UTM Official Students Channel
17.6K subscribers
2.95K photos
34 videos
265 files
2.13K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
PEMAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE DALAM KAMPUS BAGI SESI 2021/2022 SECARA BERFASA

Dimaklumkan pihak Universiti melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pergerakan Pelajar yang bermesyuarat pada 7 Oktober 2021 telah bersetuju supaya permohonan pelajar bagi kemasukan ke kampus berdasarkan Pekeliling Pelajar Bil. 14/2021 - Prosedur Pergerakan Pelajar Memasuki Kampus UTM Johor Bahru Dan UTM Kuala Lumpur bermula pada 15 Oktober 2021 adalah secara berfasa. Hal ini mengambil kira situasi semasa Covid-19 dan keperluan logistik yang berkaitan.

Tarikh kemasukan secara berfasa adalah seperti berikut:

UTM Johor Bahru
Fasa 1: 15 - 18 Oktober 2021
Fasa 2: 25 - 28 Oktober 2021
Fasa 3: 8 - 11 November 2021

UTM Kuala Lumpur
Fasa 1: 16 - 17 Oktober 2021
Fasa 2: 26 - 27 Oktober 2021
Fasa 3: 9 - 10 November 2021

Permohonan boleh dibuat melalui sistem UTMSmart.

Harap maklum. Terima kasih.

#kemasukanpelajar
#myheputm
#utm
SESI 2021/2022 BAGI FASA 4 (4-8 DISEMBER 2021)

Dimaklumkan terdapat PERUBAHAN MASA bagi pendaftaran pelajar yang masuk untuk menginap pada 8 Disember 2021 bagi KAMPUS UTM JOHOR BAHRU.

Masa pendaftaran pada 8 Disember 2021 DIPINDA ke sebelah petang kerana memberi laluan kepada raptai Konvokesyen ke - 64 di sebelah pagi. Sehubungan itu, semua pelajar yang telah mendapat surat kelulusan masuk dan menginap pada 8hb HANYA DIBENARKAN HADIR bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang.

Walaubagaimanapun bagi kemasukan pelajar pada 4-7 Disember 2021 kekal bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Harap maklum.

#kemasukanpelajar
#myheputm
#rtm