YY COMMUNITY CHANNEL
33.9K subscribers
2.74K photos
2.42K videos
33 files
1.6K links
Download Telegram
✏️"MELAKA TANPA TUNAI" - SATU PEMBODOHAN SISTEM

Cash is King!

Melaka sudah melancarkan Melaka Tanpa Tunai di mana peniaga perlu "boikot" usaha Kerajaan Negeri.

Kenapa?

Sistem "cashless" atau transaksi elektronik tidak terlindung daripada masalah dan risiko kes jenayah.

Malah banyak kes penggodaman, penipuan, penyamaran, salah guna maklumat tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Ramai mangsa penipuan transaksi moden ini tidak dapat tebus jumlah kerugian apabila menjadi manga di mana kes banyak didedahkan polis serta NGO.

Pelbagai jenis jenayah siber boleh berlaku termasuklah penipuan atas talian, tipu kad kredit dan kecurian identiti, selain pencerobohan data peribadi.

Pihak yang menjadi mangsa kepada jenayah siber ini terdiri warga emas dan profesional.

Perlu ditekankan, selain terdedah kegiatan jenayah melalui transaksi elektronik di mana kebergantungan kita terhadap transaksi elektronik hanya mengundang masalah lain.

Ketiadaan internet boleh membuat urusan perniagaan tergendala dan di negara kita bukan semua lokasi terdedah kepada internet.

Masalah seperti boros berbelanja atau masalah hutang tidak dibayar selain terdedah caj perkhidmatan dalam setiap transaksi elektronik juga perlu diambil kira.

Tambahan dalam negara kita tidak semua tempat disediakan transaksi elektronik.

Contoh, sesetengah stesen minyak rokok dan tambah nilai Touch n Go perlu dibayar tunai. Sistem tanpa tunai hanya untuk mengisi minyak.

Tindakan ini secara tidak langsung menjadi beban tambahan kepada pengguna dan boleh menjejaskan urusan membeli sesuatu barangan ataupun mengunakan sesuatu jenis perkhidmatan.

Justeru penggunaan sistem wang secara konvensional seperti wang tunai masih diperlukan di negara kita.

Pada masa sama, kerajaan perlu memastikan undang–undang negara benar–benar mampu mengatasi masalah jenayah transaksi tanpa tunai sebelum kita ingin menjadi masyarakat tanpa tunai atau "cashless society".

"Melaka Tanpa Tunai" adalah usaha Kerajaan Negeri doktrin supaya kita beranggapan di Melaka tidak boleh berbelanja menggunakan cash atau wang tunai.

Ketua Menteri Melaka disaran buat kempen "Melaka Tanpa Rauf" lebih baik dan afdal.

BOIKOT MANA-MANA PENIAGA DI MELAKA JIKA TIDAK TERIMA TUNAI!

#CashLessUseLess
#CashIsKing 👑
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
👍24627🫡20🔥13😁11💯6👏2👌2❤‍🔥1😇1