VOD's
167 subscribers
361 photos
51 videos
153 files
1.1K links
"Tiada hari ini untuk hari esok, Tiada hari esok untuk hari ini."

Sebarang persoalan, cadangan dan penambahbaikan. Boleh terus langsung ke @VoiceOfDai_bot

Manusia Bitara,
@dakwatoranges
Download Telegram
[VOD KALAM 24🌹]

Syeikhul Imam Al Ghazali berkata:

".. Sabar ada dua, iaitu yang bersifat badani (fizikal) seperti menanggung beban dengan badan dan tetap teguh memikulnya. Ia juga mungkin berupa perbuatan seperti melakukan perbuatan yang berat berupa ibadah dan sebagainya atau bersabar atas pukulan yang berat, sakit yang teruk dan luka yang menyakitkan... "

21 Safar 1442H,
Sabarlah dan Solatlah,

@dakwatoranges 🍊

Telegram.me/VoiceOfDai
[VOD KALAM 26🌹]

Pak Natsir berkata:

".. Jangan terhenti tangan mendayung, nanti arus membawa hanyut. dulu; kehilangan, rasa mendapat, kini: mendapat rasa kehilangan. Kehilangan enthousiasisme, kehilangan idealisme.. "

25 Safar 1442H,
Sabarlah dan Solatlah,

@dakwatoranges 🍊

Telegram.me/VoiceOfDai
KISAH ZUN NUN AL-MISRI DAN SEORANG PEMABUK

Dikisahkan bahawa Zun Nun Al-Misri r.a (seorang wali terkenal dari Mesir) pernah bercerita, katanya:

Ketika saya bersiar-siar di tepi Sungai Nil, melihat kenikmatan dan keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung, saya terserempak dengan seekor kala jengking yang besar keluar dari lubangnya dan merayap dengan cepatnya. Ia berlari dengan ligat hingga akhirnya ia masuk ke dalam Sungai Nil.

Tiba-tiba, muncul seekor katak yang telah menunggu di atas permukaan air tersebut, maka segeralah kala jengking itu melompat ke atas belakangnya, maka katak pun berenang-renang segera menyeberang menuju ke arah pantai Sungai Nil di sebelahnya. Apabila sampai saja katak disitu, kala jengking itu pun melompat pula naik ke atas daratan.

Sementara saya memerhatikan telatah katak dan kala jengking, saya turut berlari-lari meniti jambatan hingga saya sampai ke tebing sungai yang berhadapan.

Saya mencari-cari kala jengking itu dari bekas-bekas jalannya, sehingga saya tiba ke sebuah pokok. Saya melihat dibawahnya terdapat seorang lelaki yang sedang mabuk, tidak sedarkan diri lagi dan terbaring di atas tanah sedang botol arak masih ditangannya. Ketika itu juga saya lihat ada seekor ular yang hendak mematuk orang mabuk itu, maka tiba-tiba sang kala jengking tadi datang dan menyengatnya hinggalah ular itu mati.
Saya lebih takjub lagi melihat perkara yang berlaku ini. Lalu saya bersyukur kepada Allah Ta'ala yang telah mengelakkan saya dari membunuh kala jengking tadi. Kalau tidak, tentulah lelaki yang mabuk itu akan dipatuk ular tadi. Semuanya ada hikmahnya!

Saya pun mengejutkan orang mabuk itu. Dia tersedar dari tidurnya, dan sebaik sahaja dia lihat ada seekor ular di sampingnya, lalu dia bangun terperanjat, ingin melarikan diri, maka saya menahannya seraya berkata:
"Jangan takut! Ular itu sudah mati," kataku.

"Sudah mati?" katanya. "Bagaimana ia boleh berada disini?"

Saya pun menceritakan segala yang berlaku antaraku dan kala jengking itu, dan segala yang saya saksikan ketika baru sampai di pokok itu. Lelaki itu kagum mendengar ceritaku dan berasa insaf atas perbuatan jahatnya.

Lalu dia mengangkat kepalanya ke arah langit, seraya bermunajat dengan air matanya jatuh berderai, katanya:

"Ya Ilahi jika begini rahmat Engkau terhadap hamba-Mu yang selalu menderhakaiMu, Engkau selamatkan aku dari bahaya yang boleh membinasakanku, padahal aku mabuk dan sedang melanggar perintahMu. Maka bagaimanakah rahmatMu keatas orang yang mentaatiMu, orang yang selalu menjaga segala perintahMu? "Sememangnya aku manusia yang tidak tahu mengenang budi!"

"Ya Tuhan Maha Agung Maha Mulia! Aku berjanji kepadaMu, bahawa aku akan menjaga diriku, dan tidak akan menderhakaiMu lagi selepas hari ini!

Kemudian lelaki itu berpaling kepadaku dan berkata:

"Engkau siapa?"

"Aku Zun-Nun," jawabku.

"Terima Kasih wahai Zun-Nun, kerana ceritamu ini aku menjadi insaf dan aku akan kembali ke jalan Tuhanku."

Lelaki itu berlalu pergi, dan perasaan taubat kelihatan di wajahnya. Dia telah mendapat taufiq dari Allah, mudah-mudahan dia menjadi orang yang soleh.

Kisah ini memaparkan kepada kita betapa penjagaan dan pemeliharaan Allah walau keatas hamba-Nya yang pendosa. Kita dilarang sama sekali untuk berputus asa dari rahmat Allah. Kerana sejak azali , Allah telah menetapkan bahawa rahmat-Nya mengatasi murka-Nya. Bersegeralah menuju kepada pintu taubat yang masih terbuka selagi nyawa tidak smpai ke kerongkongan dan selagi matahari tidak terbit dari arah barat.

Dipetik dari kitab Raudh ar-Riyahin fi Manaqibis Solihin karangan Syaikh Abdullah bin As’ad al-Yafi’e.
Telah engkau mencuri, mencuri hati dengan berhati-hati, hati emas dan hati berlian. Sedangkan engkau tidak tahu nilai harga hati.

Jika engkau mencuri, maka putuslah dengan hukuman setimpal kerna Tuhan Maha Esa telah ku cintai tanpa mencuri.

@dakwatoranges 🍊
[VOD KALAM 27🌹]

Hasan Al Banna berkata:

".. Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh kami, tetapi yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang-orang Inggeris terhadap kamu atau orang orang Amerika atau Russian atau lainnya. Yang takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:- kamu semua mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu dan kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi... "

27 Safar 1442H,
Sabarlah dan Solatlah,

@dakwatoranges 🍊

Telegram.me/VoiceOfDai
قال ابن لقمان الحكيم لأبيه : يا أبت أي الخصال من الإنسان خير ؟ قال : الدين ، قال : فإذا كانت اثنتين؟ قال : الدينُ والمال ، قال : فإذا كانت ثلاثا ؟ قال : الدين والمال والحياء ، قال : فإذا كانت أربعا ؟ قال : الدين والمال والحياء وحسن الخلق ، قال : فإذا كانت خمسا ؟ قال : الدين والمال والحياء وحسن الخلق والسخاء ، قال : فإذا كانت ستا ؟ قال : يا بني إذا اجتمعت فيه الخمس خصال فهو نقي تقي ولله ولي ، ومن الشيطان بَري .
[VOD KALAM 29🌹]

Imam Syafie berkata:

Ingin bahagia?

Miliki kekayaan jiwa, jangan menyakiti, usaha yang halal, pelihara takwa dan yakin dengan Allah dalam setiap kondisi.

Sabarlah dan Solatlah,

@dakwatoranges 🍊

Telegram.me/VoiceOfDai
[VOD KALAM 30🌹]

Syeikh Yusuf Al Qaradhawi berkata:

".. Sesungguhnya kemenangan tidak akan diperolehi melainkan orang mukmin, dan dengan orang mukmin, kerana mereka tidak turun dari langit sebaliknya tumbuh dari bumi. Mereka bukanlah tumbuhan liar, yang tumbuh tanpa semaian, kemudian membesar tanpa arah dan menghasilkan buah tanpa penjagaan. Bahkan ia adalah tumbuhan yang memerlukan kepada petani yang baik lagi cekal. Sentiasa menyiram dan membajainya, melawan segala penyakit perosak, sehingga akhirnya ia tegak berdiri dan membuahkan hasilnya dengan izin Tuhannya.. "

Sabarlah dan Solatlah,

@dakwatoranges 🍊

Telegram.me/VoiceOfDai
VOD NAZM

لا يحدث التقدم إلا إذا کان الغد أفضل من اليوم، ومن تساوى يوماه فهو مغبون


Tranformasi hanya berlaku jika esok adalah lebih baik dari hari ini. Andainya hari ini dan esok itu sama, kita masih tertipu.

-Dr. Ahmad Totonji-

@dakwatoranges🍊
*Krisis dan Kekacauan Nilai*

Nilai penting diremehkan, nilai remeh dipentingkan.

_Ustaz Siddiq Fadzil_


@dakwatoranges🍊
Pluviophile adalah Pencinta Hujan.

Kau harus berdamai dengan hujan, sepertimana kau perlu berdamai dengan cabaran kehidupan. Falsafah hujan telah mendidik manusia untuk merasai kebasahan iaitu kesakitan bagi menumbuhkan benih kesedaran.

Hujan itu ibarat ujian dalam hidup kita, kalau tak turun hujan, benda hidup tak dapat meneruskan hidup. Begitu juga dengan manusia, kalau ujian tidak ada, kita tak akan terus kuat untuk teruskan hidup.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

@dakwatoranges🍊
[VOD KALAM 31]
.
.

Meskipun berapa banyak waktu dan tenaga dikerahkan. Percayalah, usahamu tetap ada nilai dan harganya.
.
Bukan pada manusia, tapi Tuhan Maha Hakim dan lagi Maha Mengetahui
.
Janji Tuhan Maha Cinta kepada dirinya yang senantiasa berusaha dan bertakwa. Teguhkan, kental dan teruskan berproses.
.
Hidupkanlah kehidupanmu dengan jiwa dan raga yang tulus.

-N. Arsalan-
.
.
.

@dakwatoranges 🍊
[VOD KALAM 32]

Generasi adalah generator kekuatan masa depan. Mendepani peta generasi harus mempunyai denyut nadi yang hidup dan konsistenasi bermula dari pembentukan jiwa raga yang utuh.
.
Hidup dan utuhnya dikuatkukuhkan melalui daya kuat kekuatan ilmu, adab dan iman. Ayuh, engkaulah generasi yang dinanti-dinantikan!

Generator perubahan,
Sebaik-baik manusia memberi manfaat kepada seluruh alam.
.

Sabar dan Solat

@dakwatoranges🍊
[VOD KALAM 33]
.

إِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيْلُ
Jika benar tekadnya maka akan jelas perjalanannya.
.
Ya, hidup ini penuh laksana lautan. Kadangkala tiada siapa tahu apa berlaku di sebelah kanan, kiri, depan atau belakang hatta dari seluruh sudut ketika itu.
.
Perjalanan hidup itu sungguh luas dan jauh. Intinya bekalan kehidupan itu adalah perjuangan perlu ditegakkan dan tekad sepakat untuk menuju alam abadi.
.
Jika mahu karam kapalnya, lekaslah baiki. Jika kurang bekalan, masih ada kesempatan lagi. Hidupkanlah jiwa dan raga, agar erti sebuah perjalanan hidup lebih dirasai dan bermakna.
.
Teruskan sakti dalam berbakti. Hidup Biar Jasa!
.
Moga dipermudahkan langkah kehidupan kalian dan teruskan menggapai erti kehidupan yang sebenarnya.
.
Sabarlah dan solatlah.
.
@dakwatoranges🍊
[VOD KALAM 34]

Medan perjuangan berbeza, tujuan yang sama; kembali Tuhan Maha Esa.

Penyuburan tamadun memerlukan kekuatan keilmuan dan adabi. Kukuhkan otak dan watak adalah sebuah perjuangan hayat, tidak sekadar membina sebuah bangunan yang zahir sahaja; lebih tumpu mengisi kekuatan dari dalaman iaitu perjuangan rohaniah melawan segala serakah dan kerakusan nafsu. Cerminan itu adalah diri sendiri. Andalah pantulan yang membawa erti besar dalam sebuah tamadun dan pembangunan jiwa dan raga.

Teruskan berbakti dan sakti, hidup biar berjasa!

@nazmiputra 🍊