UTM Official Students Channel
17K subscribers
2.92K photos
33 videos
262 files
2.11K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐊?
Sebuah hasil karya yang menggabungkan dua karya kreatif iaitu CERPEN dan KOMIK. Cermik adalah bahan bacaan yang diceritakan melalui gabungan penulisan dan lukisan.

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐑. 𝐋𝐈𝐌 𝐒𝐖𝐄𝐄 𝐓𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐄!
Penerbit UTM Press bakal mengadakan Bengkel Penulisan Karya Kreatif Cermik (cerpen dan komik) dengan bimbingan daripada panel jemputan khas:

𝟏. 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐋𝐢𝐦 𝐒𝐰𝐞𝐞 𝐓𝐢𝐧
- Merupakan salah seorang pengarang di Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kesusasteraan Melayu.
- Telah menghasilkan banyak hasil karya seperti novel, cerpen, puisi dan tulisan-tulisan berbentuk kesusasteraan.
- Penerima anugerah S.E.A Write Award 2000, penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh kerajaan Diraja Thailand.

𝟐. 𝐘𝐁𝐫𝐬.𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐢𝐥𝐦𝐲 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
- Dikenali sebagai Mie.
- Seorang arkitek profesional yang menjadi pelukis kartunis terkenal.
- Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UTM.
- Penerima anugerah Tokoh Kartunis Malaysia 2020.
Bengkel ini adalah untuk memperkenalkan Cermik dalam kalangan masyarakat dan memberi pendedahan tentang kelebihan menulis Cermik berbanding cerpen atau Komik. Menggabungkan penulis cerpen dan pelukis bagi menghasilkan sesebuah karya Cermik dan bagaimana sebuah Cerpen menjadi Cermik?

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚!
Terbuka kepada semua warga UTM (pelajar & staf)
Link pendaftaran: https://forms.gle/v95WZBPxdW3pJ9fD8
Tarikh akhir pendaftaran: 1 Februari 2024 (Khamis)

#bengkelcermik
#utm
#penerbitutm