UTM Official Students Channel
18.2K subscribers
2.96K photos
35 videos
265 files
2.14K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR PERDANA PERINGKAT UNIVERSITI 1445H/2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Selamat Sejahtera , Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain. (Sahih Ibn Khuzaimah, 1887)

Dan antara amalan sunat yang boleh diamalkan adalah bertadarus.
Untuk pengetahuan saudara/i, Rasulullah SAW saling bertadarus al-Quran bersama malaikat Jibril AS ketika Jibril AS datang kepada Baginda SAW setiap malam di bulan Ramadan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas RA (Riwayat al-Bukhari, 3220).

Oleh itu, sempena bulan Ramadhan, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UTM anjuran bersama Rakan Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Majlis Khatam Al- Quran dan Iftar Perdana Peringkat UTM 2024M seperti ketetapan berikut :

📌 Hari/Tarikh: Khamis / 21 Mac 2024 (10 Ramadhan 1445H )
📌 Masa: 4.00 p.m - 8.00 p.m
📌 Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail UTM

Aktiviti yang diadakan:

📖 Majlis Tadarus Al-Quran
📖 Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Universiti
📖 Zikir Munajat & Selawat Tafrijiyah
🍚 Iftar Perdana (Nasi Beriani disediakan)

E-Sijil disediakan
Mata CPD disediakan (Staf UTM)
Mata Merit disediakan (Mahasiswa UTM)

🔗Link Pendaftaran:
https://forms.gle/NhjVMYBYtYQsWhDF8

Saudara/i dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini

☎️Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah;

Ustaz Panji Alam Mazhisham:
017-744 4230 ( Staf )

Iqma Nabilla:
011-2541 7616 ( Mahasiswa/i )

Sekian, terima kasih.

#studentaffairs
#myheputm
#tadarusquran