Tips Rezeki Deras
2.15K subscribers
4.51K photos
457 videos
2 files
2.33K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕
Download Telegram
Jangan baca Al Quran ketika waktu lapangmu, tetapi lapangkanlah waktumu untuk membaca Al Quran.

Jika kita menantikan waktu yang lapang untuk membaca Al Quran, khuatir tidak ditemui dek kerana sibuknya mencari dunia.

Tetapi jika kita berdisiplin menyediakan waktu yang lapang untuk mendampingi Al Quran, nescaya kita akan berjaya.

Janganlah kita terus beralasan untuk tidak membaca Al Quran. Kelak kita yang akan menyesal.

Wallahu'alam.
Mohon Doakan Rafah🤲🤲

Tempat bertahan terakhir saudara kita dia Felestin sedang di serang..

Mari doakan mereka..

Bismillah..

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabb kami..

Kami mohon selamat kan lah umat Islam di sana..

Hantarkanlah bantuanMu ke sana..

Berikanlah kekuatan dan kemenangan kpd para Mujahidin di sana..

Buangkanlah rasa gentar, rasa sakit, rasa takut mereka utk mempertahankan tanah Masjidil Aqsa Mu..

Maka bagi kaum Kuffar Zionis Laknatullah..

Kami mohon..

Gagalkanlah segala gerak geri musuh-musuhMu di sana..

Hancurkanlah kesatuan mereka..

Lemahkanlah semangat, jiwa & tubuh badan mereka..

Masukkanlah rasa takut kelemahan dalam diri musuh-musuhMu ini..

Dan kami mohon..

Satukanlah ummat Islam seluruh dunia untuk mempertahankan tanah Felestin & Qiblat pertama kami, Masjidil Aqsa..

Hasbunallah Wanikmal Wakil..

Aaminn 🤲🤲🤲
TOKSIN Di RUMAH IALAH:
1. Objek yang Tidak Anda Gunakan Lagi.
2. Pakaian Yang Anda Tidak Suka Atau Sudah Lama Tidak Digunakan. Seluar dalam rosak.
3. Benda Rosak.
4. Kad dan nota lama.
5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
6. Resit dan Majalah Lama.
9. Kasut Pecah.
7. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
8. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.

DENGAN MEMBERSIHKANNYA:
1. Kesihatan bertambah baik.
2. Kreativiti berkembang.
3. Hubungan menjadi lebih baik.
4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
5. Mood bertambah baik.

SOALAN YANG MUNGKIN MEMBANTU MEMBERSIHKAN:
- Kenapa saya simpan itu?
- Adakah tentang saya hari ini?
- Apakah perasaan saya jika saya melepaskannya?
Asingkan dan klasifikasikan:
1. Untuk menderma.
2. Untuk melontar.
3. Untuk menjual.

PEMBERSIHAN DALAM RUMAH TERLIHAT DI LUAR RUMAH

1. Elakkan bunyi yang melampau.
2. Lampu kurang kuat.
3. Warna kurang tepu.
4. Kurang bau kimia.
5. Kurang kenangan sedih.
6. Selesaikan projek yang belum siap.
7. Tanam tenaga positif di rumah anda.

Lakukan pembersihan am dan gunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci dan kabinet dan simpulkan setiap bahagian, lakukan segala-galanya mengikut kadar anda...
a) Sampah.
b) Susunan.
c) Kitar semula.
d) Dalam keraguan.
e) Hadiah.
(f) Derma.
g) Jual.

Semasa anda BERSIH, perhatikan apa yang berubah dalam diri anda.

Semasa kita membersihkan rumah fizikal kita, kita juga meletakkan ketertiban pada fikiran dan hati kita.

Berlatih membuang perkara material yang hanya mengisi ruang anda dan anda akan melihat bagaimana anda perlahan-lahan akan dapat melakukan perkara yang sama dengan situasi yang lebih penting.

Kredit : Bei Kudyn Khan
Ingatlah boleh jadi engkau tidak menyukai sesuatu padahal menurut Ilmu ALLAH, Pengetahuan ALLAH baik untuk mu.

Dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu padahal buruk bagi mu. ALLAH tidak pernah menzalimi akan hambaNYA dan ALLAH amat Maha Penyayang.

Percaya dan yakin setiap takdir ALLAH adalah pasti baik bagi orang-orang yang beriman. Bila allah uji kita,....sebenarnya itu adalah tanda Allah sayang kepada hambaNYA.

Hati yang sentiasa bersyukur. dan bersangka baik dengan takdir Allah......pasti hati jadi tenang

ALHAMDULILLAH... Semoga sentiasa tenang dan lapang hati,jiwa, perasan ini .. Aamiin 🤲
RENUNGAN SEBELUM LENA

Perancangan Allah s.w.t. adalah lebih baik dari apa yang kita rancangkan..

Hadapi lah jalan cerita kehidupan kita dengan tenang dan tabah..

Bahagia itu pasti ada..

In Shaa Allah

JOM BACA AL-MULK SBLM TIDUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh💖

MELATIH HATI AGAR TENANG

Ketika merasa sunyi BERZIKIRLAH kerana ALLAH Maha Mendengar

Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH kerana ALLAH Maha Memberi

Ketika marah BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH Maha Pemaaf

Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH kerana ALLAH Maha Pengasih

Terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik

ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya

Latih hati untuk PERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH

Latih hati untuk BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia

Latih hati untuk BERSYUKUR, Insha ALLAH kita bahagia

Latih hati untuk MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan sirna

Semoga Kita Semua dapat meng-Amalkan nya. Insha ALLAH hidup akan tenang
Hati kita kat mana?

Carilah hatimu sewaktu baca al-Quran.
kalau tak ada?

Carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
kalau tak ada?

Carilah hatimu ketika duduk tafakur
mengingati mati.

Jika tak jumpa juga, doalah untuk minta hati yang baru.

Carilah hatimu di 3 tempat ini.

-Imam al-Ghazali.
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

HIJRAH | JANGAN PUTUS ASA

"Ini memberikan motivasi kepada kita apa pun masalah yang kita hadapi yang mengancam kepada emosi kita. Jangan pernah ada dalam fikiran dan hati kita rasa putus asa.

Sejauh mana tekanan yang kita hadapi dalam hidup ini, tidak mungkin bahkan mustahil untuk menyamai tekanan yang dihadapi oleh Rasulullah ﷺ.

Dengan kondisi kita sekarang yang sama sekali tidak sama dengan keadaan Rasulullah ﷺ. Namun, sikap yang ada pada Nabi ﷺ, tidak pernah putus asa."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Sehebat mana permintaan doa kita kepada Allah,
Sehebat itu jugalah ujian yang Allah akan berikan.
.
Sungguh...ia tidak percuma.
.
Kita minta Allah ampunkan dosa²?
Allah berikan dulu ujian sebagai membersihkan dosa.
.
Kita minta sabar?
Allah datangkan ujian kesabaran pula.
.
Kita minta syurga?
Ujian menujunya tentu sekali istimewa.
.
Kita minta redhaNya?
Lagi berganda hebat ujiannya.
.
Begitulah...
Itulah harga kepada apa yang kita minta.
.
Jadi...
Usah takut dengan ujian,
Usah lemah kerananya.
Itulah laluan untuk Allah memberi dari apa yang kita minta.
.
Dan...
Kerana Allah mahu memilih,
Siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.
.
Tenang ... Allah tak uji jika kita tidak mampu.
Minta selalu...agar Allah bantu.
Cari bahu untuk bersandar.
Cari Allah untuk mengadu.
.
Dunia? Bukan syurga. Lepaskan sahaja kepada mereka yang memburunya.

...💜💜💜...

Kredit Shaili Kaufi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi 🥰

Kesempurnaan tu tak ada pada manusia macam kita.
.
Jadi bila nampak buruk orang bukan hak kita untuk menilai, doa kan dia dan doa untuk diri kita.
.
Kita nampak baik sebab Allah tutup Aib kita. Itu je.
.
Doa Tutup Aib :
.
"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku." Aamiin
Jika masalah kita sebesar kapal, yakinlah nikmat Allah itu seluas lautan Nikmat Allah SWT itu sungguh luas dan kita wajib mensyukurinya. Walaupun ada kalanya kita diduga dengan ujian, namun di sebalik setiap kesukaran itu Allah kurniakan pula hikmah di sebaliknya.

Jom sama-sama ucap ‘Alhamdulillah’ ❤️
Saat orang menganiaya kita. Mungkin suatu masa dulu kita pernah aniaya orang juga. Jadi adil sudah Allah uji kita sebegitu.

Saat orang berbuat onar dengan kita. Mungkin kita ada buat onar dengan orang lain dulu.

Selagi dosa-dosa kita Allah belum ampun. Selagi itu ia akan mengejar kita.

Solat sunat taubat adalah solat terbaik yang kita perlu buat untuk bersihkan hati kita yang berkeladak.

Selalu beristigfar akan buatkan hati kita tenang untuk hadapi apa-apa sahaja.

Banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa pelihara kita dari penyakit hati.

Semua masalah bermula dari hati. Hati kotor punca kita bermasalah. Bila hati tidak betul-betul dicuci maka pelbagai masalah yang datang. Kita akan bertambah serabut.

Orang yang punyai hati yang bersih. Biarpun pelbagai dugaan mendatang. Dia tetap tenang hadapinya.

Bila kita punyai hati yang bersih. Segala rezeki senang mendekati.

Pokoknya segala-galanya bermula dari hati. Jaga hati.

Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
ADA MASALAH DENGAN PASANGAN?

Boleh guna Nafas Doa ni untuk pasangan juga ke ?

Nak pasangan berubah?
Pasangan panas baran?
Pasangan curang?
Nak psgn sayangkan diri kita?
Nak psgn menghargai diri kita?

Jom tengok video ni👆

Dah tengok video?
Rasa nak belajar Nafas Doa ?

Boleh daftar sini tau: https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Tips Rezeki Deras
Photo
Mandi Rezeki.

Masa  dalam kelas KOVR dulu. Teknik ni la yang dorang suka. Sebab paling simple dan senang nak buat.

"Rugi la, kalau tak buat.
Sebab  hari-hari dah tentu kena mandi.
Alang-alang mandi.. baik buat sekali t submission ni".-  katanya

==============

Tak semua orang ada masa, nak buat breathing, affirming, walking meditation atau visualisation.

Tapi.. mandi semua orang confirm ada masa.
Takda masa untuk mandi..tu dah consider gang ngan animals kat zoo 😀😀😀.

Sebenarnya..
Waktu mandi ni la, waktu yang paling  best nak buat submission atau nak buat programming  jiwa.

Time tubuh badan tengah fresh kena air.
Time tu la yang best buat 'Teknik Mandi Rezeki'
Memang ohsem sangat la..

Tanya la sendiri kat kakak2 and abang2 yang pernah join kovr tu.  Semua syok.

Ada yang dulu mandi 2x sehari.
Terus tambah mandi 5x sehari.

Ada yang dulu mandi 5 minit jer.
Now mandi 30 minit. Yang mandi sampai dekat 1 jam pun ada. Mengamuk laki dorang 😀😀😀

👉 3 benda jer benefit mandi rezeki ni.

-  Teknik paling termudah, simple, best, seronok and fresh giler.

-  sentiasa nampak muda, cantik, berseri, sihat dan fresh.

-   fast result. Tak sampai 3 hari dah ada perubahan dalam diri.

The Key

Bilakita mandi...
Kita buat la sekali teknik mandi rezeki.😀😀😀

Daftar segera dapatkan buku di sini ➡️ https://tinyurl.com/VibrationRezeki

#Buku21VibrationRezeki
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Belum baca lagi..dah berderau.
Kuat betul getaran buku Vibration Rezeki ni.

Buat korang2 yang tengah down atau struggle pasal rezeki.

Mungkin teknik2  menarik rezeki dalam buku ni. Dapat membantu.

https://tinyurl.com/VibrationRezeki
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI
.
Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,

"Kenapa aku tak beramal banyak?"
.
Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal). Kita berasa cemburu orang beramal.
.
Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.
.
Sembahyang (sunat):
.
1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat
.
2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat
.
3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
.
4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat
.
5. Solat sunat Witir - 3 rakaat
.
Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja :

"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."
.
Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.
.
Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.
.
Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?
.
1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."
.
2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit. Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.
.
Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.
.
Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.
.
Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.
.
Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit. Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.
.
Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.
.
Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.
.
Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.
.
Kita esok bila mati, biar senyum.
.
.
TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
Tips Rezeki Deras
Photo
10 Tabiat Paling Membazir Masa....

1. Cuba untuk menggembirakan semua orang.

Strategi untuk mengatasi

• Belajar untuk berkata tidak
• Utamakan keperluan anda sendiri
•Cari perhubungan yang menyokong anda

2. Terlalu berfikir

Strategi untuk mengatasi

• Tuliskan fikiran anda
• Amalkan kesedaran
•Gunakan perbincangan diri yang positif

3. Mengulangi kesilapan yang sama

Strategi untuk mengatasi

• Kekal teratur
• Dapatkan maklum balas
• Renungkan kesilapan

4. Mengeluh

Strategi untuk mengatasi

• Bingkai semula pemikiran anda
• Cari cara untuk menyelesaikan masalah
• Amalkan rasa syukur

5. Menunggu ilham

Strategi untuk mengatasi

• Tetapkan matlamat khusus
• Cari pengalaman baharu
• Bergerak dan bertindak

6. Menahan dendam

Strategi untuk mengatasi

• Berkomunikasi secara jujur
• Amalkan kemaafan
• Renungkan masa depan tanpa dendam

7. Fokus pada masa lalu

Strategi untuk mengatasi

• Tetapkan matlamat untuk masa kini dan masa hadapan
• Cabar pemikiran negatif
• Renungkan masa lalu secara positif

8. Menjadi tidak pasti

Strategi untuk mengatasi

• Dapatkan nasihat
• Ambil langkah kecil
• Buat pilihan dan maju ke hadapan

9. Negative selftalk

Strategi untuk mengatasi

• Raikan pencapaian² kecil
• Amalkan peneguhan positif
• Kenal pasti corak pemikiran negatif

10. Melengah-lengahkan tugas penting

Strategi untuk mengatasi

• Keluarkan gangguan
• Tetapkan tarikh akhir
• Lihat tugas sebagai peluang dan bukannya beban.

Saya menulis tentang self developement setiap hari.
Jemput #Follow

#BankIdea
Mencari ketenangan itu bukan dengan *PERGI*, tetapi dengan *KEMBALI*.

Kembalilah ke dalam dirimu, carilah di mana Allah di hatimu, sesungguhnya ketenangan ada di situ.

Kembalilah kepada Allah SWT. Carilah Dia, jangan biarkan diri terlalu jauh akan Dia. ❤️🤲

*WORKSHOP NAFAS DOA*
Hati,

Satu-satunya ciptaan tuhan yang paling hebat.
Walaupun hati hanya seketul isi yang menemani jantung.

Namun ia adalah yg terkuat antara semua organ yang mampu menciptakan segala perasaan dan mampu menanggung dan menahan segala kesakitan dan pahit manis kehidupan.

Masih kuat & teguh untuk meneruskan hidup walau banyak kali disakiti & dilukai.

Kita selalu letakkan hati pada tempat yang tak sepatutnya.

Kita beri hati pada orang yang salah,
Mengisi hati dengan keduniaan sehingga lupa pemilik hati yang sebenar. Allahu.

Hati cuma ada satu, usahalah untuk menjaga hati dengan sebaiknya dan hati bukan milik sesiapa kerana hati itu hanya milik Allah SWT & hanya Dia yang Maha Berkuasa untuk memilih pemilik hati suatu hari nanti.

Doa yang baik baik. Moga kita dikurniakan qalbun saleem.