AddMath Spmnetic!⚡️
33.6K subscribers
2.57K photos
67 videos
1.15K files
813 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻

For any enquiries, please directly ask in our discussion group
Download Telegram
Hii,guys!! Saya nak story kisah saya mula minat dengan subjek Addmath.

Kalau yg belajar subjek ni, pasti korang tahu yang kita start belajar subjek ni waktu form 4, betul tak?

Waktu saya form 4,sejujurnya, saya memang tak suka dengan subjek ni sebenarnya, sebab pertama ialah banyak bab kena belajar , sebab kedua pula , mindset saya selalu cakap Addmath ni susah, susah dan susah.

Saya pernah terfikir kalau saya dah form 5, saya nak drop subjek ni sebab setiap kali saya exam, saya selalu fail jer. Ditambah lagi, waktu saya form 4 , pkp memanjang jer. Jadi, cikgu akan mengajar melalui kelas online. Kena struggle untuk faham bab yang diajar tu.

Tapi, bila saya dah form 5, segala2nya berubah, sekolah dah mula dibuka dan cikgu pun boleh ajar saya secara bersemuka. Saya juga boleh tanya soalan dekat cikgu kalau saya tak faham bab yang diajar . Lama kelamaan , mindset saya mula berubah, pada mulanya niat saya nak drop subjek Addmath ni, tapi bila dah form 5 ni, saya rasa saya tak patut drop subjek ni . Sebabnya, dah ada minat nak belajar and sambung subjek Addmath.

And now, saya dah mula faham beberapa bab dalam subjek Addmath ni. Mostly Addmath form 5 lah ( walaupun belum habis semua bab ), tapi bab yang paling saya suka dekat Addmath form 5 ni ialah bab 4 sebab senang.

Sebelum saya akhiri ucapan saya ni, kepada yang still struggle dengan subjek ni, and pernah terfikir nak drop subjek ni, saya harap awak semua jangan give up. It's okay if you fail subjek Addmath, it's normal. Saya juga selalu fail subjek ni. But, kalau kita tak usaha untuk lulus/ dapat A dalam Addmath dari sekarang, sampai bila2 pun, kita asyik gagal jer . If you nak lulus / A dalam Addmath, please usaha dari sekarang. Jangan tangguh2, if you tangguh, u sendiri rugi.

Semoga kisah saya ini, dapat memberi inspirasi buat kamu semua!! Terima kasih kerana sudi membaca 😊

Goodluck guys!!
#A+ Addmath
#batch 05

Credit : @liveuptoyourname
👍14147🔥15