UTM Official Students Channel
17K subscribers
2.9K photos
33 videos
258 files
2.09K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
[PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA PIALA MENTERI PERPADUAN NEGARA TAHUN 2022]

Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 ini dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Malaysia.

Pertandingan debat ini telah mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Pertandingan ini dikelola oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Malaysia (SRN UTM).

Pertandingan ini akan dijalankan seperti ketetapan yang berikut:

📌Tarikh, platform dan tempat:

Pusingan saringan: 6 -7 Ogos 2022 (Secara atas talian)
Platform: Facebook Live JPNIN HQ

Pusingan suku akhir sehingga pusingan akhir: 12 - 13 Ogos (Secara fizikal)
Tempat: Dewan Sultan Iskandar. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Seramai 30 Pasukan dari seluruh institusi pengajian telah mendaftar yang terdiri daripada Universiti Awam (UA), Universiti Swasta, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Politeknik.

Mereka akan berentap di dalam arena pendebatan, Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Kementerian Perpaduan Malaysia.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat pasukan dari institut pengajian anda di hari pertandingan .

Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Facebook:
🔗 Sekretariat Rukun Negara UTM - FB :
https://m.facebook.com/pages/category/Youth-Organization/Sekretariat-Rukun-Negara-UTM-107719268113512/

Instagram:
🔗 @sekretariatrukunnegara_utm - IG :
https://instagram.com/sekretariatrukunnegara_utm?igshid=YmMyMTA2M2Y=

#KeluargaMalaysia
#debatperpaduan
#srn
#UTM
#BahasaJiwaBangsa
🌙 GPS x SRN: IHYA RAMADHAN, BERKONGSI REZEKI 🌙

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera dan
Salam UTM Sanjungan Bangsa

Bersempena bulan Ramadhan 1444 H bersamaan 2023 M, Gerakan Pengguna Siswa dan Sekretariat Rukun Negara akan mengadakan sesi agihan bubur lambuk bagi mengimarahkan sambutan bulan Ramadhan.

Agihan bubur lambuk dijalankan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 9 April 2023 (Ahad)
🕰️ Masa: Selepas waktu solat Asar
🕌 Tempat: Masjid Sultan Ismail dan Bazaar Taman Universiti

Jumlah adalah terhad! Jadi tunggu apa lagi, jumpa anda disana!

#studentaffairs
#myheputm
#SRN
#GerakanPengguna