UTM Official Students Channel
17K subscribers
2.91K photos
33 videos
258 files
2.1K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
[PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA PIALA MENTERI PERPADUAN NEGARA TAHUN 2022]

Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 ini dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Malaysia.

Pertandingan debat ini telah mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Pertandingan ini dikelola oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Malaysia (SRN UTM).

Pertandingan ini akan dijalankan seperti ketetapan yang berikut:

📌Tarikh, platform dan tempat:

Pusingan saringan: 6 -7 Ogos 2022 (Secara atas talian)
Platform: Facebook Live JPNIN HQ

Pusingan suku akhir sehingga pusingan akhir: 12 - 13 Ogos (Secara fizikal)
Tempat: Dewan Sultan Iskandar. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Seramai 30 Pasukan dari seluruh institusi pengajian telah mendaftar yang terdiri daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Politeknik.

Mereka akan berentap di dalam arena pendebatan, Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Kementerian Perpaduan Malaysia.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat pasukan dari institut pengajian anda di hari pertandingan .

Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Facebook:
🔗 Sekretariat Rukun Negara UTM - FB :
https://m.facebook.com/pages/category/Youth-Organization/Sekretariat-Rukun-Negara-UTM-107719268113512/

Instagram:
🔗 @sekretariatrukunnegara_utm - IG :
https://instagram.com/sekretariatrukunnegara_utm?igshid=YmMyMTA2M2Y=

#KeluargaMalaysia
#debatperpaduan
#srn
#UTM
#BahasaJiwaBangsa