mendengar tentang betapa besar manfaat pengeluaran khas kWSP kepada sebuah keluarga yang hanya memiliki motosikal sebelum itu.

Wang berkenaan telah digunakan oleh mereka bagi membeli sebuah kereta Perodua Kancil untuk digunakan dalam urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah.

Saya pasti dua cerita yang tular di media sosial tersebut cumalah cebisan daripada banyak lagi kisah-kisah keberuntungan kepada rakyat di sebalik pengeluaran khas wang KWSP.

Ya Allah aku bersyukur kerana pengeluaran khas wang simpanan KWSP tersebut ternyata memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Maka tidaklah sia-sia segala desakan dan tekanan yang terpaksa dilakukan sebelum ini bagi memastikan pengeluaran khas itu jadi kenyataan.

Justeru, kepada penerima yang lain gunakanlah wang KWSP tersebut untuk tujuan yang benar-benar bermanfaat buat diri dan keluarga.

Juga manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk ke jalan yang diredhai Allah.

Semoga rezki yang diperolehi itu lebih bermanfaat untuk kita dan yang memerlukan.

Sesungguhnya tiadalah daya upaya manusia melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T jua.

#KWSP
#PengeluaranKhas
#manfaatrakyat