UTM Official Students Channel
18.2K subscribers
2.96K photos
35 videos
265 files
2.14K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
[SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2023 PERINGKAT UTM]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan sebuah forum bertajuk *MADANI MEMBUGAR KEMAJUAN BELIA* bersempena Program Sambutan Hari Belia Negara 2023 yang jatuh pada 15 Mei 2023 ini. Forum yang akan diadakan adalah secara dalam talian di mana tetamu jemputan bagi forum terdiri daripada panel khas iaitu Saudara Muhammad Hazwan Hakim Bin Haznan, Presiden Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bersama Veveonah Mosibin, pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah. Berikut merupakan ketetapan forum:

▪️ Masa/Hari: 9.00 pagi - 10.30 pagi (Isnin)
▪️ Tarikh: 15 Mei 2023
▪️ Link pautan: https://www.facebook.com/heputm

Mahasiswa dan Mahasiswi dijemput untuk menonton siaran langsung forum bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2023 peringkat Universiti Teknologi Malaysia di laman sesawang live Facebok MPP UTM. Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2023.

#INIMASAKITA

Peserta yang hadir akan dapat:
⭐️ Merit
⭐️ E-Sijil

Sekian,terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

#myheputm
#studentaffairs
#haribelianegara