Tips Rezeki Melimpah Ruah4u
321 subscribers
8.92K photos
688 videos
3 files
6.59K links
Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR

sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖
Semoga bermanfaat😊
Download Telegram
CINTA SANGAT PELIK.

Memiliki suami yang sedap mata memandang adalah penting. Tetapi memiliki suami yang bertanggungjawab jauh lebih penting.

Memiliki suami yang memiliki sedikit harta adalah penting. Tetapi memiliki suami yang setia jauh lebih penting.

Bayangkan...

Seorang gadis tinggalkan keluarga, bertarung nyawa membawa zuriat suami di dalam rahim, mencagarkan segalanya untuk arjuna pujaan hati. Melahirkan zuriat demi zuriat. Berkorban jiwa dan raga setiap saat.

Tiba-tiba...

Isteri hilang upaya. Isteri menjadi bayi semula. Isteri tidak mampu lagi melayani suaminya sama sempurna seperti dulu.

Isteri begini ketakutan sebenarnya. Bimbang kalau-kalau tubuh yang tidak sepenuhnya berfungsi akan dibenci. Akan dicaci. Bimbang kalau-kalau cinta isteri akan diketepi.

T.E.T.A.P.I...

Edika Yusof telah membuktikan bukan semua suami taguna. Bukan semua suami tidak tulus menyintai. Edika Yusof membuktikan masih ada saki baki suami bersikap Nabi dalam menyintai isteri.

Benarlah... Cinta sangat pelik dan sukar difahami. Cinta tidak memerlukan sandaran apa-apa kecuali hati yang tulus menyintai.

Adakalanya yang muka seperti selipar tali putus, curangnya berkali ganda. Yang poket cuma ada habuk kuih, miangnya tak sedar diri pokai tak seberapa. Yang kelebihan pun nan hado, paras rupa setara ubi bingka, ada hati nak mendua tiga. #apeni?

Kesimpulannya... Muka kacak tidak semestinya perlu meninggalkan isteri. Muka kacak tidak semestinya perlukan isteri yang sempurna. Yang kacak bergaya, masih ramai kekal tulus ikhlas dalam menyinta.

Benarlah... CINTA SANGAT PELIK. Cinta benar-benar sesuatu yang amat sukar untuk difahami.

Salam sayang, akak tumpang kagum

#kongsiilmu
#learnfromobservation

Kredit : MARLIYA RAMLI
Follow ➡️ http://bit.ly/TipsRezekiMelimpahRuah4u